Hadiah harijadi

 Dapat hadiah harijadi dari kedua kakak saya. Sampai awal, hari Jumaat lepas. Birthday saya, hari ni, 20 Mei. ๐Ÿ˜Š 

Mari kita buka tengok...

Tudung naelofar

Ada 3 tudung. Sehelai tudung dalam kotak hitam tu. Mak... tudung kayangan ni. Ada tanda harga.

Bahagian depan kotak tudung.

Dalam kotak hitam ni, ada tudung warna hitam, berbunga putih. Saya boleh pula lupa nak ambil gambar tudungnya. 

Logo di tudung. Lebih macam butang. Huruf n.

Bahagian belakang logo n. Agak berat. Jadi, tudung macam ada pemberat di belakang. Tak mudah terbang la.

Dua helai tudung warna kecoklatan, dan sehelai tudung warna hitam. Hehe... betul la tu. Kakak tahu, saya kurang suka warna terang-terang yang menarik perhatian.

Syukur Alhamdulillah. Tudung 4 segi ketiga-tiganya. Hari yang sama, terus gosok tudung. Nak cuba pakai. Bila sudah pakai, saya review ye. 

Orait. Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

18 comments:

  1. Tengok part butang simbol 'N' tu, mcm boleh buka.. Linda tak pernah beli tudung neelofar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak cuba pula nak buka. Kang buka, lubang pula kain. Nanti tengok camne. Akak pun tak tahu naelofar ada tudung 4 segi camni. Ingat ada jual shawl je.

      Delete
  2. selamat hari lahir kak Nur...semoga sentiasa sihat panjang umur,moga yang baik2 sentiasa mengiringi akak sepanjang usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Afzan. Amin... Semoga Afzan juga sihat dan bahagia selalu di samping keluarga dan kerjaya. ๐Ÿค—

      Delete
  3. Sanah helwah Nur........ Semoga sentiasa sihat dan panjang umur........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zana. ๐Ÿค— Amin. Semoga Zana juga sihat dan bahagia selalu.

      Delete
  4. SA pun suka tudung N ni...cumanya blom mampu nak beli...hahaha....apapun selamat hari lahir Nur...semoga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak mampu, SA. Rezeki, orang hadiah, merasa la kita. Terima kasih, SA. Aminnn... Semoga yang baik² kembali semula pada SA dan family.

      Delete
  5. Oh, ni la yang pakai lari tu ya. Cantik tudung bunga2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, SK. Itu la. Jarang saya pakai tudung berbunga. Saya banyak tudung plain je.

      Delete
  6. Hadiah dapat sekali 3 helai.
    Sayang betul kakak.

    ReplyDelete
  7. ammi banyak juga tudung bawal...tapi kita tak reti pakai. dr mula pakai tudung masa 2013 kot kita start dgn lycra, jadi tak reti nak pakai cotton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitew... senang je pakai tudung bawal ni, ammi. Gosok elok-elok je. Insya-Allah, awning on point.

      Delete
  8. alhamdulillah smpi 3 helai tu
    puas memakai

    ReplyDelete
  9. Waaah kakak Taurus yaaa.. happy belated birthday kaaak. Cantiiik tudung2nya. Saya lagi suka beli aneka macam tudung skr ini, sejak pakai hijab. Biar banyak macam warna, JD tak pusing mix and match dengan baju ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  10. Waah kakak Taurus yaaa. Happy belated birthday kak nur ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰. Cantik2 hijab nya. Saya pun lagi suka mencari aneka hijab sejak memutuskan pakai. Pilih Macam2 warna biar mudah nak mix and match baju ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete