Betul-betul cheat day hari ni

 Alamak, dah cakap dah, toksah la susah-susah buat surprise delivery masa birthday saya. Takut saya pergi nyongket, takde orang di rumah, sape nak jawap? Dia orang bagi lagi. Kakak-kakakku ni la. Huhu... nasib baik dia mai lepas zohor. Saya tengah mengait sambil bercucuk tanam (Farmville 2: Country Escape).

Orang nak hantar delivery tu, telefon dulu, tanya saya ada di mana. 

Ada di rumah ni ha. Sempat la bersiap dulu sat. Sebab dah biasa dapat, setiap tahun. Kalau ikutkan, dengan pakai kain je ha, ambil barang. Yor lantak.

Kredit gambar Fyne'z Bouquet yang diforward kepada Kok.

Tengah paneh terik. Ater.. jom ler masuk, tengok apa barang di dalam. Tapi dah nampak, marrybrown.

Ahli keluarga panggil saya, Tot (ada bunyi sengau dalam hidung). 

Hah.. apa lagi. Walaupun baru lepas makan nasi tengahari. Benda sejuk dan panas lagi. Jemput makan...

Kita serang!!!

Punya la lama tak minum air gas. Punoh diet. Hahaha... ada ayam goreng dalam kotak, vegetable salad dan mash potato. Kami makan 4 beranak. Alhamdulillah, syukur. Rejeki. 

Tak pasal-pasal 3 entri saya hari ni. 

Jumpa lagi ye. 😊

22 comments:

  1. Wah!! Happy birthday Nur! Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang sempurna... Ameen YRA 🤲🏻
    Takpe birthday mmg utk cheat day hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Carneyz. Amin, amin... semoga yang baik-baik datang semula pada Carneyz ye, dan family.
      Ye la. Hari ni, kita insaf. (boleh percaya ke? Hehe)

      Delete
  2. waahhh happy bday sisku! mujur runner call dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekacih, Ana... :)
      Kan... mujur juga akak tak pi nyongket.

      Delete
  3. kita bercucuk tanam di projek FV yg sama rupanya.. join coop apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu nak cakap. Saya tak join coop pun. Hehehe.... sebab nak connect ngan fb selalu tak berjaya.

      Delete
  4. Happy birthday Nur...comel je panggilan manja...ayam goreng makan dgn air gas mmg best..tapi tulahh kan..punah ranah diet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak.
      Hehe.. itu la. Pejam mata je. Rezeki jangan ditolak.

      Delete
  5. sronok dpt surprise delivery sempena birthday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Berbunga-bunga rasa di hati. :)

      Delete
  6. Dapat lagi hadiah. Alhamdulillah cukup makanan untuk sekeluarga.
    Mana datang Tot itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Tot, short form Yati. Ti jadi Tot. :D
      Macam kakak tengah saya, Anna. Jadi, Not. Hehe..

      Delete
  7. wahhhh best nyaaa delivery suprise!
    rezeki dapat makan sama2
    diet? apa tu? hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hehe... itu la pasal. Entah apa diet ntah.

      Delete
  8. syokkk arrr tiap2 thn dpt
    mcm dah boleh agak ya
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kadang malu juga, dah tua-tua pun dapat hadiah.

      Delete
  9. Baguslah ideanya letak makanan dalam bekas macam ni, lagi berbaloi kot berbanding letak coklat.

    ReplyDelete
  10. Sedap2 sepertinya 😍😍. Sama kak, saya juga dah lamaaaa tak minum air gas 😄😄. Mungkin kalo skr minum, hanya sedikit saja, rasa2nya tak kuat lagi minum yg terlalu manis 😅

    ReplyDelete