Masuk Runathon 500km pulak

 Jumaat, 24 Mei 2024 - Berlarian jauh sikit, ke UTP. Suami off day, hari kedua.

Dapat lebih 5 kilometer sikit, sampai pun dah pukul 8 pagi, sudah panas.

Saya masuk lagi larian virtual, anjuran group Malaysia Women Runners.

Saya sudah selesai cabaran Fitraya 300km, yang saya ada cerita di post ini. Cabaran ini yang perlu lari sejauh 300 kilometer dari bulan Februari hingga Mei. Saya sudah settle pun pada bulan Mac lepas, sebelum masuk bulan Ramadan. Cuma saya lupa nak update di sini. Dan saya juga ada menang cabutan bertuah, iaitu soft flask.

Soft flask. Boleh isi air bila lari jauh.

Sudah habis cabaran Fitraya, saya daftar masuk cabaran Runathon 500km pula.

Kredit gambar group Malaysia Women Runners. Search sahaja group ini di FB.

Cabaran ini bermula bulan Jun hingga Disember. 


Bukan saja lari, jalan pun boleh. Asal ada jarak dalam rekod. Tak semestinya kena ada jam sukan. Rekod aktiviti guna aplikasi percuma seperti Strava pun, boleh dikira juga.

Cabaran berbayar, harga RM57. Bila habis, dapat e-sijil dan baju. Jika bertuah, boleh dapat hadiah seperti topi dan soft flask juga, jika tak silap saya.

Kena bercampur dengan runners juga, jika kita minat berlari. Jadi bila kita malas, orang lain dok kongsi aktiviti larian mereka, kita akan rasa 'terbakar' atau jeles. Saya juga banyak belajar dari pelari lain. Ada banyak ilmu dikongsi. Contohnya, bila saya masuk group Malaysia Women Runners ni la, saya kenal apa itu menstrual cup. Kalau tak, saya langsung tak tahu. Lagi satu, macamana kita nak solat, masa tengah join acara larian. Yang best, group ini, wanita saja. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘ Pelari sejati, kita tak merendah-rendahkan semangat orang lain, tak kisah berapa pace atau kelajuan, anda tetap seorang pelari. Jika ada antara pembaca blog saya ini, yang ada terniat untuk bersenam atau lebih aktif, silalah buat carian group ini di FB ya.  

Inilah cara saya untuk buang rasa malas lari tu. Dah tentu mesti ada hari kita rasa letih. Ambillah satu hari, rehat. Esok, lari balik. 

Boleh tu, sebab saya ada beberapa acara larian yang saya sudah daftar. Boleh kumpul jarak. Tak termasuk larian santai hari-hari. Insya-Allah. Lagi pun, ada banyak masa, sampai hujung tahun. Berusaha! ๐Ÿƒ๐Ÿ’ช

Selamat hujung minggu kepada semua pembaca sekalian. Selamat bercuti sekolah juga. Cuti sekolah penggal 1, 25 Mei hingga 2 Jun 2024. Yang nak pulang ke kampung atau bercuti, stay safe dan have fun, ya! 

Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

21 comments:

  1. Tahniah! Bukan senang nak bagi komitmen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Bola Katok. Alhamdulillah. Saya cuba.

      Delete
  2. Oh cuti sekolah dah bermula rupanya dan anak2 SPM akan dapat pula keputusannya masa cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada dua tiga virtual larian, boleh tak kita gabungkan larian yg kita dah buat?

    Semoga terus sihat utk berlari, Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ambil jumlah jarak, SK. Tak kira, berapa banyak kali kita lari, jumlah jarak kumulatif.
      Terima kasih, SK. Aminn....

      Delete
  4. 1st time dgr runathon..biasa dgr marathon..fuh 500km hebat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... runathon tu, kita jumlahkan semua larian kita dalam masa yang ditetapkan.

      Delete
  5. Betul, support group mcm ni sgt membantu lift up our spirit & kongsi ideas/activities
    Keep it up Nur ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, PH.
      Terima kasih, PH. Insya-Allah.

      Delete
  6. Moga berjaya Nur untuk cabaran Runathon 500km tu ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    ReplyDelete
  7. lama juga tu smpi bln 12
    boleh bahagi siap2
    500km bagi 6
    lbh krg 83km sbln
    dari 83++km bahagi 4
    seminggu dlm 20km++...
    boleh punyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Anies dah buat kira kira untuk saya dah. Hehe.. mekasih, ye.

      Delete
  8. Cantik jersinya merah jambu. Hehe kalau saya mungkin sebab hendak dapat jersi.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, pink kaler.
      Mekasih, NA. Aminnn...

      Delete
  9. Coba yaa saya cari juga komunitas begini di jakarta. Harusnya memang ada, tapi mungkin Krn saya yg tak cari serius, jadi seperti tak terdengar.

    Menstrual cup iy teman saya dah lama campaign. Tp saya sampai skr tak nak pakai. ๐Ÿ˜…. Macam takut. Cukuplah selama ini hanya IUD yg masuk ke dalam , tak berani pula cup ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete