Diet sudah ke laut

 Assalamualaikum...

Hai... apa khabar anda semua hari ni? Lama betul saya tak update blog. Rindu saya tak? Hehe... Bukan apa pun, sibuk dengan kerja rumah. Bila anak-anak lengkap ada di rumah, kerja saya masak je. Sabor je la. Anak-anak lelaki membesar dengan pesatnya. Cukup time, dia keluar bilik, "Mama, makan apa tengahari ni?" Kita masak apa, semua habis. 

Saya akan tetap ceritakan aktiviti riadah dan makan-makan saya, walaupun dah lama berlalu. Sebagai rekod larian, dan kenangan, di blog ini. 

Ahad, 18 Jun 2023 - Cuaca hujan di bumi Manjung. Tak dapat keluar berlari, jadi saya lari dalam rumah.

Larian 18 Jun, 15 kilometer.

Isnin, 19 Jun 2023 - Cuaca baik. Lari di Esplanade Lumut.

Larian 19 Jun, 7.22 kilometer

Happy betul saya bila dapat lari luar. My me-time. 😁 

Selasa, 20 Jun 2023 - Lari lagi. Hari-hari juga lari. 

Larian 20 Jun, 10.3 kilometer

Jangan ingat pace 5, 6, atau 7 je boleh terbang di udara. Pace 9 pun boleh juga. Hehe...

Haaa... ingat tak, masa di awal bulan, saya on diet, kurang makan nasi? Saya dah makan nasi seperti biasa. Sebab apa, tau? Sebab bila saya tak makan nasi, saya tak larat nak lari jauh-jauh. Baru 7 kilometer, lidah dah terjelir. Camana saya nak kumpul jarak untuk Runathon yang saya join tu, kan. Kena makan macam biasa juga, baru boleh lari lama-lama.

Lepas lari pada hari tersebut, saya keluar dating bersama suami, di Kluang Coffee. Lama dah tak makan sini. Lepas rindu makan laksa johor.

Sarapan saya, laksa johor.

Laksanya tak nampak, ada bawah kuah. Kuahnya pekat, memikat. Saya suka! 😋

Sarapan suami, kacang pool.

Makan sini, memang confirm gendut lepas tu. Puas hati, makan. Kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah.

Kiri, hazelnut coffee, kanan, white coffee

Saya minum hazelnut coffee, dan suami minum white coffee, tanpa susu.

Malam pula, makan di foodcourt Aeon.

Nasi goreng daging.

Ha, nasi je. Takde dah diet-diet. 


Ha, betul kan, kenyataan di atas? Kikiki.... awal bulan je ikut. Hot-hot chicken s**t. 🙈

Rabu, 21 Jun 2023 - Sebelum keluar lari, saya masak nasi goreng dulu untuk sarapan anak-anak.

Nasi goreng rendang daging.

Lepas lari, saya sarapan di rumah sahaja.

Roti bakar, telur tiga suku masak.

Pembakar roti saya kadang ok. Kadang dia terlebih rajin, roti jadi terlebih hitam. Tapi saya makan je, tak de masalah.

Khamis, 22 Jun 2023 - Sebelum keluar rumah, saya masak nasi lemak dahulu.

Nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis.

Lepas masak, baru saya keluar lari di Padang Astaka, Sitiawan.

Larian 22 Jun, 9 kilometer.

Pada hari tersebut juga, anak sulung yang belajar di Terengganu, sudah sampai di rumah. Bawa dia makan malam luar.

Makan malam saya, nasi goreng daging merah.

Cuba kedai tomyam baru, yang tak pernah masuk. Tapi servis lambat. Lebih baik pergi kedai tomyam biasa pergi. Tapi makanan dia sedap. Cuma lambat siap, walaupun orang tak ramai pun. 

Jumaat, 23 Jun 2023 - Kembali berlarian di Esplanade Lumut.

Larian 23 Jun, 8.1 kilometer

Sabtu, 24 Jun 2023 - Awal keluar lari, sebab nak hantar anak kedua kelas tambahan pukul 8 pagi. Lepas Subuh, dah keluar rumah.

Larian pagi Sabtu, 7.26 kilometer.

Lepas hantar anak kelas tambahan, pergi pasar pagi di Bota, seperti biasa. Kemudian, singgah kedai tepi jalan, dekat Changkat Cermin, sebelum masuk lebuhraya WCE. Biasa tengok kedai ni, ramai orang singgah. Itu yang nak cuba try makan, sedap ke idok.

Mi kari.

Suami pesan mi kari. Atas mi kari dia ada sambal, ok. Tak pernah tengok mi kari ada sambal atas. Kerang pun agak banyak, tak kedekut.

Kopi tarik dan bakso

Saya pesan kopi tarik kurang manis dan bakso. Tengok la bebola daging dia, besar mana. Kena cucuk dengan garpu, dan gigit sikit-sikit. Bakso cukup rasa. Boleh la repeat makan di sini. Lain kali, nak cuba menu lain pula. Mungkin nasi lemak. Sebab saya nampak, ada rendang kerang. Lama tak makan nasi lemak rendang kerang. Huuu..

Petang Sabtu, selepas Asar, saya keluar lari lagi.

Larian petang Sabtu, 5.6 kilometer. Selfie depan gerai burger.

Sebab saya tak masak. Jadi, kena keluar juga, beli dinner. Suami kerja. Saya beli burger tepi jalan je, lepas habis lari. 

Sekian cerita untuk seminggu, dari 18 hingga 24 Jun 2023. Saya memang simpan aktiviti, cuma tak dapat update di blog sebab kekangan masa. Lepas selesai cerita di bulan Jun, saya akan update rumusan larian seperti biasa. Mari kita tengok, yek, sama ada saya berjaya atau tak, turunkan BMI saya, dari overweight ke normal, maklumlah, saya pun dah tak diet sangat. Makan ikut suka. Nantikan entri-entri akan datang. Hehe...

Jumpa lagi, ye.

23 comments:

  1. Yelah, tak pernah lagi dapat hidangan mi kari ada sambal atasnya. Nampak bakso pun macam ada sos atasnya.

    Seronok tengok Nur makan-makan dan lari-lari. Seimbang 👍🏽

    *pasal sup kepala lembu aritu, aisehh saya silap ingatan 🤭. Rupanya rumah MIL buat sup kepala kambing. Bukan lembu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, bakso saya makan tu, nama dia bakso beranak. Meatball yang besar tu ibu dia, dan yang kecil-kecil tu, anaknya. Saya baru tahu. Hihi... betul, ada sos atas bakso tu.
      Terima kasih, Ujie.
      Oh, I see. Sup kepala kambing rupanya. Rare juga tu. :)

      Delete
  2. Ada orang suggest saya ikut diet atkins dan tak makan nasi. Saya buat sehari dua terus fail sebab nasi dan saya berpisah tiada 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... sama la kita, Carneyz, oii. High-five sikit! ^_^

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nasib baik sy x jadi nelayan (ayat terbalik) hahaha...

    sedap laa pula laksa johor tuuu mana laa nak cari kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Kluang Kopi, kena jalan Johor la kot, Anies. :)

      Delete
  5. Kalau lari memang tidak.payah diet sebab lari perlukan banyak tenaga.
    Hehe sibuk memasak rupanya. Memang rindu hendak baca coretan Puan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Memang tak boleh diet kalau nak lari banyak.
      Terima kasih, ye, NA. Saya pun rindu juga nak ke blog NA, selama sibuk hari tu.

      Delete
  6. Bahagianya jadi seorang Nur. Sudah makan lari-lari bakar kalori. Seronok rasanya. Saya lepas makan terus menonton tv atau tv yang tonton saya. Teruk betul kan hihihiiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya pun macam tu juga, Amie. Tiap-tiap malam, tv tengok saya. :D

      Delete
  7. Mkn & exercise seimbang 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas. Saya rasa, makan lebih banyak dari lari, sebenarnya. Hehe..

      Delete
  8. Makan nasi pun sebetulnya ga masalah kalau aktifitas kita kenceng...krna nasi sumber karbo kalau kita bnyk kegiatan ya sepadan jadinya hehehe

    ReplyDelete
  9. Pagi tadi sy teringat, lama tak nampak Nur.. rupanya sibuk makan, tapi lari tetap lari.. kalau sy, makan aje.. memang bukan ke laut tapi terus ke dasar. Baju semua pun dah mula rasa macam sarung nangka, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut bulu mata saya jatuh, ada orang ingat kat saya rupanya. Hehe... alamak... kena start beli roti gardenia hijo balik la nampak gayanya.

      Delete
  10. akak xpe makan nasi banyak berlari,untuk orang macam kami ni ye la kena kurangkan nasi sebab lepas makan terus menjalar hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afzan tak perlu nak kurangkan nasi, sebab dah kecik comei dah.

      Delete
  11. nampak menggoda sungguh laksa johor akak tu, akak maintain je walau makan banyak ke apa sebab rutin larian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Dana, laksa johor dia.
      Akak cubalah Dana. Tapi kadang malas juga nak lari banyak, kalau makan banyak, sentiasa rajin. :D

      Delete
  12. Saya pun tetep makan nasi walo jaga makan kak. Pastinya Karbo hrs selalu ada. Apalagi olahraga saya Dumble workout, jadi kalo tak makan nasi, Tremor badan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fanny. Nasi sebagai sumber karbohidrat juga penting. Cuma perlu kawal portion-nya. :)

      Delete