Cerita hari Wesak

 Rabu, 22 Mei 2024 - Cuti am, Hari Wesak. Saya pun turut bercuti dari berlari. Bercucuk-tanam di rumah sahaja. Cabut segala rumput dalam pasu. Saja, hari-hari lari pun bosan juga. Lagi pun, luka melecet masa buat half marathon hari tu, belum sembuh. Melecet di pinggang, lupa nak sapu vaseline. Beberapa tahun dulu, masa BMI saya obese, saya melecet di peha. Sekarang, BMI normal, masih melecet. Sebab jahitan bahagian pinggang di seluar tu. Apa-apa pun, bila buat larian jauh, mesti sapu vaseline ye. 

Letih juga bercucuk-tanam. Suami bungkuskan nasi berlauk. Jadi, sarapan di rumah sahaja. Lepas sarapan, tertidur kepenatan sambil tengok cerita korea. 

Habis cerita korea baru sedar, lipat kain. Lepas zohor, pergi mengopi di Richiamo. Belum makan tengahari. Jadi, pertama kali pesan menu makanan berat. Kita cuba je la, ye. Orang kata, sedap.

Nasi lauk Tempoyak Ikan Patin

Sedap, bagi saya. Ikannya besor. Rasa kuah tempoyak, cukup segala. Kami share makan nasi, separuh-separuh.

Di samping itu, ada juga ambil salted egg yolk croissant.


Saya upgrade kopi jadi saiz besar, tambah RM3 dari kopi saiz biasa. Kalau saiz biasa, dia buat dalam cup and saucer tu. Bila upgrade, dia letak dalam cup seperti di atas, sudah ada penutup. Jadi, boleh bawa balik, sambung minum. Kopi pun kekal panas lama dalam bekas tu. 

Syukur Alhamdulillah, makanan dan kopi yang sedap.

Kemudian, kami pergi pasaraya TF, beli barang dapur. Balik rumah.

Lepas Asar, vakum bilik anak sulung. Budak sensitif, habuk sikit, bersin. Salin cadar bagai. Suami pula basuh bilik air bawah. Anak sulung nak balik, cuti pertengahan semester.

Lepas maghrib, kami keluar makan di luar. Jarang sekali ye, makan di luar, malam-malam. Biasa dinner sebelum maghrib. Kami cuba tempat baru, tak pernah pergi. Nasi Lemak Cik Gayah.

Nasi lemak lauk sambal paru, begedil dan telur dadar.

Ok la, nasi lemak dia. Suami saya cakap, sambal dia manis. Saya ni, kurang arif bab rasa-rasa ni. Sumbat je, makan. 

Jadi, cuti Hari Wesak, dapur tak berasap dari pagi. Pagi, tengahari dan malam, makan nasi. Aduh... ini macam kalu... macamana nak turun berat badan. Enjoy makan tak habis-habis.

Apa pun, syukur nikmat sihat dan rezeki makan sedap-sedap. 

Sekian, jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. kalau orang kelantan dh cakap manis tu means mmg betul2 manis la tu hehehe...saya hari wesak marathon tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak setuju cakap Afzan. :)
      Baguslah Afzan, bila lagi nak qada tidur kan, hari cuti je boleh.

      Delete
  2. well used kan cuti public holiday nya...alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Haha takpe. Sehari je cheat day. Harini kembali ke jalan yg kurus balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mudah-mudahan. Boleh ler, kurang sikit makan banding hari tu.

      Delete
  4. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Wak. Wak salah taip. Beristeri. Hehe...

      Delete
  5. sedapnyaaa tempoyak ikan patin
    fav sy tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama aaa, saya pun suka ikan patin masak tempoyak.

      Delete
  6. berapa RM kalau penuh pinggan mcm tu dgn lauk pauk?

    ReplyDelete
  7. Ini barulah cuti heheeheee
    Mrs. A cuti hari Wesak balik kampung

    ReplyDelete
  8. Tak apalah banyak makan sebab Nur kuat lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kurang sikit lari, SK. Sakit lutuit.

      Delete
  9. Kalori hilang bila byk aktiviti - berkebun, vacuum...x try lg Richiamo..ada jual gulai tempoyak...best tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Ada banyak lagi set nasi lauk lain. Lain kali nak try menu lain pulak. :)

      Delete
  10. Hehe rajin mamanya tolong vakum bilik.
    Sayapun tidsk suka sambal rasa manis, kurang selera makan. Saya suka bungkus makanan bawa balik kalau tempat itu baru cuba sebab takut tidak menepati selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, gitu. Kedai nasi lemak tu, kami selalu nampak ramai orang. Jadi, agak-agak, sedaplah gamaknya. Itu yang kami makan situ je.

      Delete
  11. Tak apa kak, yg penting olahraga pun rutin saja. Jadi at least seimbang hidup.

    Richiamo ini dah masuk list nak saya coba nanti di KL 😄. Banyak yg rekomen utk coba

    ReplyDelete
  12. Tak apa kak, yg penting workout pun tetap rutin. Jadi at least seimbang lah dengan kalori yg masuk 😄. Richiamo ini dah masuk dalam list saya nak coba. Banyak yg rekomen soalnya

    ReplyDelete