Cerita 26 April

Jumaat, 26 April 2024 - Saya dan suami pergi sarapan di mamak. Tak banyak pilihan tempat nak pergi sarapan awal pagi di sini. Maksud saya, seawal pukul 7 pagi, hari Jumaat. Jadi, ke mamak Briyani Kampung Acheh kami hari tu. 

Ayam masala

Ambil ayam masala. Ayam dia kecil-kecil. Ambil 3 ketul. 

Saya pesan tosei.

Tosei garing.


Suami pula ambil bihun campur nasi goreng bersama ayam goreng.

Saya masih belum pergi jogging lagi waktu ni. Masih mood jalan-jalan cari makan. 

Untuk tengahari pula, kami pergi bungkus nasi kerabu kelapa sawit.


Saya pilih lauk ayam bakar, dan ada telur masin.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi, makan sedap-sedap.

Pada hari yang sama, saya telah daftar satu acara larian di Ipoh. Sebab lepas raya, rasa macam malas lari sangat. Mood ke laut dalam.


Merujuk kepada kalendar di atas, ada 2 acara larian saya sudah daftar di bulan September. Larian Tanjung Karang santai-santai saja 7 kilometer, sebab cut-off time 3 jam. Saya masuk dengan suami. 

Lagi satu, Ipoh 7 Bridges, saya masuk marathon, 42.195 kilometer. Dah lama saya tak masuk jarak jauh. Berdebar-debar campur excited. First time penganjur buat kategori marathon. Tahun lepas-lepas, saya masuk half marathon. 

So, ok. Bila sudah daftar acara lari, nak tak nak kenalah training. Malas tu, kita bungkus elok-elok, buang jauh-jauh. Marilah kita berusaha! 🏃💪💪

Jumpa lagi, ye. 😊

30 comments:

  1. all the best Nur....kena giat berlatih la ni walau jauh lagi tarikhnya...kena fit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SA. Betul tu, kena konsisten lari.

      Delete
  2. Salam Nur... lama x menjenguk nur kat sini... sihat ke tu?

    All the best nur utk acara larian nya nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sihat sejahtera, Ako. Mekasih, singgah sini. :)
      Thank you, thank you.

      Delete
  3. Kelihatan enak semua kak nur..
    Mbul mah doyan semua mua hahaha

    ayam masala ini kayak semacam ayam dengan bumbu khas rempah india kah? Kalau nasi goreng sih makanan favorit Mbul pake banget, dan itu ditambah ayam goreng udah pasti bikin kemlecer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Mbul. Ada dijual di supermarket biasanya, rempah masala.
      Ya bener, nasi goreng ada ayam goreng, lagilah selera makan.

      Delete
  4. Sedap semua nampak makanan nya,tapi saya belum tau rasanya 😁..teruslah berlari ya sis..👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Insya-Allah, terima kasih, Mreneyoo.

      Delete
  5. seronoknye.. selamat bermaraton akak.. jaga stamina, jaga makan, jaga tidur jaga larian.. insyaAllah akak boleh... go! go! go!

    ReplyDelete
  6. waahhh kenapa namanya Nasi Kerabu Kelapa Sawit? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab gerai yang jual nasi kerabu tu, terletak di bawah pokok kelapa sawit, Ana. :)

      Delete
  7. wahhh ada nasi kerabu!
    sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, nasi kerabu ayam bakar dia memang sedap, Anies, dari dulu lagi.

      Delete
  8. all the best utk marathon nnt!

    ReplyDelete
  9. nasi kerabu biasa dengar...

    nasi kerabu kelapa sawit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sebab dia niaga bawah pokok kelapa sawit, uncle.

      Delete
  10. Percayalah usaha tangga kejayaan...semoga berjaya

    ReplyDelete
  11. tahniah kerana sanggup menyahut cabaran full marathon! Good luck!

    ReplyDelete
  12. Fuh…join marathon. Moga tercapai impian Nur 💪🏼

    Ish…sedapnya tosei. Lama tak makan, tergoda pulak tengoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ujie. Sebenarnya, ni bakal jadi marathon ketiga saya, Ujie, Insya-Allah. Long time ago, sebelum PKP, zaman masih muda, pernah buat marathon di Selangor dan KL.
      Tosei memang sedap, sila, sila, Ujie. Hehe...

      Delete
  13. Hehe sayapun tengah malas jalan laju dengan alasan cuaca panas.

    Semoga berjaya dengan marathon itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang memang panas. Itu yang saya lari pagi, biasanya, NA. Petang kalau tak panas, hujan lebat pula.
      Terima kasih, NA.

      Delete
  14. Lari marathon 42 km uwooow sekali 🤣🤣. Ntahlah saya sanggub atau tak hahahah. Tak pernah lari sebanyak itu 😅. Semangaaaaat kak nur. Saya yakin kakak kuat, Krn memang spesialisnya di lari kan

    Tosei ini memang dijual di setiap kedai mamak? Saya nak coba nanti. Dah sering makan di Kedai mamak tp selalunya hanya pesan roti tisu atau roti telur 😄. Tak pernah ganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih, Fanny. Insya-Allah, kak Nur cuba.
      Ya, kebanyakan kedai mamak, ada jual tosei. Cuma waktunya mungkin berbeza. Ada mamak, tosei cuma available pagi, petang tak ada. Kena tanya dulu la, Fanny.

      Delete