Projek anak bongsu

 Tak berapa lama dulu, anak bongsu ada minta nak beli barang di shopee. Dia kata, barang untuk kerja sekolah, subjek RBT (Rekabentuk dan Teknologi) Tingkatan 3. Barang-barang yang dia minta beli:

Bekas acuan silikon satu set, atas dan bawah, pemegang acuan tu dan lampu USB.

Epoxy Resin

Ha ah. Kena beli sendiri. Zaman kita dulu, cikgu yang sediakan barang-barang. 

Barang-barang dalam gambar pertama di atas, dari China. Nasib baik anak cakap awal. Jadi, ada masa untuk barang sampai. 2 Oktober beli, 9 Oktober sampai rumah.

Barang dalam gambar kedua, penjual dari Selangor. 2 Oktober beli, 5 Oktober sampai. 

Lepas tu, anak ajak beli bunga kering. Saya pun bawa pergi kedai jual barang-barang perkahwinan, Yun Yun. Beli bunga plastik.

Berikut adalah projek anak yang telah siap, menggunakan barang-barang yang telah dibeli.

Projek RBT Tingkatan 3. Lampu tidur. Eh, abaikan meja kerja anak yang sudah reput di tepi itu. Meja turun-temurun, dari zaman saya belajar.

Cantik tak? Peh... macam ni yek, projek budak-budak sekarang. Hebat betul! 

Korang dulu tingkatan 3 buat apa? Saya masa subjek Kemahiran Hidup, buat tempat letak surat. Projek pertukangan. ๐Ÿ˜

Lampu tidur buat sendiri.

Malam-malam masuk bilik, tengok anak pasang. Saya mula-mula memang ada rasa nak marah. Sebab barang kena beli sendiri. Tapi tak jadi nak marah bila tengok hasilnya, dia gunakan dalam kehidupan seharian. Cantik pulak tu. Entah la. Saya tak sabar nak tunggu anak habis sekolah, supaya tak perlu lagi beli barang-barang yang saya sendiri tak tahu kegunaannya. ๐Ÿ™ˆ

Orait. Salam Jumaat kepada pembaca sekalian.

Jumpa lagi ye. ๐Ÿ˜Š

20 comments:

  1. Cantik hasilnya..kreatif juga yaak๐Ÿ˜€๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Mreneyoo. Saya tak pernah terfikir projek begini, sebab bahan mentahnya pun saya tak tahu, pertama kali tengok, iaitu epoxy tu.

      Delete
  2. cantikk...itulah zaman sekrg ni mcm2 aktiviti/program kat sekolah yg ibubapa kena keluar kos...mcmanalah mereka yg kurang mampu...huhu..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ye ke, linda? Kesian... bertabah lah mak bapak.

      Delete
  4. dahsyat projek KH budak2 sekarang๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘sy dulu buat mini garden. hancussss esp part wiring๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Anies, mini garden, dasyat juga tu. Hehe.. Wiring memang, bila kita buat jadi. Bila depan cikgu, tak nyala. Hahaha...

      Delete
  5. hahahaah kita sama buat tempat surat ke bangku eh??? hahha lupa da

    ReplyDelete
    Replies
    1. Form 3 buat tempat letak surat. Bekas makanan ayam kot, masa form 2 ke, form 1. Dah lupa. Hehe..

      Delete
  6. itulah harga yang patut dibayar...cantik dan kreatif...boleh jual juga jika nak cari pengalaman berniaga

    ReplyDelete
  7. cantik tuh barang... tidak menyesal membelinya.

    Ijin saya follow blognya. Senangnya bisa jd follower nomor 60... yes

    ReplyDelete
  8. Saya dulu buat bekas pasu bunga yang gantung itu. Betullah ith guna bahan di sekolah sediakan. Takdepun minta beli kayu lapis, dawai ke apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. saya tau. Pernah nampak. Sesuai gantung orkid, kan. Ye, NA, zaman kita dulu, sekolah dah sediakan semua barang.

      Delete
  9. Projek RBT f3 anak sulung ammi haritu dia buat laci berlampu. Hasil kerja boleh pulak dia tak tunjuk kat amminya yg beriya tolong potongkan keping2 laci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa... kenapa tak tunjuk... penat kita menolong, ye.

      Delete
  10. Ih baguuuus kaak ❤️❤️. Tak payah beli jadi kan .... Saya pun kalo bisa, nak juga buat sendiri ๐Ÿ˜‚.

    Eh tapi zaman saya setiap ada praktek seperti ini, harus beli sendiri juga ๐Ÿ˜„. Tak ada sekolah nak bagi hahahah.

    Tapi memang anak sekarang tugasnya susah2. Kemarin anak saya kelas 2 SD, 7 THN, tugasnya disuruh bikin bus dari kardus. Haiyaaaa, mana bisa mereka potong kardus tebal tuh pakai gunting khusus ๐Ÿคฃ. Yg ada orangtuanya juga yg suruh buat. Sebel saya ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. memang biasa tu, Fanny. Kerja sekolah anak, kita kena tolong buatkan. :D

      Delete