27 April hingga 3 Mei 2024

 Ada ni ha, sibuk sikit. Sudah potong talian Maxis Fiber. Sedang tunggu pemasangan Unifi broadband pula untuk Wifi di rumah. Tumpang talian Unifi mobile suami. Kadang ok, kadang tak ok. Sebab bilik saya di belakang, line pun tak sampai. Pakai data handphone sendiri jadikan hotspot, kadang ok, kadang hilang juga. Ini, saya bawa keluar komputer, buat kerja di tengah rumah, dekat sikit dengan modem. Boleh la nak update blog kejap.

Takde apa yang menarik pun. Rutin biasa, masak dan lari. Hmmm... meh tengok...

Sabtu, 27 April 2024

Nasi goreng masak awal pagi.

Anak kedua ajak pi tengok wayang. Tajuk movie, the Fall Guy.

The Fall Guy, lakonan Ryan Gosling dan Emily Blunt

Cerita pasal stuntman. Banyak aksi, stunt sana, stunt sini, lompat sana, lompat sini, tumbuk sana, tumbuk sini, meletup sana sini.

Ahad, 28 April 2024

Kucing comel di Esplanade Lumut.

Saya lari 10 kilometer. Slow-slow. 

Isnin, 29 April 2024

OOTD Isnin.

Pun lari di Esplanade juga, 8 kilometer.

Balik dari jogging, pergi kedai, beli ayam seekor.

Masak ayam goreng pedas.

Selasa, 30 April 2024

Goreng hash brown dan buat scrambled egg

Eh, saya goreng 3 keping hash brown. Sekejap je, mama pergi ambil telefon nak ambil gambar, sudah hilang 1.

Pergi lari di Esplanade lagi, lepas hantar anak bongsu ke sekolah.

8 kilometer, hari Selasa.

Rabu, 1 Mei 2024

Cuti Hari Pekerja. Jadi, saya pergi lari lama sikit, di tempat jauh sikit.

Larian Labour Day, 11.11 kilometer.

Balik tu, singgah Family Mart. Beli makanan untuk anak-anak, sebab cuti, jadi saya malas masak. Saya sarapan situ terus la. Sorang-sorang je, suami kerja.

Blueberry cream cheese bagel dan kopi americano.

Simpan perut hari tu. Sebab bila suami balik kerja pukul 8 malam, dia bawa pergi jamuan raya ofis.

Cermin mata kelabu asap lagi dia dah amik gambor.

Gambar masa baru sampai. Dalam kereta, aircond sejuk. Cermin mata pun berkabus lagi. Hahahadoiii...

Jamuan raya, ada pelbagai hidangan raya. Ada yang pesan dari katerer, iaitu nasi minyak dan lauk pauk. Ada juga, kakitangan bawa sendiri, potluck.

Lauk ayam goreng, acar, dan buah dari katerer. Dalam bekas tu, staff bawa, ada ketupas palas, nasi impit, rendang ayam, kuetiau goreng, sambal ikan bilis.

Ada laksa, rendang daging, sate, kuah kacang.

Agar-agar, kuah lontong dalam bekas biru, dan pelbagai jenis kek.

Patut ada sambal ikan bilis tadi. Kuah masak lemak, nasi impit, letak sambal, jadi lontong. Tapi saya tak ambil pulak. Saya makan nasi je, dengan sate. Sate of course kena ambil, my feveret. ๐Ÿ˜‹

Sebab tempat luar dah penuh, kami makan atas tikar je. Lagi senang duduk dalam, jadi tak jauh nak ambil makanan.

Boleh kenal saya mana satu, dari belakang? ๐Ÿ˜

Suami saya kejap je perut dia naik, lepas raya. Hari tu bulan puasa dah kempis. Jamuan Hari Raya Aidilfitri GS Perak Zon D 2024. GS singkatan untuk Group Security. Ye, suami saya kerja security, a.k.a. pok guard. Syukur Alhamdulillah.

Khamis, 2 Mei 2024

Suami off kerja. Pergi jogging luar daerah, iaitu di Universiti Teknologi Petronas, UTP.

Lebih sikit dari 5 kilometer.

Balik tu, singgah Seri Iskandar, sarapan di Little Ipoh. Pertama kali kami cuba sarapan sini. Lokasi cafe di tepi jalan utama sahaja, on the way nak balik Lumut.

Little Ipoh Cafe.

Selesa, ada aircond. Orang agak ramai, tapi ada tempat kosong. Order dan ambil makanan di kaunter.

Suamiku. 

Luas juga cafe ni. Dia bagi buzzer. Bila buzzer bunyi, boleh ambil makanan di kaunter depan.

Roti titab, suami pesan. Air kopi o dan kopi hazelnut latte.

Saya pesan English Breakfast

Bapakkk, dia punya English Breakfast. Ada kepingan daging, croissant yang dalamnya ada salad, baked beans, mashed potato, dan scrambled egg bersama grilled tomato. Memang makan kongsi dengan suami. 

Jumaat, 3 Mei 2024

Pergi lari di Esplanade semula, lepas hantar anak bongsu pergi sekolah.

Peta larian Jumaat.

Bukan hari-hari kita rajin selfie atau ambil gambar. Hari tu pula, jam boleh 'hang'. Jam sangkut, tak gerak-gerak. Off dan on jam semula. Dapat simpan 4 kilometer sahaja. 

Lepas lari, pergi makan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung. Pergi dengan suami. Dia baru balik kerja.

Saya makan nasi lemak bungkus, RM1.50

Roti jala cicah kari, saya juga makan.

Suami makan nasi dagang ikan tongkol.

Kami share makan goreng pisang cicah sambal kicap.

Syukur Alhamdulillah, atas nikmat sihat dan rejeki makanan serta banyak nikmat Allah berikan.

Beberapa hari tak update blog, hari ni saya tulis laporan seminggu terus. Sorry ler, banyak sangat gambar. Saja, nak keluarkan gambar dari handphone. Juga, boleh buat kenangan dan rujukan di masa hadapan, apa aktiviti buat untuk minggu tersebut.

Masih dalam usaha untuk melawan rasa malas berlari. Mood ada naik, ada turun. Pace tolak ke tepi. Tapi memang dari dulu, saya tak laju pun. Saya akan cuba lari lebih lama. Kena biasakan buat endurance, tahan panas. 

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca semua. Terima kasih, kerana membaca.

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š

24 comments:

  1. Tak kisah kerja apa.. Janji tahu tanggungjawab kepd keluarga...
    Best nya dapat berlari... Linda dh lama tinggal, jadi malas nk mula semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih, Linda.
      Nak mula lari memang susah, Linda oi. Tapi bila dah lari, boleh rasa naik sheikh, tak mau stop pula. Gitew...

      Delete
  2. Macam ni takpe, makan byk tapi lari pun byk jugak. Baru balance hehe.

    ReplyDelete
  3. Rajin ambil gambar-. Selamat bergembira dengan apa jua aktiviti dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... suka ambil gambar, sebagai rekod, NA. Jadi kita boleh tahu, mana tempat makan sedap. :D
      Amin. Terima kasih, NA.

      Delete
  4. Bila la SA ni nak lari atau briskwalk ni...Dania dh kerja ni SA sensorang je kat rumah..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas keluar, boleh beli treadmill, SA. Banyak mur-mur kat shopee. Sekarang orang tak pakai treadmill. Depa pakai walking pad ke apa entah nama dia. Sambil tengok tv, boleh jalan setempat, gitew..

      Delete
  5. Sayapun gerak jalan di dalam rumah,masuk kamar,keluar kamar,kebelakang,teras depan..berputar terus haha...selamat berakhir pekan sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hujung minggu, Mreneyoo. Bagus tu, sentiasa bergerak aktif.

      Delete
  6. Saya lari dalam rumah je๐Ÿ˜…. Semoga happy dgn apa jua aktiviti yg dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sesangat tu, Sharhanah. Lari dalam rumah lebih rileks dan tak panas.
      Amin. Terima kasih, ye.

      Delete
  7. menarik juga artikel cara begini...siap dengan tarikh lagi...saya pun nak cuba juga la nanti hehehe

    ReplyDelete
  8. macam diary la kan.. hihihi...

    ReplyDelete
  9. Saya kalo nak habiskan foto di hp, biasanya tulis di IG. Kalo di blog memang sudah ditetapkan hanya seminggu sekali, tiap Selasa update ๐Ÿคฃ. Jadi susah kalah nak langgar schedule. Tapi di IG bebas, mau kapan saja.

    Cuma tuh lah, mood menulis di IG tak sama macam blog. Lebih tak menentu hahahah..kadang semangat, tapi kdg malaaas.

    Yg jual American breakfast tuh, ya ampuuun terliur langsung. Pasti kenyang seharian makannya ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nur sudah uninstall IG. Malas pula nak update banyak tempat. Fokus pada blog saja la, eksklusif gitew. Hehe..
      Betul, betul. Memang gendut lepas makan american breakfast tu.

      Delete
  10. jamuan raya kalau ada sate memang nikmat!
    mkn 10 cucuk pun tak terasa hehehe

    ReplyDelete
  11. nampak pisang goreng _ sambal kicap, teringat hari tu sy komen kat seorg influencer mat saleh yg dah lama dok malaysia... dah penah mkn ke pisang goreng cicah sambal kicap? dia bls, tu fav dia. ms g johor selalu mkn. wife dia pula suka pisang goreng cheese..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mat saleh pun suka makan pisang goreng cicah sambal kicap. :D

      Delete
  12. menarik..English breakfast & breakfast di Pasar Komuniti & Karavan..nasi lemak daun pisang..sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Kalau tak cuba, tak tahu mana tempat makan sedap. :D

      Delete