Cerita makan

Saya suka makan. Antara sebab saya keluar berlari, adalah kerana kadang-kadang, saya makan banyak. Sebab rasa badan sudah mulai berat, jadi saya pun lari lah lama-lama. Saya check handphone saya, ada beberapa gambar makanan dari aktiviti jalan-jalan cari makan, yang saya lupa untuk share. Marilah kita tengok. Hehe... sori la, kalau ada pembaca yang sedang berpuasa hari ni, puasa sunat hari Isnin atau sedang ganti puasa. 

Nasi Kandar Saddam

Kedai ni, ofismate suami yang rekomen untuk pergi. Sedap, katanya. Suami saya pula memang penggemar nasi kandar. Jadi, kami pun pergilah check-it-out pada 30 Julai yang lepas. Tengok, berapa lama punya cerita la, peram dalam handphone. Kedai terletak berdekatan dengan Aeon Station 18, Ipoh.

Nasi kandaq kuah campoq satu!

Saya ambil ayam goreng, nasi kuah campur, sayur kobis dan telur masin.

Tapi betullah orang kata, sedap itu subjektif. Mungkin sedap bagi orang, tapi tak berapa sedap bagi kita. Pada pendapat saya, biasa-biasa je la nasi kandar Saddam ni. 

Yang orang kata nasi ganja di Jalan Yang Kalsom Ipoh tu pun, yang orang beratur untuk makan tu, yang itu pun, saya tak faham apa yang orang ketagih sangat tu. Pada saya, biasa-biasa je. Sudah la kita kena makan cepat, sebab ada orang lain sedang beratur untuk duduk. Tak kan kita nak makan berjam-jam sambil menyembang kot.

Nasi kandar beratur Pantai Remis ada lain sikit, kuah dia. Tak sama macam nasi kandar yang saya pernah cuba. Kalau makan sini, cubalah pesan ayam kandar dia. Tapi sini, tempat duduk pulak terhad. Kadang kita kena duduk meja panjang dan share dengan orang yang kita tak kenal. 

Bagi saya, Nasi Kandar Beratur 786 Kampar juga yang terbaik. Walau pun kena beratur, servisnya cepat. Tempat makan banyak. Ada tempat terbuka, juga tempat ber-aircond. Jadi, kalau nak rasa sedapnya nasi kandar sambil makan dengan selesa, sinilah tempatnya.

Sekian cerita nasi kandar. Cerita makan tempat lain pula.

Saya dan suami ada pergi makan di Kluang Kopi, pada 29 September lepas.

Lontong kering

Memang gendut makan lontong kering di Kluang Kopi ni. Kena share 2 orang. Sambal jawa dia terbaik! 😋

Lain hari pula, pada 14 Oktober, kami singgah makan di Capati Kari Kambing Bota.

Dah cubit capati sikit baru teringat nak ambil gambar.

Kakak yang ambil pesan tu akan tanya, nak berapa keping, kalau pesan capati. Saya dengan yakinnya cakap, sekeping, kak. 10 minit kemudian, saya pergi balik pada kakak uli capati tu, pesan lagi sekeping. Hehe... tak cukup sekeping, wei. Kari kambing tu pekat. Lembut pulak tu, daging kambing. Saya suka! 😋 Kalau anda datang ke Perak, singgah lah ke Bota, cuba capati ni. Tak tau nak cakap la. Dap, dap!

Cerita hari lain pula, sarapan di mamak Biriyani Kampung Acheh, dekat Lumut Port.

Tosei, satu!


Kami pi ni pada 17 Oktober yang lepas. Saya pesan tosei. Suami ambil bihun goreng mamak, dengan sambal. Juga beberapa ketul ayam goreng. Jarang-jarang dah la pi mamak sekarang ni. 

Keesokan hari pula, kami pi sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung. Meh tengok kami makan apa, di sana, pada 18 Oktober.

Mi rebus daging

Ubi goreng dengan serdaknya sekali, dan karipap.

Suami ambil bihun goreng dengan sambal paru

Lempeng pisang


Ada satu hari, kami jalan jauh sikit, ke Seri Iskandar, pada 29 Oktober lepas. Suami tanya, nak jalan-jalan cari makan di mana, sebab dia tak kerja. Kami pi Mee Mamak Royale. 

Mee mamak, sambal sotong letak asing

Pernah tengok di Penang, orang makan mee goreng, atas dia ada sambal sotong. Habis merah jadinya mee goreng dia. Tapi suami masa pesan tu, dia minta asing. Perut orang tua. Takut pedas ke, apa ke, pertama kali cuba. Not bad la. Sambal dia boleh diterima, tak pedas sangat pun. Lembut juga sotong dalam sambal tu. Mee goreng ok sesangat. 

Mee Mamak Royale
Lokasi: Berhadapan Masjid Bandar U, Seri Iskandar, Perak.
Masa operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang. Jumaat tutup.

Bukan setakat mee goreng saja, dia ada mee kuah daging, kuetiau kerang, mihun daging, maggi goreng, cendol, laksa, mee sup daging, mee sup perut, macam-macam la. 

Alhamdulillah.. Rezeki, dapat makan sedap-sedap belaka. Saja, nak clearkan gambar makanan dalam handphone saya. Tu buat dalam satu entri je. 

Sekarang ni, musim orang memboikot. Saya pun tak tau nak boikot apa. Sebab saya pun tak makan di mekdi, di setarbak, di kedai-kedai yang orang dok sebut-sebut tu la. Saya ada makan mi segera, tapi jenama yang saya beli, Indomie dan bihun Pama. Hehe. Meelo pun saya tak minum. Saya dan suami biasanya makan di kedai-kedai macam ni la. Kedai tempatan, orang kita. Ada makan mekdi, tapi dalam setahun 3-4 kali je la, itu pun beli aiskrim dia tu je. Tapi saya rasa kesian pula bila terbaca baru-baru ni, pihak pengurusan mekdi bagitahu yang ramai kakitangannya, orang kita, sudah terjejas pendapatan. Keuntungan mereka digunakan untuk rolling bisnes, bukan salur pada 'si laknatullah' tu. Nampaknya, memang berkesan tindakan boikot ni, sebab pendapatan mereka sudah terjejas. Tapi kesian juga pada orang-orang kita yang bekerja di sana. Kalau nak boikot, cuba jangan guna mukabuku atau gugel. Mereka terang-terang cakap pendirian mereka belah rejim zionis tu. Korang rasa, camana?

Orait, jumpa lagi, ye. Rezeki jangan ditolak. Makan je. Bersenam jangan lupa. 😊

29 comments:

  1. Wah banyak juga foto jalan dan jajannya 😁 enak"lagi, saya tuh jarang makanan model India..karna tempat saya tak ada yg jual, padahal tengok nya sedap ,saya mau coba lontong keringnya dan mie nya,nampak berselera 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... baru tahu, di Indonesia, tiada kedai mamak ya.
      Memang sedap, Mreneyoo, lontong kering dia. Kena makan bila betul-betul lapar, sebab portion-nya besar. :D

      Delete
    2. Entah kalau di daerah lain, saya juga belom dengar sih.

      Delete
  2. bila2 balik tronoh, boleh try mee mamak tu...mcm sedap, tp sekrg fasa makan ikot tekak anak2...hahaha...jd susah sikit nk JJCM nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. kampung cik puan linda di Tronoh, ye.
      Ooo... gitew..

      Delete
  3. Aduhhhh.. macam lama pulak kita tak pergi Perak.

    ReplyDelete
  4. Saya pun banyak gambar makanan dalam galeri HP. Entah bila hendak delete sebab banyak yang belum dijadikan entri. Hendak buang sayang sebab penat juga menangkap gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Kena tulis juga entri makan, sebagai kenangan. Juga rujukan, tempat mana makan sedap, kan, Amie.

      Delete
  5. Nasi kandar Saddam saya suka..sedap jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, nohas cuba di cawangan mana, ya, nasi kandar Saddam tu?

      Delete
    2. jalan TAR, depan Pertama Complex..

      Delete
    3. Ooo... ok. Bila saya pergi KL, nak cuba singgah. :D

      Delete
  6. Mak oi semua gambar dan review mknn je ni nur.. cuba nur x lari mmg naik sgt ke badan nur? sy skrg mun semakin menaik tp mmg padan lah sebab x berlari atau bersukan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ye, kalau saya tak lari, badan saya akan naik. Family saya, belah mak, semua badan besar-besar, kakmim.

      Delete
  7. Itulah termenung fikir guna google.
    Pasal Mekdi ke memang lama saya tidak beli sebab tidak puas hati kualiti burger dengan harga. Jadi sudah lama sebelum boikot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, NA. Blogspot ni pun, produk gugel juga.
      Ye, harga makan mekdi agak mahal, kan. Tapi tak kenyang pun. Pada saya, la.

      Delete
  8. Saya pun sukaaa sangat nasi kandar kak. Tapi Krn blm pernah ke Ipoh, jadi blm coba nasi kandar Saddam ini. Memang rasa tuh tergantung selera yaa. Yg enak bagi saya, belum tentu buat orang lain.

    Saya sendiri paling fav nasi kandar deens maju di Penang.tapi nasi kandar lain pun suka saja, Krn memang makanan fav saya nih 🤣.

    Nasi ganja tuh saya masih penasaran sampai Skr. Harap2 bisa coba kalo ke Ipoh.

    Nanti saya nak tanya rekomendasi nasi kandar fav kakak lah kalo ke Ipoh. 😄.

    Capati dan tosei itu pun kliatan sedap. Saya suka makan di restoran mamak atau India lainnya. Masuk ke lidah saya. Mungkin Krn saya lama di Aceh, dan makanan Aceh pun banyak rempah kan.

    Perihal boikot, ini macam dilema memang. Saya sendiri tak suka strbx Krn di Indonesia kopi lokal jauh lebih enak. Ada kopi kenangan, kopi tuku, kopi Pantja kaki, jauuuh lebih sedap drpd strbx.

    Fast food macam McD dan KFC pun saya tak suka, Krn dj sini ada olive chicken , produk lokal. Yg LBH sedap drpd KFC.

    Burger king pun kalah rasanya dengan lawless burger, atau flip burger produk lokal yg kualitas premium utk burger.

    Jadi memang tanpa ada suruhan boikot pun, saya tak pakai dan beli. Mie instan ada Indomie atau mie sedap 😄. Palingan yg saya tak bisa berhenti pakai, saat traveling hrs pilih maskapai yg pakai Airbus atau boeing. Krn toh 2-2 nya juga bela si anu kan 🤣🤣.

    Tapi maskapai yg ada memang jenisnya hanya boeing dan Airbus. Tak ada pilihan lain. Tak mungkin saya cari Sukhoi 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling terbaik, nasi kandar di Penang, la, Fanny. Sedap! :D
      Must try nasi ganja Ipoh tu. Tapi harus bersabar, beratur menunggu time peak-hours.
      Nampaknya, selera kita lebih kurang sama, Fanny. Lebih suka kopi tempatan, dari setarbak. Harus support produk tempatan, kan... haha... kecuali kapal terbang.

      Delete
  9. Alhamdulllillah...rezeki awak dan keluarga makan yang sedap...lepas ini cuba nakan nasi Arab atau Mandy pulak...itu nasi kegemaran saya hehehe..

    Untuk boikot Google...sabgat susah sebab blog ini pun pun Google yang punya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang sedang diet no nasi, Encik Hanafi. Tapi saya akan pertimbangkan, sebab anak sulung mau balik cuti. Dia kuat makan nasi. Hehe.. Mekasih ya.
      Betul! Blogspot ni kan produk gugel. Kita cuma yang mana kita mampu je la.

      Delete
  10. betul...sedap tu mmg subjektif. Ammi pun sama dah beberapa org kata "kau patut cuba sini sedap gile"...bila ammi pegi macam ehhhh tak gila pun. tekak kita berbeza

    ReplyDelete
  11. kalau mamak sy mmg jarang mkn. tp ok je kalau org ajak mkn/belanja.

    igt nasi kandar saddam kat Sogo KL td hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, banyak cawangan rupanya, nasi kandar Saddam ni.

      Delete
  12. Bawah rumah ada 3 restoran mamak. Kalau ada musim malam masak mmg ke mamak je la jawap nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya, bawah rumah ada mamak. Senang nak ngeteh. :D

      Delete