Rutin masak, lari, kopi

 Ahad, 12 Mei 2024 

Awal pagi, masuk dapur, masak burger homemade.

Hujan awal pagi. Lewat pergi lari, pukul 7 lebih baru saya keluar rumah. 

Lari jauh hari ni. Satu minggu, akan cuba buat satu kali, lari jarak jauh, lari jarak 2 digit. 

Larian selama lebih sikit 2 jam, 12.16 kilometer.

Alhamdulillah. Slow-slow je. Lepas balik lari, sarapan dengan suami di kedai Kak Za. Kemudian, mengopi di Richiamo Coffee (gambar atas). Selain kopi, pesan Salted egg yolk croissant. ๐Ÿ˜‹

Isnin, 13 Mei 2024

Awal pagi, masak nasi dan ikan goreng kicap.

Ikan kembung masak kicap.

Hujan sampai la lepas hantar anak sekolah, masih hujan. Jadi, tak pergi berlari. Sarapan di rumah saja.

Kemudian, pergi beli barang dapur.

Selasa, 14 Mei 2024

Awal pagi, masak  nasi goreng dan goreng telur mata.

Sempat berlarian 1 kilometer lebih saja, hujan mula turun, jadi balik.

Larian 1.66 kilometer sebelum hujan turun.

Pukul 10 pagi, anak kedua ada ujian untuk ambil lesen L. Lepas hantar dia, kami pergi lepak Family Mart. Merujuk kepada gambar di atas, selain kopi, saya pesan blueberry cream cheese bagel dan dry korean cheese ramen. Tu dia laa... pertama kali cuba ramen dia. Pedas jugak. Orang muda suka kot. 

Baru siap makan ramen, anak kedua telefon, cakap sudah siap ujian. Tudia laa... pecah rekod abang sulung dia. Abang sulung dia buat setengah jam. Dia buat dalam 20 minit ja. Padahal dia bagi masa 1 jam kot. Kalut sungguh la. Alhamdulilllah, lulus ujian L. Pergi kedai gambar, ambil gambar latar belakang putih, hantar ke sekolah memandu. Lepas siap lesen, tunggu la, dia ambil untuk belajar memandu kereta auto. Budak sekarang kan, tak minat nak ambil lesen kereta manual, macam kita dulu, tak ada pilihan.

Rabu, 15 Mei 2024

Awal pagi, masak roti sosej goreng. Masak nasi juga. Goreng telur dadar. Rebus ikan tongkol.

Roti sosej goreng.

Saya pergi lari di Esplanade.

Muka ada senyum, dapat lari 7.3 kilometer.

Balik rumah, ikan tongkol yang sudah siap rebus pagi tadi, saya buat sambal. Ha, sebab rindu anak sulung yang kat Dungun, Terengganu tu la. Pergi sana je, merasa makan nasi lemak sambal ikan tongkol. Jadi, saya pun buatlah sambal ikan tongkol.

Terpedas sikit.

Khamis, 16 Mei 2024

Tak pergi lari. Hujan waktu pagi. 

Aktiviti hari ini, main farmville sambil mengait.

Jumaat, 17 Mei 2024

Berlarian di Esplanade. Cuaca baik.

Larian 8.37 kilometer hari Jumaat.

Sebab itulah saya suka lari sini. Cantik, dapat tengok langit, awan, matahari naik. Syukur Alhamdulillah.

Hari ni, hari Sabtu, tak pergi lari, sebab pergi pasar Bota. Esok rancang untuk lari lama sikit, jika cuaca mengizinkan. 

Apa plan anda hujung minggu ni? Selamat beristirehat, ya. 

Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

24 comments:

  1. Kopi tu kegemaran saya,tapi sekarang sudah tak boleh lagi ...wah cepat banget tu selesaikan ujiannya hanya 20 menit saja,luar biasa๐Ÿ˜€...senang rasanya hati berlari sambil tengok pemandangan yang bagus gini...jadi tambah semangat kan sis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, betul. Dapat release tension, tengok pemandangan cantik. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. saya sudah lupa nikmatnya lari pagi
    udah lama banget enggak pernah lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari bila² masa pun boleh, Encik Rezky, di masa lapang.

      Delete
  3. Tempat kakak biasa lari memang baguuus view-nya. Saya pun mungkin semangat kalo lari dengan view seperti itu. Tapj Krn kebanyakan view hanya pohon2 biasa di jogging track dekat rumah, karena itu lebih pilih lari di treadmill ๐Ÿคฃ.

    Hujung Minggu ini saya nak jumpa dengan beberapa teman bloggers, yg selama ini hanya sapa di media sosial dan blog ๐Ÿ˜„. Kemarin itu ketemu juga dengan 2 bloggers Indonesia..kali ini nak ketemu lagi dengan yg lain

    Tapi akhir bulan may, saya akan ketemu dengan blogger malaysia kak Retna. Tak sabaaar ๐Ÿ˜„. Kak Retna nak vacation ke jakarta dengan teman2 kantornya. Jadi ada hari di mana nanti saya nak temani mereka juga ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari di treadmill lebih aman, kan Fanny, lagi sebab kurang panas banding di luar.
      Wah, ada gathering sama rakan bloggers. Semoga plan nya berjalan lancar ya, Fanny.

      Delete
  4. Best lari kat tempat yang ada view takdela boring. Sekarang ni malas betul nak morning walk. Berat kaki. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sini pemandangan cantik, tepi laut.
      Hehe.. memang mula² berat. Kena paksa juga. Saya pun sama.

      Delete
  5. sedapnye ikan kembung masak kicap ni...

    ReplyDelete
  6. Ikan masak kicap tu tak menahan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lauk simple juga yang best, kan, uncle.

      Delete
  7. setiap hari penuh dengan aktiviti...wah terbaik la Puan Nur

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak dengar farmville tu kak nur.... Masih main lagi ye.. Hahaha..
    Dulu masa belajar, habis kelas je nak kena harvest.. Kdg2 tak sempat.. Pokok mati semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beradik dia la, Linda. Dulu akak tak main. Dah tua, baru merasa main. Kali ni, pokok yang kita lambat harvest, tak mati. Itu la syok tu. Sebab akak buka selang sehari. ๐Ÿ˜

      Delete
  9. Sambal ikan tongkol tu makan dgn nasi kuning ok jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sesangat, SK. Sedap, sedap. ๐Ÿ˜‹

      Delete
  10. Sekarang in takde kereta manual kan? Itu agaknya tidak minat ambil lesen manual. Ada beza harga yuran kalau ambil belajar lesen manual ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kereta manual, NA. Kat rumah saya ada sebiji.
      Beza, harga ambil lesen kereta auto RM1,790. Lesen kereta manual RM1,389

      Delete
  11. 20 minit je?
    fuhhh dasatttt
    camne boleh jawab secepat tu?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la, Anies. Dia kata, senang. Eksyen betul.

      Delete
  12. sy dulu amik lesen manual tp last2 bw kereta auto. kete manual cuma pandai start je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... sama la kita. Sekarang kalau suruh bawak manual, memang tak reti.

      Delete