Farmasi Pandu Lalu

 Ubat saya sudah hampir habis. Saya malas nak pergi hospital, ambil ubat. Sebab beratur ambil nombor sudah 10 minit, tunggu ambil ubat sekurang-kurangnya lagi 40 minit. Jadi, saya pun whatsapp nombor farmasi pandu lalu Hospital Manjung, bertanya, macamana cara nak guna farmasi pandu lalu ni. 

Auto mesej jawapan terus diterima:

"Servis pandu lalu ini hanya untuk ubat susulan sahaja. Preskripsi baru/manual/fasiliti lain tidak akan dilayan, lain-lain hal, sila berurusan di kaunter farmasi. Sila whatsapp 2-3 hari bekerja sebelum tarikh ambil ubat. Harap maklum."

Baik. Saya memang nak ambil ubat susulan. Saya buat ujian darah dan jumpa doktor, 6 bulan sekali, untuk check paras hormon T4, TSH, serum calcium dan albumin. Rutin pemeriksaan sejak saya jalani pembedahan keluarkan kedua-dua belah kalenjar tiroid (total thyroidectomy) pada tahun 2016. Saya kena makan ubat L-Thyroxine, Calcium Carbonate (Zat kalsium tambahan) dan Calcitriol (Vitamin D tambahan) sehingga akhir usia. Dos ubat, bergantung pada keputusan  ujian darah yang saya jalani. Saya sihat sejahtera. Alhamdulillah. Hari-hari boleh lari. Dulu, beberapa tahun lepas, hospital akan beri ubat secukupnya, untuk pengambilan 6 bulan atau sehingga temujanji doktor seterusnya. Tapi sejak 2-3 tahun ni, bekalan ubat diberi untuk sebulan sahaja. Jadi, perlu ke hospital ambil ubat setiap bulan. Tapi bulan ni, saya malas, encik! Berbalik semula kepada cerita nak ambil ubat pandu lalu.

Petugas yang menjawap whatsApp beri arahan supaya ambil gambar kad ubat hospital, yang warna biru tu, depan dan belakang. 

Saya ambil gambar dan hantar.

Dapat jawapan:

"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Whatsapp dan Ambil. Anda boleh mengambil ubat anda pada:

Tarikh:8/11/23

Masa: 9.00 am - 1200 pm

No rujukan ambil ubat: 2908 

Sila datang ke kaunter khas pandu lalu di parkir berbumbung taska hospital Seri Manjung (masuk ikut pintu belakang hospital) untuk ambil ubat."

Jadi, semalam lepas beriadah dan sarapan bersama suami, kami pun pergilah.

Farmasi Pandu Lalu Hospital Seri Manjung

Ooo... farmasi pandu lalu ni, terletak di kontena kecil di bahagian belakang hospital. 

Ada kereta dihadapan, sedang ambil ubat juga. 

Harap bersabar. Sila tunggu giliran anda.

Sudah dapat ubat.

Masa sampai giliran, dia minta kad ubat, untuk tulis tarikh ambil ubat berikutnya. Tunjukkan pada dia mesej whatsApp, dan nombor rujukan ambil ubat yang telah diberi. Tak sampai 5 minit sudah selesai urusan. Hahaha... best giler! Tak payah ambil nombor giliran dan tunggu lama lagi dah. Lain kali boleh pandu lalu saja untuk ambil ubat. Alhamdulillah. Ubat pun percuma. Syukur.

Sekian cerita saya menggunakan servis pandu lalu untuk ambil ubat di hospital. Tak pasti pula saya sama ada hospital lain ada servis macam ni. 

Baik. Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. wah...mudah dan ceria tempat farmasi pandu lalu...sesetgh tempat perlu ad kaedah wasap mcm tu...memudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cik puan linda. Senang kerja kita. Tak payah tunggu lama.

      Delete
  2. Mudah betul macam ni....betul-betul drive thru macam order McD...ditempat saya di klinik kesihatan presint 9 masih perlu parkir kereta dan ambil ubat di tingkap kaunter ubat....namaya pun Park & Take....hahaha...tapi cepatlah urusan...5 minit ajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ha ah, macam drive-thru mcD.
      Senang juga tu, 5 minit dah dapat ubat.

      Delete
  3. Mudah ternyata penggunaan pandu lalu ya...cepat pula gak nunggu lama", kadang suka males kalau lama antri di rumah sakit, saya juga begitu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mreneyoo. Sudahlah orang ramai, kena tunggu hampir sejam juga untuk ambil ubat. Itu yang malas pergi hospital.

      Delete
  4. KK kat sini pun dah ada ubat pandu lalu

    ReplyDelete
  5. Farmasi Pandu Lalu satu servis yang memudahkan semua pihak...dan saya simpati dengan keadaan Puan yang masing bergantung dengan pelbagai ubat susulan...moga terus sihat ya

    ReplyDelete
  6. suka service drive thru mcm ni. selain x byk berjln kita jg boleh elak byr parking heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Anies. Parking di hospital Manjung percuma, cuma itu lah, tempat parking terhad. Kadang terpaksa parking luar kawasan hospital.

      Delete
  7. Blm pernah try lagi mak pun katanya lebih suka cara manual amik ubat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. orang tua memang begitu. Sambil tunggu giliran ambil ubat, boleh sembang-sembang dulu, dengan orang sebelah ke, atau terjumpa kawan. :D

      Delete
  8. Asiiiik bangeet kalo ada model drive thru beginiiii 😍😍😍. Saya belum Nemu rumah sakit di Indonesia ada Drive thru nya kak πŸ˜…. Palingan konsultasi dengan aplikasi HaloDoc, lalu obat diantar ke rumah. Tapi berbayar lah, tak gratis πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga tu, Fanny, ubat terus sampai ke rumah. Senang.

      Delete