Ikan budu

 Saya sudah pun selamat berada di Perak. Semasa hari Sabtu lepas, masa tu, kami masih berada di kampung suami di Tumpat. Waktu tu, cuaca hujan tak henti-henti. Ada kala, hujan lebat. Dari tengahari sampai ke malam. Air sudah mulai naik di kampung suami, di beberapa kawasan. Rumah suami ok, sebab terletak di lokasi agak tinggi. Nak keluar pun malas, bila hujan lebat. Suami masak nasi dan lauk apa yang ada di rumah, untuk makan malam.

Telur dadar ikan budu, ikan tongkol masak kicap, ikan masin bersama nasi.

Bila sebut ikan budu, mesti kita sangka yang menu ikan yang dicampur dengan budu. Tapi sebenarnya, budu tidak terlibat langsung dalam penyediaan ikan budu. 

Budu adalah makanan popular khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu. Budu dihasilkan dari ikan bilis yang diperam hingga hancur. Budu sedap dimakan bersama nasi.

Ikan budu tu pula, lebih kurang macam ikan pekasam. Banyak dijual di musim tengkujuh, ikan budu yang diperam dengan asam jawa atau asam keping, bersama garam kasar dan dilumur ke atas ikan, sebelum disimpan selama 2 hingga 3 bulan. Salah satu cara mengawet ikan supaya tahan lama. Sebab masa musim tengkujuh, nelayan tak boleh turun ke laut kerana ombak besar. Antara ikan yang dihasilkan menjadi ikan budu ialah ikan kembung, selayang, tongkol, gelama, dan beberapa jenis lagi.

Cara masak ikan budu, biasanya ia digoreng hancur bersama telur dan bawang, atau dibuat gulai lemak kuning atau dijadikan sambal.

Suami saya goreng ikan budu itu dengan bawang, kemudian masukkan beberapa biji  telur yang telah dipukul. Jadilah, telur dadar ikan budu.

Siapa pernah makan? Saya pun baru pertama kali makan. Nama je dah kahwin dengan orang kelantan selama 21 tahun. Tapi ini baru pertama kali saya cuba makan ikan budu. 

Close-up telur dadar, dalam ada ikan budu.

Macamana rasanya? Macam ini ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ Sedap sangat! Saya tambah nasi. Makan 2 pinggan terus. ๐Ÿ˜‚

Sejuk sangat, masa duduk di Kelantan. Saya pakai sweater di rumah. Semput, banyak kali kena sedut inhaler. Rasa macam duduk oversea pun ada. Malam-malam tengok tv, off kipas. 

Itu cerita dinner hari Sabtu. Keesokan harinya pula, hari Ahad, saya dan suami ke pekan Tumpat. Cari nasi berlauk la.

Saya teringat ada terbaca di blog Ako, masa dia ke Korea, ada pergi kedai makan yang pekerjanya ada seorang saja, tukang ambil order nya dia, tukang masak pun dia. Haaa... gitulah saya masa pergi makan di sebuah kedai bersebelahan Bank Simpanan Nasional, Tumpat. Saya lupa ambil gambar kedai. Kakak tu la tukang cedok nasi, dialah yang tukang buat air, yang kira pun dia. Kedai dia kecil je. Lauk dalam periuk di kaunter depan pun, takde lah banyak. Ayam gulai dalam periuk, saya rasa, dia masak seekor je kot, untuk jual. Ikan aye (ikan tongkol) masak gulai lemak kuning pun tak banyak. 

Nasi dengan sambal dan gulai ayam.

Tapi dia cedok nasi, tak berkira langsung. 2 senduk dia letak nasi. Lepas cedok seketul ayam gulai, dia cari kopeh ayam (kopeh means bahagian tulang-tulang ayam seperti leher, bontot, kaki), terus letak dalam pinggan. Sedap makan kedai ni. Saya suka! ๐Ÿ‘๐Ÿ˜‹

Sekarang bila dah balik Perak, rasa rindu suasana sejuk di sana. Makanan yang sedap. Ok la, saya sedikit sibuk, nanti bila ada free sikit, saya akan blogwalking ke blog kawan-kawan ye, slow-slow.

Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

30 comments:

  1. x penah makan walaupun penah duduk kelantan๐Ÿ˜ bukan apa... sy x duduk serumah dgn mek kelantan. kalau tak mesti sy penah try ikan budu๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... faham, faham. Kena ada orang tempatan rekomen makan apa yang sedap, baru kita dapat merasa, kan.

      Delete
  2. x penah makan walaupun penah duduk kelantan๐Ÿ˜ bukan apa... sy x duduk serumah dgn mek kelantan. kalau tak mesti sy penah try ikan budu๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. Saya mencari masa untuk jalan-jalan cari makan di pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Sayangnya waktu cuti, musim tengkujuh pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, kan. Cuti hujung tahun la yang paling panjang, tapi masa tu musim tengkujuh pula. Semoga Amie dan family dapat berjalan di pantai timur satu hari nanti.

      Delete
  4. Sayapun baru tahu telur dadar ikan budu. Kiranya ikan budu jadi perasa masin untuk telur dadar.
    Hehe di Perak tidak sejuk ke? Sini sejuk sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Tak, NA. Rumah saya kalau hujan pun, tak sejuk sangat macam di Kelantan tu. Mungkin sebab lokasi Lumut tepi laut, ada bahang panas.

      Delete
  5. Sekarang ni musim hujan mmg nk keluar pun malas..
    Kalau yg dah kawen 21 tahun dgn org klantan pun baru makan.. Kita ni org KL langsung tak pernah dgr ikan budu hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp mmg itulah kdg2 lauk simple tu yg makan bertambah2 dgn nasi panas2 hahaha..

      Delete
    2. Hahaha... betul tu, Encik Time Traveller. Lebih kurang macam makan nasi dengan ikan pekasam la. Mana cukup sepinggan. :D

      Delete
  6. Cakap pasal budu....dah bertahun CUya tak makan budu .. hahaha bestnya makan dgn nasi kerabu

    ReplyDelete
  7. ikan budu terdengar baru di telinga mbul kak nur, belum pernah cuba...tapi itu melihat telur dadar rasa selera mbul makan jadi naik. Mbul suka bikin telor dadar dengan irisan bawang dan chilipadi..sedikit vetsin...nikmatnyaaa

    ReplyDelete
  8. Saya pernah makan ikan pekasam, rasanya asam dan pedas...bikin selera makan bertambah ..ha-ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang tu, Mreneyoo, rasanya, dengan ikan budu. Benar, tambah selera makan nasi.

      Delete
  9. pertama kali dgr ikan budu... sedap tu, masam2 masin...

    ReplyDelete
  10. Saya penasaran apa itu ikan budu?
    Coba nanti saya googling, kira-kira disini kalau ada apa nama ikan budu itu.
    Tapi saya bayangkan telur dadar ikan budu itu sepertinya lezat banget ya Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada terangkan di atas, Pak Asa.
      Ikan budu ialah ikan yang diperam dengan asam jawa atau asam keping, bersama garam kasar dan dilumur ke atas ikan, sebelum disimpan selama 2 hingga 3 bulan. Salah satu cara mengawet ikan supaya tahan lama.
      Memang enak, Pak Asa. :)

      Delete
  11. sudah beberapa hari tidak menikmati, karena suara saya hilang, jadi harus makan yang halus halus, melihat ini sungguh terlihat nikmat sekali

    ReplyDelete
  12. tak sangka juga kelantan ini sejuk ketika musim hujan...kalau di Sarawak...biasa jer walaupun sudah hujan..mungkin pokok tempat saya tinggal sudah banyak kena tebang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di kampung suami saya, memang sejuk, Encik Hanafi. Depan rumah saja, ada hutan dan pokok-pokok besar.

      Delete
  13. Saya kalo dengar ikan budu, di sumatera Utara bermakna ikan asin. Biasanya mama sering buat utk tumisan, gaul dengan irisan cabai yg banyak. Atau kadang dibuat masakan tauco. Memang sedap. Tapi saya tak terlalu suka kalo asin sangat ๐Ÿ˜„

    Rasanya kalo ketemu kedai makan yg tak terkenal, tapi sedap, memang happy lah. Itu kenapa terkadang saya suka eksplor sendiri drpd melihat rekomendasi influencer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah enak dimakan bersama nasi. Kalau makan begitu saja, saya pun tak boleh. Hehe..
      Betul, Fanny. Eksplore sendiri, harus jalan-jalan di tempat orang, baru dapat ketemu kedai-kedai rare.

      Delete
  14. bila musim bah terasa mcm pesta sbb mcm2 mkanan akn keluar n sedap dimakan...

    ReplyDelete
  15. mmg fav ikan budu...tp die ada musim ...mcm skarang la tgh musim hujung thn & musim banjir tp ada pernah husband blk klate masa tu tgh thn ada rezeki dpt ikan budu...suka la dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan, bermusim. Rezeki la, dapat makan.

      Delete