Cerita minggu ni

 Pagi ni, lepas subuh, hujan turun. Saya pun ambil bakul kain untuk dilipat. Sambil lipat kain, saya dengar macam hujan sudah berhenti. Habis lipat kain, hujan turun semula dengan lebatnya. Jadi, tak pergi jogging la saya hari ni. 

Bila saya keluar lari, saya ada ambil selfie sebelum balik. Mari tengok aktiviti larian saya sepanjang minggu ini.

Sabtu, 4 November, larian 7.4 kilometer.

Tapi lepas lari tu, badan ada rasa sakit-sakit. Macam nak kena flu.

Memang betul. Kena selsema dan sakit badan. Tapi, saya tak ke klinik pun. Makan ubat apa yang ada di rumah, dan beli ubat kat farmasi sahaja. Hari Ahad dan Isnin, saya off lari, sebab kurang sihat.

Selasa, 7 November, larian 7 kilometer.

Masih rasa sakit-sakit badan. Tapi, saya lari je. Masa lari Teluk Batik, ada sekor kera nak kejar saya. Saya berhenti, marah kat kera tu, "Haip! Apa ni?"

Kera tu pun berhenti, pastu tak jadi kejar saya. Hehe... kelakor juga. Saya terkejut masa dia lari laju ke arah saya tu. Tapi bila saya marah kera tu, kera tu pula terkejut. Lari sorang-sorang macam ni la, walaupun dalam hati rasa takut, kena buat-buat berani.

Rabu, 8 November, 7 kilometer juga. 

Suami ada, tapi kami tak lari sama. Dia selalu suruh saya lari dulu, sebab dia slow, banyak jalan. Hehe.

Bila jogging dengan suami, lepas habis riadah apa lagi, pergi makan ler... 

Kami pergi sarapan di Kluang Road Cafe, Manjung.

White coffee panas dan roti bakar telur goyang.

Roti dia tebal.

Suami pesan kacang pool, teh o limau kosong panas.

Sedap! 😋 Memang puas hati makan sini.

Lepas makan, pergi ronda-ronda naik kereta pula. Masuk Kampung Permatang, Manjung. Tuju ke Kuil Tua Pek Kong, dalam kawasan Pasir Panjang.

Tua Pek Kong Temple

Berhadapan kuil ni, ada laut terbentang luas. Langit biru je, cuaca baik. 

Air laut tengah surut.

Pokok kayu bakau yang sudah mati. 

Tak lama pun duduk situ tengok laut. Sebab hari panas. Balik rumah. Hari sebelumnya, saya ada masak pasta carbonara. Saya salah beli, nak beli spagetti tapi terbeli linguine. Tapi pasta carbonara yang saya masak, macam agak tawar. Saya repair, goreng semula dengan cili kering dan tambah daging ayam cincang. Jadi pedas sikit.

Pasta goreng pedas.

Alhamdulillah. Orang sudah cuti rupanya kan, balik kampung. Esok, Deepavali. Korang balik kampung ke?

Jumpa lagi, ye. 😊

30 comments:

  1. Semangat berolahraga lari kak nur...
    menunya kelihatan delicious...roti bakar telur goyang, kuning telurnya kelihatan meleleh...sedap...pasta goreng juga mantab

    ReplyDelete
  2. Tak balik...ada kenduri anak cousin di PJ hari ni..sedap kacang pool tu...kera kena marah.. hihi..lepas tu dia pegi healing..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya, ada jemputan kenduri.
      Hehe.. kan, tempat healing dia dekat situ je. Ada hutan.

      Delete
  3. Disana hujan mulai teratur..di tempat saya masih pancaroba, enaknya kalau habis olahraga lari itu mampir makan di luar,,habis makan lari lagi😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ya, Mreneyoo. Lari untuk makan. Kalau makan saja, tak lari, dikhuatiri boleh jadi gemuk. :D

      Delete
  4. Alhamdulillah..yang penting dapat juga lari-lari untuk bakar kalori

    ReplyDelete
  5. seimbang masuk dan keluar, biar sehat wal afiat

    ReplyDelete
  6. amboiiiiii roti telur bakar goyang tuuuy mmg menggodaaaa abisssss

    ReplyDelete
  7. Semangat…ammi dah berminggu tak BW. Harapkan fast steps masa pergi dan balik kerja je. Weekend pulak lepas subuh 2-3 harini berat sungguh mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, Ammi memang dah banyak steps pergi dan balik kerja.

      Delete
  8. kera tu pun tergamam sebab kene marah itu pasal dia tak jadi kejar hehhehehe.... dana baru baik demam minggu lepas kak, minggu ni pemulihana la kiranya harap terus sihat walafiat la hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Dana sudah sihat sepenuhnya. Aminnn...

      Delete
  9. kalau membaca kala lipat
    jadi ingat teman saya
    yang tiap sore pasti kalau dirumah melipat baju hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lebih kurang sama saya, bila tidak keluar lari.

      Delete
  10. Hehe berani sergah beruk.
    Tidak ke mana-mana cuti Deepavali kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani, NA. Spontan, terkeluar, sebab terkejut.
      Sama saya, stay rumah, cuma keluar jalan-jalan cari makan saja.

      Delete
  11. Nur, terbaiklah kacang pool tu!

    ReplyDelete
  12. Hebat hebat.. bila dah lari buang byk kalori boleh la makan yg di ingini.. bila la saya nak amalkan hidup yg sihat ni hahahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila Encik Time Traveller sudah sembut sakit bahu, boleh lah mula, ye. Hiking dengan family tu pun dah cukup baik! :)

      Delete
  13. Saya kalo dikejar kera , ntahlaah bakal jadi apa. Bisa jadi makin ketakutan, makin kencang lari 🤣🤣🤣. Padahal sebenarnya tak boleh takut ya kak. Kalo dilihatnya kita takut, makin cepat dia lari mengejar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny. Tapi depends juga pada situasi. Kalau anak kera yang nakal mengejar, kita marah la, mesti dia takut. Tapi kalau bapak kera yang tunjuk gigi taring tajam pada kita, kita la yang kena lari laju-laju... kikiki....

      Delete