Kembali berlari

 Isnin, 24 Julai 2023 - Alhamdulillah, berjaya lawan malas dan pergi berlari.

Tapi, saya semput. Baru satu pusingan, saya kembali ke kereta, ambil inhaler, dan pam. Baru 4 hari tak lari, sudah semput. 

Lepas pam inhaler, rasa lega. Sambung berjalan. Pastu jogging slow-slow. 

Rasa lebih sihat selepas dapat berlari. Alhamdulillah.

Larian Isnin.

Larian Isnin sejauh 7 kilometer.

Lepas lari, pergi sarapan, di kedai di Kampung Serdang, Sitiawan. Saya makan bihun sup. Sup dia, lebih rasa herba. Sup kelihatan gelap dalam gambar, sebab saya letak 3 sudu sambal cili. 😁

Balik rumah, saya masak ayam masak lemak cili api.

Ayam masak lemak dalam kuali.

Saya ikut resepi Puan Amie. Boleh rujuk di sini untuk resepinya.

Biasanya, bila masak lemak, saya masak semua benda dalam periuk sekaligus. Tapi kali ni, saya tumis dulu bahan-bahan yang dikisar. Cuma beza dengan resepi Puan Amie, saya tak letak sawi cina. Jumlah cili api pun saya kurangkan. Alhamdulillah, sedap. 😋 

Semalam, 25 Julai, pun pergi lari juga.

Larian Selasa, 7 kilometer.

Gambar lepas lari, saya dan suami sarapan di Warung Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan.

Tak ambil gambar makanan, masing-masing lapar. Huhu.

Hari ni, 26 Julai, pun pergi lari juga, walaupun lewat. Ada drama, anak kedua tak siap kerja sekolah yang kena hantar hari ni. 

Larian Rabu, 5 kilometer.

Pukul 8 pagi baru dapat lari, lepas drama anak settle. Anak kedua, yang suka buat kerja last minute, lepas tu, printer tak boleh print out, lepas tu, dia tak minta tolong kami, senyap je. Tiba-tiba kerusi, sofa, terbalik. Dia naik angin sebab printer tak boleh print kerja dia. Lepas tu, bapak dia tolong. Lepas tu, saya tolong sekali, baru dapat print out kerja anak. Lepas tu, dah lewat, saya hantar anak bongsu ke sekolah dulu.

Pengakhirannya, anak tak pergi sekolah hari ni. Kerja submit esok. Sudah inform cikgu. Kalau tak, suami yang nak pergi hantar kerja sekolah hari ni. Tapi cikgu kata, tak perlu, esok je. 

Lega lepas dapat berlari, matahari dah terpacak dengan teriknya. Peduli la muka jadi hitam. 

Saya cuma nak hidup happy. Malas nak fikir tentang seluar yang ketat, sebelum ni, longgar. Sebab bulan depan sudah start Rungila Runliga. Jadi, rasanya, boleh kecik balik, Insya-Allah. 

Harap anak kedua diberi kekuatan untuk terus sekolah. Sampai habis SPM je. Dia punya angin tu, saya tak boleh brain la. Benda senang boleh jadi susah. Ujian betul dengan anak kedua ni. Kena doa je, banyak-banyak. 

Saya doakan, segala urusan harian anda, pembaca sekalian, berjalan dengan lancar, dan anda sihat-sihat dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Terima kasih, kerana membaca.

Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. Kalau dah biasa berlari lepas tu tiba2 stop mesti badan rasa sengal2 kan. Lepas berlari balik baru rasa segar balik.
    Anak ke2 mmg angin kus-kusnya lain macam. Anak saya pun macam tu jugak. Kena banyakkan doa untuk anak no. 2 ni supaya dilembutkan hati dieorg 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Carneyz. Badan rasa lemah je bila tak berlari.
      Ye, Carneyz. Akan terus doa semoga dilembutkan hati anak kedua ni.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang gembira tgk org berlari hehee ciknur x blh sb lari je perut sakit. dari zaman sek lg so jln laju2 blh

      Delete
    2. Jalan laju-laju pun ok sesangat, Cik Nur. Bakar kalori juga.

      Delete
  3. Moga Nur gembira.
    Sayapun ada angin angin. Semua ada karenah. Kasihan mak saya. Solat taubat banyak-banyak (nasihat diri tapi tidak buat selalu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, terima kasih, NA.
      Semoga NA pun tenang-tenang dan gembira selalu. Semoga kita dapat terus kuat melaksanakan perintah Allah.

      Delete
  4. senang bisa kerjakan hobi lari untuk passion...mbul bisa larinya cuma sore hari tiap sabtu atau minggu kak nur...
    dan melihat ayam lemak kuali...aduh bikin ku mouthwatering...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga tu, Mbul, hari Sabtu atau hujung minggu, dapat beriadah mengeluarkan peluh.
      Ayam masak lemak memang sedap. Lagi-lagi sebab saya jarang makan lauk ni, sekali-sekala tukar selera, memang bertambah nasi. :)

      Delete
  5. insyaAllah dah besar nanti anak no.2 paling boleh harap ye kak...moga anaknda sentiasa diberikan ketenangan dan kesabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.... akak doa-doa gitu ler, Afzan.
      Terima kasih, Afzan, atas doanya. Amin, yarabbalalamin...

      Delete
  6. Sudah lari lagi yaaa😀...rajin banget...waduuh gimana ya supaya bisa ikutan lari kayak gitu, jalan aja saya suka males hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. jangan fikir fikir. Sarung saja kasut lari, dan pergi lari, Mreneyoo. Kalau difikirin, macam-macam alasan keluar, banyak kerja la di rumah, cuaca panas la, dan lain-lain.

      Delete
  7. ooo kat sana pun ada nama serdang eh? maknanya kat malaysia ni ada 3 tempat bernama serdang. 1 kat selangor, 1 kat kedah, 1 kat perak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama kampung Anies, Kampung Serdang.
      Oh, saya pun tak tahu kat Kedah, ada tempat nama Serdang. Yang kat Selangor tu, saya pernah duduk, hehe.. dalam kuarters Jabatan Pertanian dulu, dalam kawasan UPM. :)

      Delete
  8. 3 sudu cili letak mmg pekat la warna nyer.. boleh tahan makan pedas tu.
    Kari Ayam ni beribu resepi ada.. asal sedap kita tiru resipi tu kan ..
    Anak kedua hurmm samalah paling byk ragam mmg dikenali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka rasa pedas, dari rasa herba sup tu, Encik. :)
      Ye la, resepi ayam masak lemak tu, lain sikit dari cara saya, itu yang nak cuba tu.
      Sama, sebab dalam keluarga saya pun, adik beradik saya, anak kedua memang paling banyak hal. Opss. hehe

      Delete
  9. dalam kesibukan pun masih tetap berlari. Tahniah! Sy juga yg dah lama x exercise.... balik ptg penat sgt..mlm cpt letih n mengantuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Abe Kie.
      Hujung minggu atau hari cuti, boleh la riadah, Abe Kie, bawa keluarga sekali, jalan-jalan. :)

      Delete
  10. Mungkin boleh ajak anak kedua jogging sama. Jarak dekat pun ok asalkan dapat bermesra dengan alam, supaya jiwa lebih tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ajak banyak kali, Ujie. Dia tak suka cardio. Dia more to weight lifting. Itu la kan, bila berlari, hormon gembira tu akan keluar. Tapi saya lebih suka kalau dia solat 5 waktu. Budak-budak, kan. Kalau solat, takde la kepala otak nak naik angin je.

      Delete
  11. lama yaya xjog.last masa sblum kwen 2-3tahun lepas huhu. dlm hati niat ada tp tu la kalau sekadar niat kan...hmm

    ReplyDelete