Indoor saja, sebab hujan

 Sudah 2 hari hujan di pagi hari. Jadi, saya berlarian di dalam rumah saja. 

Dua hari lari dalam rumah.

Larian indoor Rabu 🠊 10.47 kilometer

Larian indoor Khamis 🠊 10.15 kilometer

Alhamdulillah. Dapat juga keluar peluh. Sebenarnya, saya lebih suka bersenam dalam rumah. Saya seorang pula tu. Suami kerja. Anak-anak di sekolah. Jadi, pakai seksi pun, tak ada orang nampak. 

Di jam Garmin, kena set setting sebagai treadmill running, sebab dalam rumah, tiada GPS. Jam akan detect hayunan tangan kita. Saya berlari dalam rumah, ulang-alik dari ruang makan, masuk ke dua bilik. Treadmill saya sudah lama rosak, meletup dulu, saya pernah cerita di sini. Sudah 2 kali treadmill di rumah rosak. Suami ada cakap nak beli lagi. Tapi, saya cakap, tak payah la. Harga sebiji bukannya murah. Lagi pun, bukan selalu saya lari dalam rumah. Bila hari hujan sahaja.

Semalam, saya dah suami pergi makan malam di kedai Tomyam Efan2. Saya pesan maggi celup.

Maggi celup

Sedap juga. Lagi-lagi, dia ada letak bebola daging tu, macam bakso pula. Tapi lepas makan, terbatuk-batuk terus saya. Sangkut kat tekak. Tak tahu la apa. Rasa tak lepas. Cili flakes kot. Atau rempah apa yang dia gunakan. Uhuk uhuk...kaw betul, sup dia. Hari ni, dah ok, tak batuk dah.

Kain jemuran tak kering. Matahari berlindung di balik awan tebal. Bagaimana cuaca di tempat anda?

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

23 comments:

  1. Bagus betul kak nur nie.. Konsisten berlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak coba, Linda. Ni dah kat kampung suami, tak boleh lari. Itu yang pulun dulu masa kat rumah. 😁

      Delete
  2. selalu hujan petang, pagi jrg hujan...mi celup, sedapnya...

    ReplyDelete
  3. sama alaa kat sini pun hujan...
    tp hari ni dr smlm hujan. renyai2...

    nama kedai tu mmg Efan2 ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 cawangan Efan Tomyam di Manjung, Anies. Jadi, dia bezakan 1 nama Efan Tomyam. Satu lagi, Tomyam Efan2.

      Delete
  4. Sekarang ini tengah hujan lebat. Sini petang-petang hujan.
    Haha hujan atau tidak, tiada keluar jalanpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus NA ni, duduk rumah je. Sama macam saya, suka duduk rumah.

      Delete
  5. larilah dalam hujan
    Kan best macam cerita industan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pernah pesan dulu, jangan main hujan, Wak. Nanti demam.

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau petang hujan, mesti jem jalanraya ye, Carneyz.

      Delete
  7. Kuantan pun sama kak hujan+mendung...time macam ni kain jemuran semua masuk dryer kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu, Afzan. Akak jemur dalam rumah lagi kering dari jemur luor rumah. 😁

      Delete
  8. Tetap aktif ya walau di rumah pun..sini juga mendung dan dingin..habis hujan semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la lari juga, mreneyoo. Oh, sama cuaca disana, ye.

      Delete
    2. Saya bergerak masuk keluar kamar,dapur ,teras saja😆

      Delete
  9. Saya memang beli treadmill Krn tak suka olahraga di luar 😄. Kecuali ada suami, saya mau. Tapi suami LBH suka olahraga lain. Jadi ya sudahlah, drpd tak olahraga, mending beli treadmill, yg bagus sekalian biar bisa tahan lama. Akhirnya terpakai sangat.

    Walopun saya dah lebih sering olahraga beban, tapi dalam seminggu pasti ada cardio pakai treadmill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Fanny, ada treadmill di rumah. Tak perlu keluar rumah untuk berlari. 👍

      Delete
  10. Sama Mbak disini juga sudah musim hujan.

    Tapi belakangan hujannya selalu mulai siang atau sore hingga jelang malam.
    Pagi hari hanya mendung saja. Jadi aktivitas jalan kaki pagi saya tidak terganggu. Tetap dapat jalan kaki pagi, malah asik dengan udara pagi yang lebih dingin dari biasanya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu. Sama di sini.
      Bagus la, Pak Asa masih boleh berjalan di pagi hari.

      Delete
  11. LD hari-hari hujan. Tidak kira siang atau malam. Ada kawasan tertentu yang banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. mesti sejuk, sebab hujan di kebanyakan waktu.

      Delete