Rumusan Oktober yang sendu

 Pagi-pagi buta, sudah masuk dapur. Sempat masak satu lauk untuk hari ni.

Kuali comot. Minta maaf ye.

Sambal telur rebus. Lauk paling mudah nak masak. Sambalnya, guna cili kering semata. Ada kick, ooo! 😋

Lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya pergi berlari di padang. Sebab semalam hujan, padang agak basah dan becak. Tapi ok la, boleh elak-elak, ikut laluan kering.

Larian Rabu sejauh 8 kilometer.

Balik dari lari, saya singgah Family Mart. Mahu beli kopi, tapi mesin kopi sedang diservis. Huhu..

Hari ni sudah masuk bulan baru, November. Mari kita tengok rumusan larian di bulan Oktober.

Rumusan larian Oktober 2023

Ayoyo... kelihatan banyak rongak ya, dalam graf di atas. Banyak hari ponteng lari. Kih kih kih! 

Jumlah jarak larian cuma 145.6 kilometer.

Purata berlari dalam sehari cuma sejauh 4.7 kilometer. Hahaha... 

Kita cuba buat lebih baik bulan ni, ya! Berusaha! 

Saya sudah tak peduli tentang berat saya. (Ya ke? Boleh percaya ke? 😝) Tapi untuk rekod, saya letak di sini juga la ya. Hasil motto hidup baru iaitu Live Life Abundantly, berat saya naik sikit. Hahaha..... adan uke!

Dari 59 kg, sudah jadi 60 kg!

Tapi BMI saya masih normal (kurang dari 25). Jadi, apa nak buat ni? Nak control makan ke, nak kekalkan makan ikut suka hati? Entah la. Rasa nak makan, makan je la. Tapi yang pasti, saya akan cuba untuk lari hari-hari, sebab lari buat saya happy! 😁

Pejam celik, pejam celik, lagi 2 bulan je lagi, tahun 2023 ni. Adakah target atau azam anda masa awal tahun sudah tercapai?

Orait. Jumpa lagi, ye. 

18 comments:

  1. Replies
    1. Apa yang bagusnya, mummy Ayu? Berat naik tu. :D

      Delete
  2. Makan lah, nikmati asal gak berlebihan 😁 kalau lari membuat perasaan happy, teruslah berlari....

    ReplyDelete
  3. Makan sebelum lari
    Bukan makan selepas lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baca banyak kali komen Wak ni, sebab cuba faham apa maksud Wak. Kalau makan sebelum lari, saya tak biasa, Wak, sebab saya biasa lari dalam keadaan perut kosong. Kalau Wak maksudkan, makan adalah 80% dan bersenam cuma 20%. Ya, betul juga tu. Seharusnya, kita kawal pemakanan juga, ye, Wak. Biar sederhana, jangan terlalu banyak makan.

      Delete
  4. sedap jer nampak sambal telur rebus tu :)

    ReplyDelete
  5. Lari Nur, selagi boleh lari.
    Saya mampu jalan-jalan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan-jalan pun bagus, Amie. Sekarang ramai orang ber-briskwalk.

      Delete
  6. Replies
    1. Jalan-jalan briskwalk pun, bagus juga, kak LM. :)

      Delete
  7. Mungkin patut makan banyak protein kut? Hehe saya tengah cuba tapi biasalah makanan karbohidrat banyak yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Tapi saya sekarang ada kawal makan sikit la, NA. Kita cuba je la ye, mana mampu. :D

      Delete
  8. Dari komen Wak petani, saya pun agak berfikir juga. Tp kita sama kak, saya tak bisa makan dulu lari lari. Sakit ulu hati pasti. Kalo pun makan dulu, saya harus tunggu 2 jam, baru setelah itu lari. Tak bisa langsung.

    Makan tuh makan sajalah. Yg penting sesuai takaran dan terkontrol ☺️. Bagi yg rutin olahraga, sebenarnya tak masalah dia kuat makan juga, karena metabolisme nya lebih cepat dari orang yg tak berolahraga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kan, Fanny. Kalau saya makan dulu, boleh jadi senak di bahagian perut. Betul. Bila bersenam, boleh imbang antara makanan yang kita ambil. Asalkan jangan terlalu banyak portion-nya. :)

      Delete
  9. sy x berlati tp jalan je. tu pun x sampai 10km kot hahaha... xde azam lg. nk abiskan azam thn ni😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan je pun sudah cukup baik, Anies. Kipidap!
      Semoga tercapai azam Anies pada tahun ni.

      Delete