Laporan seminggu lagi

 Saya sambung lagi cerita diari seminggu ye. Suka ambil gambar apa yang berlaku. Tapi disebabkan kekangan masa, tak dapat nak update blog setiap hari.

Ahad, 5 Mei 2024

Tak pergi lari pun. Rest day. Lepas suami balik kerja shif malam, pergi sarapan nasi berlauk di kedai Kak Za. Pergi Pasar Manjung, beli bahan mentah. Tawaf pekan Lumut, beli suratkhabar. Mengopi di Richiamo.

Iced americano dan vanilla latte panas, bersama butter croissant dan beef stew pie.

Nikmat pagi Ahad, mengopi sambil baca suratkhabar Ahad. Kami ni old school. Kurang suka baca paper online. Kena beli suratkhabar biasa juga. 

Syukur Alhamdulillah.

Balik rumah, aktiviti membaja pokok-pokok. Kemudian saya masak kuetiau goreng. Ini kali kedua seumur hidup, saya goreng kuetiau. Entah kenapa, saya jarang sekali buat kuetiau goreng ni. Biasa kalau nak makan kuetiau, beli je. Tapi sebab tak jumpa port kuetiau goreng sedap di tempat saya ni, kita goreng sendiri je la. 

Kuetiau goreng.

Saya siap letak kucai. Tapi saya tak letak taugeh dan tauhu, nanti anak-anak tak minat nak makan pulak. Alhamdulillah, habis kuetiau saya. Walaupun pedas rasanya. 

Isnin, 6 Mei 2024

Saya masak bihun goreng pulak untuk sarapan.


Hantar anak bongsu ke sekolah. Kemudian, pergi lari di Esplanade.

Larian Isnin, 8.13 kilometer.

Balik lari, saya singgah kedai runcit Bukit Permata. Lepas tu, kena saman sebab parking tak letak kupon. Biasa, tak pernah kena. Tapi hari tu, Inspektor Gajet boleh lalu pulak, saman orang. Menyampah, tau! Sudah bayar online. Bila bayar saman dalam tempoh 14 hari, kompaun adalah RM30. 

Selasa, 7 Mei 2024

Lari di Padang Astaka, Sitiawan, bersama suami. 

Larian Selasa, 7.1 kilometer.

Habis lari, sarapan di kedai makcik bawah pokok. Kami pesan...

Cucur cicah kuah kacang.

Mee kari dan jeli kelapa.

Makan share la ye. Mee kari makcik ni, memang terbaik! ๐Ÿ˜‹

Rabu, 8 Mei 2024

Tak pergi lari. Suami masak nasi goreng, tapi lupa ambil gambar. Sarapan di rumah. Lepas gosok baju, keluar mengopi dengan suami ke 989 Kopi Lumut.

Inilah 989 Kopi. Comel je tempatnya.

Minum kopi, open air. Duduk bawah pokok boleh, duduk kat bawah bumbung sana tu pun boleh, sana ada kipas.


Kami pesan Americano ais, kopi hazelnut panas, cranberry scones dan brownies 2 ketul.

Hidup untuk dinikmati. Syukur Alhamdulillah.

Malamnya, lepas maghrib, kami pergi jamuan raya, anjuran majikan suami. Hari terakhir, 30 Syawal, masih beraya. Betul-betul raya sebulan. Huhuhu...

Jamuan diadakan di Rumah Perak, venue sama tahun lepas.

Luas tempat ni. 

Saya mesti ambil nasi. ๐Ÿ˜‹. Lauk ayam merah, daging hitam, papadom dan acar.

Sudah makan, baru ingat nak ambil gambar. Kambing bakar satu set, ada kentang goreng dan roti garlic. Roti garlic tidak kelihatan, sudah dalam perut.

Oh, dan saya minum air manis. Teh tarik dan kopi. ๐Ÿ™ˆ

Kek ni, saya tak ambil. Tapi dia letak di meja, suruh makan. Kek perpisahan kakitangan yang akan berpindah dan sambut harijadi juga.

Sate ayam.

Suami kalau ambil selfie, senget senget jadinya.

Khamis, 9 Mei 2024

Pergi lari di MPM. Lama tak lari sini. Mula diet suku-suku-separuh semula. Insaf, semalam makan banyak, jamuan raya.

Larian Khamis, 8 kilometer.

Jumaat, 10 Mei 2024

Berlarian santai dengan suami, di Esplande.

Larian Jumaat, 4 kilometer.

Lupa nak cakap. Timbang berat badan sebaik bangun tidur, turun 1 kg. Berat: 59 kg. Alhamdulillah.

Sabtu, 11 Mei 2024

Masak mee goreng untuk sarapan.

Mee goreng letak udang, takde sayur.

Biasanya hari Sabtu je, mesti pergi Pasar Bota dan tidak masak. Hari tu, boleh terajin masak. Dan berjaya ajak anak pergi beriadah, satu family.

Berempat je. Yang sulung, di Terengganu.

Tak lama pun, dan tak jauh pun. Tapi, it's a start. Alhamdulillah.

Cubalah untuk lari hari-hari. Tapi, tak dapat juga. Ada hari, ada kerja. Ada hari, cuaca tidak mengizinkan. Takpelah. Kita buat mana mampu.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š

28 comments:

  1. Tahniah masih kuat melarikan diri.
    Semoga terus cergas dan sihat selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Wak. Alhamdulillah, saya cuba.
      Aminnn.... semoga Wak juga terus cergas dan sihat bercucuk tanam dan berkebun, ya.

      Delete
  2. SA pencinta noodles tapi bukan kuew tiow, cucur cicah kuah kacang tu adalah idaman beta....dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu.
      Sedap, SA. Saya pun suka cucur cicah kuah kacang.

      Delete
  3. Warna-warni kehidupan ni dengan macam2 cerita. Moga yang baik2 ajer ya....

    ReplyDelete
  4. suka cucur udang ciach kuah kacang....kl raya lebih dr sebulan..dh terlajak raya hehe...jrg2 suami nk selfie..biasa isteri yg suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. syok tu, raya lebih sebulan.
      Suami saya ada juga selfie, tapi tak selalu, special occasion only. Kenangan. :)

      Delete
  5. Tahniah kerana masih mahu baca paper...sebagai orang media, saya rasa terharu kerana masih ada orang suka dengan akhbar yang bercetak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka, dari dulu saya baca akhbar bercetak, Encik Hanafi. Sebab memang dari kecil, orang tua saya sudah biasakan baca suratkhabar. Terikut-ikut sampai sekarang.

      Delete
  6. Sesempatnya saja sis..kalau ada waktu luang boleh berlari,kadang ibu rumah tangga pun banyak jadwalnya ya kaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mreneyoo. Kerja rumah memang tak habis-habis.

      Delete
  7. Alhamdulillah segala nikmat diberikan.
    Saya lagi suka kuetiau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur.
      Kan... saya pun. Mungkin sebab jarang makan kuetiau kot. Lagi sedap, rasanya. :D

      Delete
  8. Yang penting Nur sejenis yg konsisten berlari. Sebab tu walaupun makan banyak tapi berat turun bukan naik ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu, jangan timbang berat sehari lepas makan banyak, Carneyz. Dikhuatiri nanti emo, tengok berat naik. Hehe..

      Delete
  9. sedapnye meehun goreng dan mee goreng tu kak :D.. nikmat sungguh kelihatannya... lady baru pandai buat meehun goreng selepas try beberapa kali.. hihi.. selama ni bukan x buat tp x menjadi seperti yg nak dirasa.. Alhamdulillah dah menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kena praktis selalu buat, kan. Akak pun berapa tahun kawin baru ler boleh masak bihun goreng yang menepati selera sendiri. Banyak juga refer resepi dari buku dan online. Tahniah, Lady..

      Delete
  10. bestnya makan-makan-makan pastu tetap maintain momentum berlari hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari sebab suka makan banyak, Ana. Hehe..

      Delete
  11. wah! Makan hok sedap2 sokmo... sy mkn byk pun tetap kurus. mungkin sbb berpenyakit. x naik2 berat badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Abe Kie. Rezeki dapat make hok sedak-sedak.
      Semoga Abe Kie pun sihat-sihat sokmo, deh.

      Delete
  12. sedapnyaaaa kuih tiauuuu
    kalau ada telur mata lagiiii surrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada telur mata, Anies. Cuma tak ambil gambar. Hehe..

      Delete
  13. sana sini ya kedai kopi hipsturrr
    hehehe

    ReplyDelete
  14. Saya pun suka kwetiau, tapi malah tak pernah masak sendiri ๐Ÿคฃ. Ntah kenapa kalo masakan mie goreng, nasi goreng tak pernah sukses rasanya. Krn itu saya tak yakin masak kwetiaw akan sedap. Better beli saja, biar puas ๐Ÿ˜„

    Sukaaa lah liat menu2 yg kakak makan. Terutama mee kari. Dj JKT sini saya belum ketemu mee kari best. Di Medan ada, tapi jakarta susah cari yg sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. belum cuba, belum tahu, Fanny. Resepi banyak online. Kita refer saja. ๐Ÿ˜
      Semoga Fanny ketemu lokasi mee kari sedap yang lebih dekat.

      Delete