Pindah

 Korang pernah dengar tak orang cakap, rumah, kalau kita tak duduk, makin lama, rumah tu jadi semakin buruk atau uzur? Lain punya ayat, baik sewakan, dari dibiar kosong. Kalau lama-lama kosong, takut 'benda lain' masuk pulak. Macam-macam la, kan. Bukan rumah saja. Sesuatu tempat atau bilik pun, boleh jadi macam tu, kalau lama tidak digunakan. Itulah yang saya rasa tentang bilik atas. 

Sebenarnya, rumah peninggalan arwah mak saya ni, 1 setengah tingkat. Ha ah. Ada tingkat atas, terdiri dari bilik dan bilik air. Dalam geran rumah, dia tak sebut pula rumah ni, 2 tingkat. Tapi 1 setengah tingkat. Saya rasa, sebab ia tidak memenuhi ketinggian tingkat yang penuh, kot, mungkin. Sebab siling dia, agak rendah. Bagi saya, ok. Bagi orang tinggi macam suami saya, dia angkat tangan atas, sambil jengket kaki, boleh sentuh siling. Itu pasal, bilik atas tiada kipas siling. Tapi arwah mama ada pasang aircond dan built-in cabinet. 

Asalnya, bilik atas adalah kepunyaan kakak tengah. Tapi dia sudah pun berkeluarga dan pindah ke Kuching. Sebelum dia pindah dari KL ke Kuching, dia ada singgah rumah ini, dan hantar harta karun dia, beberapa kotak. So, bilik atas lebih kurang berfungsi seperti stor. Saya jarang-jarang sekali naik ke atas. Last sekali, anak sulung saya yang pernah tinggal di atas, waktu dia sekolah menengah. Itu pun waktu dia naik tingkatan 5, dia turun bawah, tidur bawah je, sebab dia komplen, bila duduk atas, line Wifi rumah putus-putus. Budak laki kan, main game online putus-putus mana tahan. Sejak itu la, bilik atas tiada penghuni. 

Saya selalu galakkan anak kedua saya berkongsi bilik dengan anak bongsu. Eleh, saya pun ok je share bilik dengan kakak tengah masa zaman remaja. Tapi lain budak, lain perangai. Setengah budak macam saya dulu, suka privasi. Tapi anak kedua saya, dia lebih suka tidur di tengah rumah. Ruang tamu, tau. Meja komputer dia pun situ. Tempat belajar dia pun situ. 

Macam rasa kurang best bila kita tak fully utilize ruang yang ada dalam rumah. So satu hari, suami saya cadangkan, kami pindah bilik tidur, dari bilik bawah belakang ke tingkat atas. Manakala anak kedua akan pindah masuk bilik tidur kami. Anak kedua pun setuju. Tiber je, kan. Ingatkan, dia tak suka duduk dalam bilik. Agaknya, dah tiba masa dia, nak privasi. Siap tanya kami lagi, "Bila mama nak pindah atas?" Hahaha... ok la. Anak-anak pun ada tolong angkat barang-barang kami ke atas. Sikit-sikit. Bilik atas pula, kami pindahkan barang-barang harta karun kakak kedua ke tingkat bawah, bahagian belakang rumah. Susun cantik-cantik. 

Barulah nampak hidup sikit, bilik atas tu. Kalau tak, saya tengok, makin buruk je. Celah plaster ceiling, ada macam bulu ke, sarang burung terkeluar di celahan yang tidak rapat. Ada dinding merekah. Sejak bila dinding merekah, entah, tak perasan. Memang sini ada kuari. Bila ada kuari, mesti ada sesi letupan bukit. Ha ah. Memang bukan rumah kami je ada dinding merekah. Saya perhatikan bila saya lalu taman perumahan saya ni, rumah orang lain pun ada rekahan juga. 

Alhamdulillah. sudah lebih 10 hari saya dan suami tidur bilik atas. Aman damai. Sunyi je rasa. Walaupun tak ada katil. Atas tilam je. Sebab saya selalu turun naik, turun naik, kalau saya pakai jam, memang boleh cukup 10 ribu langkah sehari. Tangga spiral tau. Bukan tangga biasa. Suami saya memang suka duduk tempat tinggi-tinggi ni. Dia dari bujang berangan nak beli rumah atas shopping complex. Nak shopping pun senang, turun bawah je. Sebab masa bujang, dia menyewa bilik atas rumah kedai. Eh, saya pun! Macam tu la kami kenal. Saya jiran dia. Rumah kedai punya style dulu, belakang dia terbuka. Asal pergi bilik air je, orang sebelah boleh nampak. Dia pula selalu mengorat saya. Saya pula selalu kutuk dia, hee... tak berkenan langsung saya, dah la telinga capang. Orang Kelantan pulak tu. 😝 Last-last padan muka, terus kawin dengan dia. Jodoh. Itu ler, korang jangan kutuk-kutuk atau benci orang, tau. Nanti mesti melekat. 😁 Ni apasal pula cerita pasal kisah saya dan suami, tadi saya cerita pasal rumah. 

Ok, ok. Agaknya sebab dah bertahun-tahun saya dan suami punya bilik, masa duduk bawah, tak nampak langit, sebab buka tingkap, ada awning. Satu benda baru, bila kami pindah atas, boleh nampak langit. Dapat cahaya matahari. Bilik bawah tu, bila siang pun, kena buka lampu sebab gelap. Bilik atas, ada cahaya semulajadi masuk melalui pintu balkoni. Seolah-olah macam bila Superman kena kryptonite, dia jadi lemah, terawangan di angkasa lepas, sampai muka jadi cengkung tak sedar diri, tapi bila dia terkena cahaya matahari, kuasa Superman terus kembali, haaa... gitulah lebih kurang (huh, apa benda aku cakap ni? Pening kot minum banyak kopi, abaikan je la, ye). 

Rasa hidup macam lebih lengkap pula. Walaupun lutut ada kalanya rasa sakit, sebab dah lari jauh waktu pagi sampai lebih 10 kilometer, balik rumah kena turun naik, turun naik tangga pula. Tapi slow-slow la. One step at a time. Sampai anak kedua cakap, dia rasa bersalah sebab biar mama dan We (panggilan anak-anak untuk suami. Slang kelantan, means bapa atau abah) duduk atas. Patutnya, dia yang muda yang duduk atas. 

Tapi kami ok je. Rasa tenang. Lagi pun, berapa lama lah sangat saya dan keluarga akan duduk rumah ni. Kakak sulung sudah pun menyuarakan keinginannya untuk tinggal sini, rumah arwah Mama ni, nanti bila dia dah pencen, lagi 5 tahun. Sebelum tu, dia cakap, nak renovate rumah, repair apa patut dulu. Jadi, maknanya, kurang lagi 5 tahun la, kami kena keluar dari rumah ni. Rumah ini di bawah nama 3 beradik saya. Tak boleh jual. Kalau jual, kena dapat persetujuan 3 beradik. Biarlah. Giliran kakak sulung pula untuk jaga rumah peninggalan orang tua kami ni. 

So, begitulah ceritanya kali ni. Anak-anak kami sekarang seorang satu bilik di bawah. Satu bilik kecil bawah, bilik jahit merangkap bilik kerja saya. Bilik atas, kami duduk. 😍 Hati saya rasa sungguh tenang waktu saya tulis entri ni. Bila hari saya tak keluar berlari, saya buka pintu balkoni, sambil duduk di kerusi malas sambil mengaji. Bila kering tekak, minum air, tengok langit, rasa sayu (sebab rindu kat arwah Mama) dan bersyukur atas segala nikmat Tuhan bagi. 

Saya akhiri entri kali ni, dengan berkongsi pemandangan bila buka pintu bilik atas, dari balkoni. Masa pagi, bilik redup. Masa petang, cahaya matahari bersinar masuk bilik.

Pemandangan dari balkoni tingkat atas.

Rumah lama. Dah duduk selama 11 tahun di Lumut. Hanya perlu pindah bilik, seperti dapat semangat baru. Macam pindah tempat baru. View baru. Tapi lokasi sama je. Hehe...

Orait. Jumpa lagi, ye. 😊

39 comments:

  1. macam Linda, suka ada cahaya semula jadi...nie anak2 dah tahu nk pindah tinggal di Seri Iskandar..masing2 dah cop bilik..tp nak buat mcm mana, bilik ada 3 je..ibu+ayah 1 bilik, anak lelaki 1 bilik (3 orang), anak perempuan 1 bilik (seorang)..untuk anak dara lah...yang bujang2 dah berangan nak master bedroom, ad toilet dalam bilik..Linda cakap ngan suami, kita ambil bilik belakang, cahaya pun masuk, bilik pun besar sikit..hihihi..baru rancang, jadi apa nanti tak tahu lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, advance anak-anak, dah cop bilik siap-siap. Ye la, kan. Anak dara dapat bilik sorang sorang. Anak lelaki kena beli katil 2 tingkat kot yek, Linda. Semoga urusan pindah Linda dan family nanti dipermudahkan, ye.

      Delete
  2. Oooo... betul la orang kata rumah dekat kuari dinding boleh retak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, uncle. Teruk, gak. Yang kat luar rumah, seram je tengok.

      Delete
  3. Rumah ibu sayapun ada tiga kamar yg kosong, rumah jaman dulu, semenjak anak"nya menikah rumah tu jadi sepi,apalagi semenjak dia meninggal, tapi ada Abang yg tinggal di sana, kalau malam biasanya hanya hidupkan lampu...sepi rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur juga ada Abang yang tinggal dan tolong jaga rumah ibu, ya.

      Delete
  4. Alhamdulillah rumah terjaga dgn adanya Nur & keluarga tinggal di situ. Macam rumah kampung kami, terbiar saja sbb masing² duduk di luar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kami cuba.
      Saya selalu nampak rumah kampung bila jalan-jalan di sekitar Bota, Parit, banyak sudah jadi rumah tinggal. Nak buat camana kan, PH, anak-anak tinggal di bandar.

      Delete
  5. Memang jangan sampai rumah atau ruangan lama kosong kan.

    Itulah kenapa rumah mama yg diwariskan ke kami, di jakarta dan solo lagi bingung nak kami apakan. Ditinggali tak mungkin, kami dah tinggal di rumah skr. Di sewa tapi butuh renovasi banyak, yg mana budget tak akan cukup. Nak jual, tapi suami pula sensitif sangat, jiwa sentimental dia besar. Macam kasihan Krn ini rumah orangtuanya, walopun warisan. Tapi saya yg protes kalau nanti rumah nih makin rusak, makin banyak biaya.

    Haaah ntahlah kak.. saya serahkan aja semua ke dia. Terserah nak buat. Jangan menyesal saja nanti kalo dah terlalu rusak.

    Baguslah kalo kakak dah mulai huni kamar atas itu. Biar semua ruangan jadi terpakai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fanny. Nak renovate atau repair rumah, kosnya bukan sedikit, kan. Semoga dipermudahkan urusan Fanny suami isteri dalam menjaga rumah warisan orang tua.

      Delete
  6. nanti kalau kakak akak ambil rumah tu, akak nak duduk di mana? huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewa tempat lain, Lady, sementara tunggu suami pencen. :)
      Bila sudah pencen, tinggal Kelantan, Insya-Allah.

      Delete
  7. tempat baru nafas baru idea baru semangat baru.. semuanya positif ye.

    ReplyDelete
  8. Comel je cerita part macam mana boleh kenal suami tu 😂 mcm cerita P. Ramlee.

    ReplyDelete
  9. Eeh...ada selitan kisah cinta 💘

    Saya pun suka ruang yang ada pencahayaan semula jadi, boleh nampak langit dan pemandangan luas dari tempat tinggi. Tercapailah impian bila takdir bawa saya ke utara ni - Penang & Perlis. Memang hidup rasa lebih bersemangat dan ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      Alhamdulillah. Saya tumpang seronok, Ujie. Memang best dan aman rasanya kan, boleh nampak langit dan pemandangan luas.

      Delete
  10. cantik pemandangan dari bilik akak... nampak terang je... best jugak entri kali ini siap ada cerita pengalaman camne akak boleh berkenalan hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Akak pun baru tahu, Dana. Tak pernah duduk atas. Huhu..
      Hehe.. mekacih. Sekali sekala mood mengarang datang, panjang juga karangan ye. :D

      Delete
  11. dpt view baru walaupun lokasi sama okla..tukar angin kan

    ReplyDelete
  12. kalau berangan nak rumah atas shopping complex meh laa pindah KL...hehehe...rs nya mana2 tmpt kat KL ni ada rumah cam tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah usha rumah kl dulu, Anies. Tapi loan tak lepas. Laki keje jaga je. Huhu..

      Delete
  13. ok juga tu ada yang nak terus jaga rumah ni...
    tak mcm rumah opah sy
    smpi ke sudah x de sapa j
    harap anak2 blk n duduk sekejap rumah tu...
    syg betul rumah besar2 tp x de sapa jaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rumah orang dulu memang besar-besar, yek. Aduh, penat kita nak jaga.
      Dapat anak-anak balik dan duduk sekali-sekala, ok ler tu, Anies.

      Delete
  14. rumah kedai dulu2 ada airwell kat belakang, boleh hi-hi, bye-bye dgn jiran2..haha....ya, betul, rumah kalau berpenghuni, ada yg menjaga...seronok bila bilik ada view..kalau buh atap lutsinar lg best kot...mlm2 boleh tengok langit sambil baring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye, betul, kak.
      Tapi kalau siang, panas juga, atap lutsinar tu, kat malaysia. Huhu.

      Delete
  15. Sesekali buat perubahan dalam hidup barulah tak boring kan.

    ReplyDelete
  16. betul tu rasa vibe rumah baru hehehe

    ReplyDelete
  17. Rumah lama ditinggalkan nampak suram dan menyeramkan juga.....kalau lama2 tinggal memang selalunya ada 'entiti' lain la nak tumpang rumah tu.

    ReplyDelete
  18. Bilik saya seronok sebab dapat tengok pokok, langit. Privasi sebab seorang.
    Hehe lepas ini kakak sulung ambil pula ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah macam tu, NA. Alhamdulillah.
      Ye, giliran dia pula, jaga rumah mama, Insya-Allah.

      Delete
  19. Wah! memang nice sangat pemandangan dari balkoni tu. Cakap tentang pindah Mrs. A pun ada kisah tapi ntah! bila nak buat entry hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.. nanti up ye, cerita pindah Mrs. A. :)

      Delete