Status E untuk mobile data

 Isnin, 10 Julai 2023. 

Bila selalunya anda dapat status E bila anda on data pada henfon anda? 

Sebahagian tangkap layar henfon saya, mobile data status E

Saya, biasanya tengok status E ni, bila tengah travel naik kereta, lalu kawasan hutan. Biasanya dalam perjalanan balik kampung. 

Sekejap E, sekejap H, sekejap 4G, bila kereta dalam perjalanan.

Tapi kan, ada kawasan dekat rumah saya ni, masih status E, tau. Ye, saya tak tipu. Saya pakai Digi.

Tak tahulah apa sudah jadi dengan Digi sekarang ni. Semenjak dia bergabung dengan Celcom. Sepatutnya, bila bergabung, meletup, bertambah hebat, kan. Atau makin luas liputan, sebab sudah bergabung rangkaian. Tapi, hampeh. Atau mungkin juga, talian sedang dinaiktaraf. Sangat cliche. Entahlah. 

Abjad E bermaksud EDGE (Enhanced Data Rates for GSM Evolution), atau Enhanced GPRS. Teknologi ini, di tengah-tengah antara 2G dan 3G.

EDGE lebih laju dari GPRS, tapi masih tak cukup untuk layari internet. Biasanya, kelajuan EDGE adalah 400 kbit/second.

Kalau Eᐩ, slow sangat line. Jika buka wassap, mungkin boleh load yang mesej text. Kalau bergambar, memang tak boleh view langsung. 

Walaupun sudah tahun 2023, tapi isu masalah internet dan talian telefon di sesetengah kawasan masih lagi ada. 

Walaupun henfon keluaran terbaru yang canggih, sudah ada 5G. Tapi tidak lah bermakna apa-apa kerana nak dapat liputan 4G pun masih kena berjuang, di sesetengah kawasan. 

Satu lagi yang saya nak kongsikan, tahukah anda, Malaysia menduduki tempat kelima dalam carta kadar kelajuan internet di kalangan negara ASEAN. Berikut cartanya:

1) Brunei - kelajuan 102 mbps

2) Singapore - kelajuan 72.18 mbps

3) Vietnam - kelajuan 39.59 mbps

4) Thailand - kelajuan 37.85 mbps

5) Malaysia - kelajuan 36.34 mbps

Sumber: Sinarharian 

Macam menyedihkan, betul tak? Sama macam ada pemimpin negara mengatakan negara kita, negara maju, saya rasa sangatlah gelihati, kerana bila saya pergi jogging di pantai hari Isnin, sampah sarap masih dibuang merata-rata. Inikah pemikiran rakyat negara maju? 

Bila on mobile data dan status E, di kedai makan, baru-baru ni, tak boleh buat apa la. Tapi bagus juga, ia beri peluang untuk kita sembang dengan ahli keluarga, sambil makan. Tak boleh tengok telefon, kan. 😁. Kalau sedang dating, kita tengok muka dia, dia tengok muka kita, gitew. 

Ada 2-3 kawasan sini, yang status E, untuk Digi. Kawasan anda, masih ada tak, yang E?

Tu je la nak cerita. 

Ok, jumpa lagi ye. 

20 comments:

  1. Sinipun liputan tidak memberangsangkan. Sekejap ok sekejap tidak. Padahal tempat ini bukan hulu sangat, tepi lebuhraya. Haha betullah rasa gelihati pasal sibuk 5G tapi mutu masih tidak dipertingkatkan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ai, tepi highway pun line tak elok. Hahahadoiii...
      Kannn....

      Delete
  2. Area umh xde pulak yg status E.. selalunya di bilik meeting jbtn krjn selalu ke status E mmg dibuat xde line tipon lgsg 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu ye. Agaknya dia suruh kakitangan fokus masa mesyuarat ye, Kakmim.

      Delete
  3. Dulu kalau peksa kat sekolah dapat E kira gagallah

    ReplyDelete
  4. betul2...kadang2 certain place kita gi tu, dah la tgh guna waze, sekali x de line..alahai..jenuh kejab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... lagi-lagi tempat kita tak pernah pergi, coverage pulak tak elok.

      Delete
  5. saya faham tentu sukar dan tidak puas hati apabila mendapat isyarat E namun percaya dengan E kita dapat energy hehehehe...saya gurau,...saya sarankan...tukar saja ke platform telco yang lain..hanya dengan cara begini kita telah menjalankan hak pengguna yang bijak dan cakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tukar benda negatif jadi positif ye, Encik Hanafi. Orait jugak tu. Saya sebelum ni pakai Maxis, lagi teruk, bila terima panggilan, kena keluar rumah, untuk jawap. Jadi, bagi saya, Digi ni, ok la, banding Maxis. :)

      Delete
  6. memang harap je bayar bil mahal tapi kadang masih dapat E jugak di beberapa kawasan.

    ReplyDelete
  7. Saya kalau balik rumah NS, memang ada masalah internet. Tapi tak ingat pernah E atau tak. Area situ semua orang kena guna unifi, kalau harap data internet hp memang sangat tak stabil. Kejap OK, kejap tak.

    Kalau berlarutan masalah ni, Nur boleh buat aduan kat telco. Cuma itulah, nanti panjang ceritanya..dia call kita tanya itu ini. Paling senang, tukar telco 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh tukar lain dah, Ujie. Sebab telco yang lain, lagi hampeh. Hehe..

      Delete
  8. Jarang"sih dapet sinyal E, kalau agak di kampung pelosok mungkin bisa jugak😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, biasanya kalau di ceruk kawasan pedalaman selalu dapat signal E ini.

      Delete
  9. beberapa thn lps ms ddk kat rumah arwah ayah, sy rs da x de simbol trs.... hilang segala bar yg ada... 'bercinta' betul kalau balik kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, lagi teruk tu. Hikmah ye Anies, duduk kampung, takde line, jadi boleh menikmati suasana kampung betul, tanpa main henfon.

      Delete
  10. kekdg kt highway dpt signal E..

    ReplyDelete