Cheat day

 Jarang balik kampung. Jadi, diet tak makan nasi tu, kita tolak ketepi dulu, ye. Rugi ler, kalau tak makan nasi sini. Sedap, wei...

Pagi tadi, kami makan di kedai nasi berlauk kak chik. 

Dah gaul nasi dengan kuah, baru teringat nak ambil gambar.

Saya makan nasi lauk daging kerutuk. 😋

Ini kedainya, kedai nasi berlauk Kak Chik.

Dekat juga dengan rumah mak mentua saya.

Ambil juga karipap sardin dan kuih akok.

Hujan dari pagi, tak berhenti. Saya buat senaman ringan je, 20 minit. Suami ajak keluar cari putu halba. Makanan yang ada waktu musim hujan je, di kelantan. Jadi, kami pun keluar pergi pasar Wakaf Baru. 
Ada je banyak orang jual putu halba di tepi-tepi jalan, tapi orang niaga kata, kena tunggu lama. Orang dah tempah, kena tunggu setengah jam. Itu yang kami pergi pasar dulu, nak cari barang.


Saya beli rempah kerutuk, serbuk kari, gula nise (gula melaka) dan lada putih siam. Rempah kerutuk dan kari tu, tak sama tau, rasa dia, banding kita guna rempah kari baba ke, adabi ke. Special rempah dia. Tu pasal kalau kita masak kari ayam guna rempah beli di Perak, tak kan sama dengan rasa gulai nasi berlauk kelantan.

Habis beli barang, jumpa orang jual lokcing.

Jumpa orang jual lokcing luar pasar.

Beli dulu. Harga lokcing, 3 cucuk, RM1. Lepas tu, makan dalam kereta.
Lokcing


Lokcing atau sate ikan. Sedap, makan panas-panas. 😋 Dah habis makan, baru kami jalan. Akhirnya jumpa orang jual putu halba di Morak.
Putu halba

Putu ini dibuat dari ubi kayu. Saya makan 3 biji je, sudah kenyang.
Anak saudara suami pula datang rumah, bawa ubi kayu rebus. Cicah kelapa.

Putu halba, ubi kayu rebus bersama kelapa parut dan air kopi panas.

Makanan di waktu hujan. Alhamdulillah. Kenyang.

Ok. Sekian laporan makan-makan setakat ini. Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. Enak tu singkong rebus pakai parut kelapa,gurih,saya suka, baru tau kue putu halbanya...memang pas makan ini pakai kopi,apalagi suasana hujan..👍

    ReplyDelete
  2. Bukan selalu..rugi la kalau diet kan... 🤭 balik rumah sendiri nanti sambung balik lari kannn

    ReplyDelete
  3. Nama-nama makanannya asing sekali. Seperti locking..disini entah mungkin disebut sate... kalau ubi kayu disini disebut ubi atau singkong...
    Ah lain tempat, lain nama ya Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokcing itu sate ikan, Pak Asa. Dipercayai berasal dari selatan Thailand. Nama lokcing itu bermaksud bebola bakar.
      Sate itu lain, sate ayam, sate daging, lebih kurang sama dengan sate di Indonesia, cuma kuahnya saja beda, saya rasa.

      Delete
  4. Oh, mmg putu halba ni makanan musim hujan ke? Sebab setiap kali ke Kelantan, selalu jumpa jer ia dijual. Agaknya kita yg datang setiap kali musim hujan la tu 😆.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ye la tu, agaknya. Time raya, tak jumpa, SK.

      Delete
  5. Memang betul la kata orang, di Kelantan banyak sungguh makanan yang sedap dan rare....syurga makanan selain Penang

    ReplyDelete
  6. lokcing dulu rm0.20 je. zaman dok KB dulu kalau mkn lokcing x minta kuah. suka ratah mcm tu je😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu murah, kan, Anies. Ha ah, sedap juga, tanpa kuah. Lagi-lagi, lokcing yang hitam. Hehe.

      Delete
  7. Putu halba.. Tak pernah dgr lgi tu hahaha.. Kalau balik kg mmg kene makan kalau tak mmg rugi la jawapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la Encik Time Traveller melancong ke Kelantan. Cuti-cuti Malaysia. :D

      Delete
  8. oo..putu halba drpd ubi kayu...tak pernah makan...ubikayu + kopi..terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la cuba, bila pergi Kelantan. Kan....

      Delete
  9. Banyaaak nih kuliner yg saya baru tahu kak.. lokcing, putu halba, kuih akok. Lalu penasaran juga beda bumbu kerutuk khas sana dengan bumbu karinya 😍. Memang lah saya harus ke Kelantan 😄.

    Berarti target saya kalo ke Malaysia lagi, itu Kelantan, Sabah , Serawak, johor, Ipoh dan kuantan 😄😄 semua dah saya tulis kuliner masing2 yg nak coba 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Fanny. Cuma jangan datang semasa hujung tahun, Musim banjir.

      Delete
  10. nasi berlauk lauk daging kerutuk mmg fav...locking yummyyy

    ReplyDelete