Aktiviti saya

 Khamis, 3 Ramadhan 1445 Hijrah.

Bulan puasa tahun ini, saya tak keluar berlari waktu pagi. 2 tahun lepas, saya buat macam tu, boleh lari sampai 10km walau berpuasa. Tahun lepas, saya lari juga kadang-kadang. Cuma saya tukar ke waktu petang. Tahun ini, saya gantikan dengan aktiviti bercucuk-tanam. Lepas anak bongsu ke sekolah, saya menebas rumput, cabut rumput dalam pasu dan trim pokok-pokok besar. Sebab kawasan besar, saya buat sikit-sikit, di mana laluan yang saya lalu. Sebab masa nak siram pokok, tak best lalu di kawasan rumput panjang. Tak adalah lama sangat. Bila sudah mulai panas, sekitar pukul 9 pagi, saya pun masuk rumah. Beralih ke pokok-pokok di rumah hijau saya pula. Transfer anak pokok yang kecil ke pasu individu yang lebih besar, dan menyiram. Lain kali saya kongsikan ya, pokok-pokok di rumah hijau saya. ๐Ÿ˜

Biasanya lepas berkebun, sebab berpeluh, terus mandi. Tapi pagi tadi, saya rasa macam saya makan banyak semalam, saya bersenam dalam rumah sahaja, buat senaman ringan. Semalam saya makan nasi arab ayam grilled, beli di bazar ramadan, gendut sudah. Semalam sebab suami balik kerja awal, itu yang jalan-jalan pergi bazar ramadan. Kalau dia takde, saya malas nak keluar, mengadap kesesakan cari parking ke bazar. 

Kebanyakan masa saya dipenuhi dengan aktiviti offline. Untuk balance antara projek jahit dan blog, saya pun buat jadual. 

Jadual kerja saya seminggu.

Saya cuma update blog ini, 2 kali seminggu, ya. Tak dapat hari-hari. Sebab nak siapkan projek kait dan projek cross stitch. Apa-apa, saya akan update sini.

Sekarang, projek kait dalam pembikinan masih bantal. 

Jahit bantal.

Bantal dalam untuk sarung bantal kait yang sudah siap. Insya-Allah, ini untuk salah seorang pembaca blog saya ni, pada hujung tahun, bila tiba masa untuk Top Commentators of the Year. 

Isi bantal dengan kapas fiber.

Saya isi bantal handmade ni, dengan kapas fiber. Tiba-tiba habis pula, tak cukup. Baru beli stok baru di shopee. Baru sampai hari ni. Esok boleh sambung semula siapkan. Saya suka isi banyak-banyak, biar gemuk. Baru sedap peluk. ๐Ÿ˜

Bukannya lama pun ada masa untuk projek sendiri ni. Dapur pun kena berasap juga. 

Ayam goreng berlada.

Tak larat nak tumbuk cili di bulan puasa. Kisar saja guna blender. Dan saya buat versi berkuah. Cekik makan nasi, kalau takde kuah. 

Ok la ye. Sekian perkongsian hari ini.

Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

Update cerita dan hadiah dari Syazni Rahim

 Lamanya saya mengabaikan blog saya ni. Last posting masa hujung Februari. Haha... hadoi. Saya sibuk sikit, dan juga malas. Banyaknya benda buat dalam sehari, sampai masa itu berjalan dengan sangat laju. Masa cuti sekolah, ketiga-tiga anak ada di rumah. Apa saja saya masak, habis. Nasi goreng ke, burger ke, nasi lauk ayam goreng ke, kari ke, semua la. Huii... macam kerja buruh pulak anak-anak saya ni. Makan banyak. ๐Ÿ˜  

Pembaca sekalian sudah hantar ke, e-filing (income tax)? Saya sudah hantar suami saya punya, pada hari kedua dibuka tarikh hantar, iaitu pada 2 Mac lepas. Tak pernah-pernah suami saya kena cukai sebanyak ini, tau! Eh, pada pembaca yang tak tahu, saya selaku menteri kewangan keluarga saya, merangkap setiausaha kepada suami, memang tiap-tiap tahun saya tolong hantarkan borang e-filing tu. Saya begitu pissed-off lepas hantar tu. Giler tau! Ibarat suami saya penat-penat kerja overtime tu, untuk bagi separuh kepada kerajaan. Kalau jadi kepada anda, anda marah tak? Banyak ooo, boleh pergi cuti oversea.... Mengucap panjang saya la. Memang 'bersih' kerajaan kita ni. Sampai duit orang pun dia nak sapu bersih. Urut dada sat. Itulah salah satu sebab juga kenapa saya tak update blog. Sebab saya rasa nak carut je. Hari-hari rasa nak mencarut kat orang. Jadi, lebih baik saya diam. Jauhkan diri sekejap. Tapi Alhamdulillah, sudah dapat tax refund hari ni. Boleh la buat belanja keluarga. Ha ah. Cepat dia pulang semula potongan cukai berjadual yang dia ambil tu. Terima dengan lapang dada, rezeki dari Allah. Semua cukai. Cukai taksiran, cukai tanah. Masa awal tahun kan, semua kena bayar. ๐Ÿ˜’

Tutup cerita tak best. Cerita best pula. Anak sulung ada di rumah, cuti semester. Hari tu, dia pergi ke Uitm Negeri Sembilan, sebab dia masuk Karnival Sukan Mahasiswa Uitm (KARISMA). Dia wakil Uitm Terengganu dalam catur. Alhamdulillah, dapat tempat kedua.

Medal anak, depan.

Medal belakang.

Keputusan peperiksaan semester 3 pun sudah dapat. Alhamdulilllah. Lulus. Bila dia wakil Uitm, bermakna dia masih dapat duduk hostel dalam U lagi. Berita baik juga tu. Nanti masuk semester baru pun, kuliah online. Jadi sepanjang puasa, dia ada di rumah. Lepas raya, baru dia balik Terengganu. Yay! Boleh suruh dia ambil adik dia di sekolah. Lega mama. 

Anak kedua pun sudah selesai SPM. Alhamdulillah. Selamat semuanya. Sekarang tunggu keputusan. Nak suruh dia ambil lesen kereta, sementara dia tak kerja ni. 

Aha. Saya sudah dapat hadiah yang saya menang melalui Giveaway Perfume SR. Saya menang hadiah saguhati kedua. Untuk senarai pemenang giveaway ini, blog rujuk di sini.


Saya terima bungkusan hadiah giveaway ini pada 3 Mac yang lepas. Hadiah di dalam ialah...


...sehelai tuala! Lebih kurang macam tuala Decathlon, yang cepat menyerap dan mudah kering tu. Tapi bukan jenama Decathlon. Label tuala tertulis AuraPro. Pertama kali saya dengar jenama tuala ni. Bila saya buat carian online, rupanya tuala ini boleh dibeli di Shopee, Lazada dan Tiktok. 100% Korean Cotton katanya. Wah... Alhamdulillah. Terima kasih kepada Puan Syazni Rahim, atas hadiahnya. Semoga rezeki Puan Syazni Rahim bertambah murah, berjaya dalam kerjaya dan studies dan bahagia selalu. 

Ok. Itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi, ye. Selamat berpuasa kepada semua pembaca sekalian. Semoga dipermudahkan segala urusan. Musim panas, bertabahlah kita. Kat tempat saya ni la, panas. Tempat anda macamana cuaca? Selamat berpuasa...! ๐Ÿ˜Š