Sorang pergi...

 Mendapat berita sedih pagi tadi, kawan semasa belajar di Itm Jengka, Pahang, telah meninggal, awal pagi tadi. Baru je baca di fb semalam, arwah minta tolong doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan kaki. Allahuakbar. Amie Witiza binti Talib, atau kawan-kawan panggil Beby, telah menghembuskan nafas terakhir jam 12.50 pagi, 10 November 2023. 

Hari Jumaat ko pergi, Beby. 

Kredit foto: Zul

Foto kenangan semasa gathering perjumpaan hari raya di rumah salah seorang sahabat, Encik Zaini, pada tahun 2012, tak silap. Saya, kiri sekali, bertudung bunga merah. Amie aka Beby, kanan sekali, tudung hitam. 

Arwah ada sakit darah tinggi, kencing manis dan paling terbaru, ada masalah buah pinggang. 

Sebab ko tak boleh lari, sakit kaki. Hari ni, aku lari untuk ko, Beby.


Arwah juga seorang blogger. Blog Jijah Ohh Jijah ... cuma tahun ni, sudah tidak aktif.

Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, ampunkanlah segala dosa dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Ko dah boleh rehat dah dari kesibukan dunia. Selamat jalan, kawan.... Alfatihah... 

17 comments:

  1. Al fatihah untuk kawan akak..lately makin ramai orang2 yang dekat dengan kita disekeliling kita dijemput Illahi

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiunnn.. semoga Allah tempatkan arwah disebaik-baik tempat dan diterima segala amal baik sepanjang hayatnya

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. 2 berita kematian sy terima pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiuun...semoga tenang ruh arwah di sana & ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..

    ReplyDelete
  5. semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun...
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ 🤲🏻
    Salam takziah Nur, atas pemergian sahabat.

    ReplyDelete
  7. Innalilahi waina ilaihi roziuun, semoga arwahnya diterima di sisi Allah SWT,amiin yra🤲

    ReplyDelete
  8. Inalillahwaina ilaihi rojiun, salam takziah dan alfatihah bt kawan akak

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, semua, atas doa.

    ReplyDelete
  10. Moga arwah ditempat bersama orang2 yang beriman..Aamin

    ReplyDelete
  11. alfatihah... semoga rohnya dicucuri rahmah dan kasih sayang Allag SWT...

    rasa mcm pernah dgr nama blogger ni dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn...
      Arwah lama dah jadi blogger, lebih 10 tahun, lebih lama dari saya, Anies.

      Delete
  12. Semoga ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin di dalam syurga amin

    ReplyDelete
  13. Saya tadi ada baca ttg almarhumah kak Amie ini, di blog kak Shikin. Teman kakak juga yaa 😔. Sediiih sangat baca kronologi nya di blog kak Shikin. Semoga almarhumah diterangi selalu kuburnya, ditrima semua amal kebaikan, dan dikuatkan keluarga yg ditinggalkan ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger yang sudah lama, kenal la dengan arwah Amie ni. Ya, Fanny, arwah pun tak sihat sangat. Aminn... terima kasih, Fanny, atas doanya.

      Delete