Anak balik, yay!

 Khamis, 23 Mei 2024 - Bangun pukul 4 pagi. Tahajud. Bukan saja lari, tahajud pun saya cuba untuk buat setiap hari. Setiap orang ada masa 24 jam. Kita yang uruskan masa kita. Boleh habis satu jam main game, tak kan tak boleh spare 15 minit, 20 minit, tahajud. Pilihan di tangan kita. Berusaha! 

Masuk dapur, masak nasi goreng.


Nasi goreng kosong je, hari ni. Fish cake pun tak dak. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili kering. Tumis, masuk nasi, letak kicap sikit. Lepas tu, saya goreng telur mata kerbau. Banyak nasi, sudah 2 hari rice cooker duduk dalam peti ais, boleh tahan sampai makan tengahari.

Berlarian pace siput di Esplanade, bersama suami. Off day dia. 

Larian Khamis, 5.46 kilometer.

Walaupun langit macam nak runtuh, tapi pergi je. Boleh jadi angin kuat meniupkan awan mendung ke tempat lain. Memang betul, tak hujan pun tempat kami berlari. Bila on the way balik rumah, jalan basah, makna hujan turun di kawasan lain. Suka lari cuaca macam ni. Sebab angin sejuk. Lepas tu semput. Hehe.

Siap 5 kilometer, kami balik rumah dulu. Suami sidai kain. Saya, siram pokok. Ha ah, kat rumah tak hujan pun. Kemudian, kami pergi Stesen Bas Manjung, ambil anak sulung.

Ketibaan anak sulung.. 

Bila masuk dalam kereta, apa ni, ada bau macam sotong kering, ikan masin? Dia kata, ada orang bawa barang dari Terengganu, satu guni sotong kering, ikan masin ke, dia pun tak tahu, produk laut ler. Habis beg semua orang lekat bau. Dalam bas pun boleh bau, tapi tak berapa kuat, berbanding bau yang lekat pada beg dia orang semua.

Ayoyo... turunkan cermin kereta, bagi udara segar masuk.

Singgah Bukit Permata, beli nasi lemak dan kuih muih.

Singgah 989 Kopi Lumut, pergi mengopi bawah pokok. Sudah pukul 10 pagi, nampak suami saya kelaparan. 😁


Selain kopi, pesan juga brownies dan scones. Nasi lemak tu, yang dibeli di gerai Bukit Permata. 

Macam ni la kami. Ada orang simpan duit, pergi travel dan bercuti oversea mahu pun dalam negara. Tapi kami, duit banyak habis kat makan je. Happy cara kami. Hidup untuk dinikmati. Spend time bersama keluarga, sambil sembang, sambil makan, nikmat yang paling best. Ada duit, kita makan sedap-sedap. Takde duit, kita masak nasi, goreng telur ngan kicap. Tak pun, duduk rumah diam-diam, makan biskut. 😁

Syukur Alhamdulillah. 

Semoga urusan pembaca semua pada hari ini, dipermudahkan ye. Terima kasih kerana sudi baca blog saya ni. Yang hari-hari cerita pasal lari dan makan. Itu je. 

Jumpa lagi, ye. 😊

39 comments:

  1. anak saya pun dah balik cuti dari hari selasa lagi...senang hati anak ada depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal balik ye, Afzan. Budak sekolah biasa, hari Jumaat, masih sekolah.
      Alhamdulillah. Dapat lepas rindu dengan Pia.

      Delete
  2. MA pun baru start balik briskwalk & run pelan2 ni.. harap2 istiqomah la...aamiin
    wah, seronoknya anak balik cuti kan....yeay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga istiqamah, Mummy Ayu. Aminnn...
      Hehe, seronok! :D

      Delete
  3. Seronoknya, sampai ke sini rasa happy tu!

    ReplyDelete
  4. Lari dulu lepas tu cari makan
    Kalau wak, makan dulu, lepas tu baru kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak boleh lari perut penuh, Wak. Mengah kang.
      Wak perlu tenaga yang banyak untuk berkebun, itu lah perlu makan dulu.

      Delete
  5. Pilihan masing², bahagia dgn cara masing² :D

    ReplyDelete
  6. sepatutnya brg2 yg berbau ni x leh dibawa masuk ke dlm bas. kesian kpd penumpang2 lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Abe Kie. Naya. Saya dah 3 hari jemur beg anak sulung dengan daun pandan, dan sembur Febreze.

      Delete
  7. sapa punya laa sotong ikan masin semua tu?mesti tak pack properly ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tu sudah turun semasa di Ipoh. Tapi bau dia tu, ikut sampai ke Manjung.

      Delete
  8. selagi diberi nikmat makan, makan laa sepuasnya....
    sy pun suka makan juga hehehe

    ReplyDelete
  9. Adoiii! la melekat bau tu sebab lama beg tu duduk sama-sama kat tempat barang hehehee...
    Alhamdulillah bahagia cara masing-masing kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Kete pun turut berbau, Mrs. A.
      Alhamdulillah. Betul, bahagia ikut cara masing-masing.

      Delete
  10. Alamak…kenapa laa orang yang bawa ikan masin segala tu tak pek elok-elok. Kesian kat orang lain.

    Saya pun, zaman kais pagi makan pagi dulu langsung tak jalan-jalan. Hujung minggu memerap. Dah tua gini baru ada rezeki boleh makan-makan, jalan-jalan. Kita nikmati tiap fasa hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, Ujie. Memang kena bungkus elok-elok benda macam ni. Anak kata, dia bawa dalam guni je.
      Eh, sama kita, Ujie. Ye la, dah tua baru ada rezeki makan dan mengopi hari-hari, bagi saya la. Hehe... dulu memang tak. Betul, Alhamdulillah. Hidup untuk dinikmati dan disyukuri.

      Delete
  11. Buat je apa yg kita suka. penting kita bahagia.

    ReplyDelete
  12. Sambal nasi lemak tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah ..semoga istiqamah baik yang bersifat dunia mahupun ukhrawi

    ReplyDelete
  14. Seronok la anak bujang dia dah balik wpun bau ikan masin, hihi. Bestnya sarapan bawah pokok 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Hahaha... dok jemur beg dah banyak hari dah ni, SK.
      Ha ah, rasa macam piknik pulak.

      Delete
  15. Ank2 yg dok asrama dh pulang cuti sekolah..parent pasti happy .. kuar mkn2 sefamily mmg best..xpe bahagian Cara masing2 Kan yg penting bersama keluarga tercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Moment paling berharga adalah bersama family, tak kisah la buat apa pun. :)

      Delete
  16. Saya sekarang ini tidak minat jalan jauh/luar negara. Harap mood itu akan datang. Tapi kalau buat haji tidak tolak.
    Hehe saya sekarang utamakan makanan/vitamin kesihatan.
    Apapun yang pentjng bersyukur. Setiap orang ada fasa berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita. Simpan duit pergi rumah Allah lebih baik, kan. Semoga tercapai impian kita ye, NA. Aminn...
      Baguslah begitu. Kalau kita tak jaga kesihatan kita sendiri, siapa lagi, kan.
      Betul, betul.

      Delete
  17. Betul kak. Masing2 orang ada preferensi masing2. Ada yg memang suka traveling macam saya. Rela habiskan duit banyak utk ke luar negara jauh2. Tapi ada juga yg sukanya lain. Wisata kuliner di dalam kota pun dah happy.

    Yg penting tak menggangu orang lain kan. Buat sedangkan hati kita juga 😄

    ReplyDelete