Cuti

 Hari ni, saya dah ok. Tidak sedih lagi. Tentang hal semalam, saya terima ketentuan dariNya. Dalam ramai anak kita, mesti ada sorang yang akan duduk dekat kita, jaga kita di hari tua, kan. Kalau dia kerja pun, dia tak jauh dari kita. Saya rasa, anak nombor dua ni kot, orangnya. Sudah tentu semua ibubapa nak yang terbaik untuk masa depan anak masing-masing. Jika dia lulus cemerlang dalam periksa dan dapat kerja yang bagus, bonus untuk dia, dan yang hidup senang, dia juga. Bagi saya, saya cuma nak anak-anak saya taat pada perintah Allah. Bila saya dah tak ada, ada yang selalu kirim cahaya pada saya dalam kubur, menerusi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Itu je yang saya nak.

Petang semalam, suami saya sudah balik rumah, dari kursus di KL, sejak hari Isnin lepas. Dia lalu jalan Tanjung Karang, jadi dia singgah di restoran Sate Hut. Saya pernah makan dengan suami dulu, sekali. Sate dia memang besar! Saya memang sejak kecil, feveret saya adalah sate. Saya boleh habiskan 20 cucuk sate, sorang-sorang je. Hehe.. Dah tua ni, kalau saiz sate normal, 10 cucuk pun boleh habiskan sorang. Tapi, sate di Sate Hut ni, saya cuma boleh makan 5-6 cucuk je. Kenyang, sebab saiznya yang besar. Meh tengok gambar sate, suami bawa balik...

Kuah kacang, sate daging dan ayam dan timun.

Bawang takde. Nasi himpit, tak perlu. Kuah kacang dia, pedas juga, tau. Cuba tengok perbezaan saiz antara sate daging (atas) dan sate ayam, di bawah, dalam gambar close-up sate di bawah...

Besarnya sate ayam dia! 😍😋

 

Alhamdulillah. Sedap! Tak habis. Perangat balik hari ni, buat sarapan.

Hari ni, negeri Perak cuti umum, sempena hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang ke-61. 

Saya keluar lari awal pagi sikit, banding biasa. Suami pun ikut sekali. Tapi dia tak berapa sihat pulak, balik dari kursus semalam, batuk-batuk. Jadi, dia jalan-jalan je.

Larian 10 kilometer pagi tadi.

Kelihatan anak bulu, Ros di belakang. Ros tu, short form untuk kurus. Sebab masa kecik, budak bulu ni halus benor badan dia. Bila dah besor, semangat! 

Saya rasa best pula, minggu ni, saya dapat update blog setiap hari. Jumlah entri di blog setakat ini, adalah sebanyak 158 post, lebih banyak dari tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 137 post sahaja. Terima kasih kepada anda semua, yang sudi singgah di blog saya ni. 

Selamat bekerja pada yang bekerja, dan selamat beristirehat pada yang bercuti.

Jumpa lagi, ye. 😊

24 comments:

  1. Alhamdullilah kalau masalah selesai....sayapun penggemar sate, tapi ukurannya tak sebesar di sana jadi kalau makan 10 pun kurang, biasanya di tambah dengan ketupat/lontong .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enak ya, sate, Mreneyoo. Saya suka makan sate-nya saja, jarang pesan nasi impit atau ketupat.

      Delete
  2. Doa yang terbaik. Sayapun rasa duduk satu rumah dengan emak abah walaupun sebenarnya hendak duduk jauh macam adik-adik yang lain.
    Peminat sate macam emak saya. Saya kurang suka sebab kuah kacang yang manis tapi kalau pedas melebihi manis mungkin saya boleh makan lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Sate Hut ni punya, pedas dia lebih dari manis, NA. Mesti NA suka.

      Delete
  3. anak Perak yang bekerja di selangor....
    saya teringin nak duduk dekat dengan mak bapak...Alhamdulillah dpt duduk maken dekat dah..kalau dulu melaka-perak, skang selangor-perak..moga ad rezeki perak-perak pulak..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. mudah-mudahan cik puan linda dapat tinggal lebih dekat dengan mak bapak.

      Delete
  4. Nur, sate hut saiz besar tu saya boleh masuk dua batang jew. Terus penuh perut. Hujung tahun ni rasanya kena singgah lagi di Sate Hut Tanjung Karang dalam perjalanan ke Seri Iskandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Wah, nanti sampai Perak jangan juga Waze, tau, Amie. Nanti Waze tukar suara lagi. Kat Perak, kena guna google maps. :D

      Delete
  5. Hahahha.. Ros untuk kurus sekali dah besar semangat. Samalah macam sorang anak sedara kita, neneknya bagi nama panggilan manja, kecik sebab kurus kecik, sekali dah besar, semangat pulak 😆.

    Sedapnya nampak sate tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... selalu camtu, kan. Bila dah besar, dia jadi berlawanan pula.
      Sedap satenya, SK. Kalau SK mari jalan sini, singgah la..

      Delete
  6. lama x makan satay...dapp...
    ha ha..nama ros ingat kan sbb betina rupanya sbb dulu kurus...comei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu le, dulu Ros tu kecik dan kurus benor. Saya sendiri tak sangka panjang umur Ros, sihat dan besor panjang dah pun, MA.

      Delete
  7. sedapnya sate...oo..Perak cuti hari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, nohas. Tak lama lagi, larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Syah tu, di Taiping pula dia buat kali ni. Kalau tak, kat Kuala. Tapi saya tak masuk. Tak sempat daftar, dah penuh.

      Delete
  8. Sate agak berapi juga harganya sekarang...tempat saya satu cucuk RM1 ...bagus juga harga mahal sebab kalau mahal rak ramai yang makan banyak jadi...boleh jaga kesihatan di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sate makan sekali-sekala je, Encik Hanafi.

      Delete
  9. Aissssh, sate HUT ini banyak cabang kah kak? Nak juga coba kalo kesana 😄. Saya pun penikmat sate. Sangaaaat. Apalagi di sini ada banyak macam jenis sate dari berbagai propinsi di Indonesia. Tapi favorit saya sate Madura dan sate merah Jogjakarta. Kalo suami sate Padang.

    Sukaaa liat satenya besar2 yaaa 😄😄❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa, cuma ada di Tanjung Karang, Selangor, Fanny. Sedap sangat, Fanny! Harus datang beramai-ramai.

      Delete
  10. Setiap hari saya baca blog puan, cuma tak komen jer.....ehh ? ni dah komen dah....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... terima kasih, kerana meninggalkan komen, dan sudi baca blog saya. :)

      Delete
  11. wowwww..im impressed! lari 10km. ammi nak briskwalk 10km pun payah nak dapat.

    btw salam kenal dari ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, Ammi.
      Saya dah lama dah follow blog Ammi. :)

      Delete
  12. jarang kuah sate pedas. kalau manis tu selalu jumpa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sate Hut tu, pedas kuah satenya, Anies. Saya lepas beberapa cucuk makan, tak cicah dah kuahnya. :)

      Delete