Hari ini hari Selasa

 Rutin biasa, selepas hantar anak-anak ke sekolah, pergi lari. Saya berlarian di Teluk Batik, pagi tadi. Lama dah tak datang sini. Ada ramai orang naik bukit. Yang berlari, tak ramai. Kera-kera pun dah tak banyak. Kalau tak, memang segerombolan kera atas pokok-pokok ataupun yang lintas jalan. Ada tandas awam dan surau yang sedang di-renovate. 

Larian 7 kilometer di pagi Selasa.

Alhamdulillah. Cuaca pun baik. Tak berapa panas. 

Kucing tompok di taman awam Teluk Batik

Saya perasan, ada orang datang bawa makanan kucing. Dia naik motor, bila dia turun je, beberapa ekor kucing sini terus datang pada dia. Bermakna, kucing-kucing sudah kenal, sudah biasa. Patut kucing sini sihat-sihat belaka.

Habis lari, singgah kedai runcit, beli roti. Balik rumah, selesai mandi, sidai kain, saya masuk dapur, goreng telur, makan dengan nasi goreng yang saya sudah sediakan awal pagi, sebelum subuh.


Banyaknya nasi saya ambil. Lebih separuh pinggan. Ada masukkan ayam goreng mamak, yang tak habis. Semalam ada beli 3 ketul. Ayam goreng mamak kan, ada warna merah. Hehe..

Alhamdulillah. Korang makan apa? 😊

19 comments:

  1. Alhamdulillah, terjaga makan-minum kucing2 liar..terima kasih orang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, semoga murah rezeki pencinta haiwan yang selalu bagi kucing-kucing jalanan makan.

      Delete
  2. Seru niih bisa berlari terus...👍..tadi pagi sarapan bubur sumsum atau bubur tepung

    ReplyDelete
  3. 10 tahun dulu...1st posting dekat kolej kejururawatan lumut..dekat pintu belakang navy...selalu lah cuci2 mata abam2 navy berenang...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo.... cikpuanlinda ni, misi rupanya. Saya kadang lari sampai situ. Sampai sekarang masih ada navy buat latihan berenang tengah laut. :D

      Delete
  4. Nampak merah mesti pedas.
    Makan sambal tempe dan ikan bilis bersama nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pedas pun, NA. Hehe..
      Peh, sedap tu, NA. Sambal tempe dengan ikan bilis.

      Delete
  5. hari ni pulun ayam bebanyak. sok lusa dah xde subsidi daa🤭

    ReplyDelete
  6. hari ni pulun ayam bebanyak. sok lusa dah xde subsidi daa🤭

    ReplyDelete
  7. Selamat melarikan diri dan menjamu selera

    ReplyDelete
  8. rajin olahraga...jadikan mbul termotivasi ikutan rajinkan lari pagi juga kak nur, kalau dah keringatan badan terasa enteng dan setelahnya kayak fresh dan fit..menu nasi goreng lezat ditambah telur..tak lupa kucing yang di jalan tampak cute sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Mbul, bila bersenam pagi, badan rasa ringan dan sihat.

      Delete
  9. morning.... pagi rabu baru jengah sini...
    bestnya dpt jogging pagi2..rasa fresh sgt kan..
    berkongsi rezeki ngan kucing..good...
    semalam MA bfast lempeng...hari ni nasi goreng
    have a good day!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mummy Ayu, rasa best bila dapat keluar peluh.
      Sedapnya, sarapan lempeng. Teringin pula saya. :D
      Thank you. U too, mummy Ayu.

      Delete
  10. Selalu senang kalo baca ada orang berbuat baik dengan kucing2 atau anjing sekalipun di jalan. ❤️. Kucing bagi saya dah bagai anak sendiri. Lagi sedih, kalo dah peluk anak2 bulus, rasa hilang sedihnya..

    Tak apa makan karbo berlebih dikit, Kaka rutin berlari soalnya 👍😍. Langsung terbakar lagi tiap kali lari 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny, ada saja pencinta haiwan yang beri kucing jalanan makan. Semoga murah rejeki orang-orang ni.

      Delete