Jalan-jalan Bagan Datuk

 Sabtu, 8 Julai 2023 - Suami tak kerja. Dia ajak jalan-jalan ke Bagan Datuk, boleh cuba lalu jambatan yang baru siap tu. Ok je. Bab jalan-jalan, saya tak pernah tolak. Hehe.

Nak kata jambatan baru dibuka, tak juga. Tapi kami je baru nak cuba lalu. Jarang-jarang pergi ke Bagan Datuk. Kali terakhir kami pergi, lalu ikut Hutan Melintang. Agak jauh juga, untuk pergi ke Taman Bunga Matahari, tahun lepas. Entrinya, ada di sini.

Jambatan ke Bagan Datuk, terletak di laluan dari daerah Manjung ke Perak Tengah.

Cuaca baik. Langit mendung. Tidaklah panas sangat.

Jambatan ini merentasi Sungai Perak. Walaupun sudah lintas sungai, jalanraya yang kita lalui, tinggi dari paras tanah. Saya rasa, memang ia dibina sedemikian rupa, sebab situ memang kawasan rendah. Tak lama pun, tup-tup terus sampai ke Bagan Datuk. Memang dekat, ikut jambatan baru ni. 

Pastu, saya teringat, rakan blogger kita, Puan Ujie, pernah tulis mengenai Bagan Datuk di entri beliau di sini

Sampai saja di pekannya, saya dan suami pun berjalan-jalan di kawasan Esplanade Bagan Datuk. Ada satu replika kapal di situ, selain ada banyak peniaga yang menjual macam-macam makanan, seperti laksa, cendol, makanan ringan, dan macam-macam la.

Replika kapal tu, sebenarnya play area untuk kanak-kanak, sebab ada slide. Kena bayar, kalau nak naik atas kapal tu. Tapi waktu kami pergi, macam tutup je.

Ler, orang tua ni, nak juga ambik gambar depan kapal, jadi lanun pendek. 😂

Di kawasan esplanade tu, ada banyak budak-budak, main scooter, kereta mainan, motor, yang disewa tu. 

Ambil gambar, background Masjid Terapung.

Cuaca sudah panas. Jalan-jalan, jumpa orang jual aiskrim.

Makan aiskrim di jeti Bagan Datuk

Aiskrim single scoop ni, masa saya sekolah rendah, harga dia 20 sen je. Sekarang, harga dia dah seringgit. 😋

Ada ramai orang di hujung jeti, jadi kami tidaklah pergi sampai ke hujung. 

Memang banyak la orang berniaga makanan situ. Tandas awam ada. Taman permainan kanak-kanak pun ada.

Pekan Bagan Datuk

Nampak ceria, pekan dia. Sebab bangunan kedai dicat berwarna-warni, walaupun bangunan lama. Kami pun jalan-jalan menyusuri kedai, satu persatu. Suami kata, kalau jumpa kedai gunting rambut, dia nak cukur kepala. Malangnya bila jumpa, kedai pula ditutup. 

Jalan lagi, nampak la pam isi minyak zaman dulu, di depan satu kedai.

Klasik sungguh, pam minyak zaman dulu

Rupanya, hari Sabtu, ada pasar malam. Kebetulan masa kami jalan-jalan tu, sudah ramai peniaga pasar malam yang sudah mula berniaga.

Saya beli popia goreng dan basah. Satu popia harga seringgit. 2 biji popia basah, 3 biji popia goreng. Harga RM5. Lepas jalan-jalan lagi, nampak kedai lain, jual popia harga 60 sen je sebiji, saiz lebih kurang sama. Hahahadoi.... bila balik, makan di rumah, tak sedap pun, tau. Tak de rasa, kedua-dua jenis popia tu.

Lagi satu, ada beli pau kukus. Pau inti rendang ayam. Beli sebiji je. Makcik tu kata, "Beli la 4, RM10 je." Sebab saya beli sebiji, dia caj saya RM3. Ok, harga diskaun untuk beli 4 biji je. Bila makan di rumah, ya Allah, intinya ciput jer. Adalah 2-3 kali gigit je, dapat inti rendang ayam. Keseluruhannya, rasa pau kosong je. Sedap lagi pau saya beli di Petronas UTP Seri Iskandar, penuh dengan inti rendang ayam. 

Gambar depan jeti

Aktiviti jalan-jalan di Esplanade dan pasar malam Bagan Datuk adalah sejauh 1.3 kilometer. Lepas tu, kami terus balik. 

Ok la. Sekian cerita melawat Bagan Datuk. 

Jumpa lagi, ye.😊

34 comments:

  1. Nice sharing. Belum pernah sampai lagi🙁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Nanti, Sharhanah boleh la datang sini bila ada rezeki, Insya Allah.

      Delete
  2. masjid terapung tu masjid baru ke?

    aduyaiiii kot ya pun nak berniaga tu biar laa ikhlas....jgn asik nak kejar untungggg jeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Anies, masjid baru.
      Betul. Sini saya rasa, dia tahu kita orang luar. Itu yang deme caj kita harga mahei bebenor.

      Delete
    2. yeahhh boleh singgah nnt. insya allah ada rezeki bln dpn nak trn utara bolehlah melencong ke sini kejap😁

      Delete
    3. Oh, ye ke. Mana la tu, destinasi utara, Anies nak pergi, ye.. Hehe.

      Delete
  3. negeri2 utara ni sejak dewasa saya belum sampai..teringin juga nak jejalan ke sana ntah bila rezekinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, ada tu rezekinya nanti, untuk Afzan sampai ke sini. :)

      Delete
  4. Rasanya saya tak pernah lagi sampai ke Bagan Datuk ni. Menarik pemandangan masjid kubah biru di belakang tu, tepi sungai pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK, memang cantik tarikan sini, pemandangan masjid tepi sungai.

      Delete
  5. Hehe suami Puan Nur rajin jalan kalau cuti ya. Tidak makan di rumah.
    Alamak dapat makanan tidak sedap pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Memang kaki jalan, dari bujang, sampai ke tua. Hehe.
      Itu la. Takpe, rezeki hari tu, tak sedap pun, makan juga, rejeki Allah bagi. Cuma tak beli dah la kat situ.

      Delete
  6. Masjid tu dah beroperasi kan Nur? Kalau tak silap bukan nama macam yang dicanang sebelum ni.

    Kan bagus kalau derang jual makanan sedap2, tentu ramai yang rajin datang Bagan Datuk jalan-jalan sebab ada makanan sedap.

    Nampaknya semua belum beroperasi - replika kapal dan jeti ke Pulau Sembilan. Entah apa masalahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah, Ujie. Masa saya pergi, ramai di kawasan masjid. Tak pasti pulak saya, ada yang panggil Masjid Terapung Bagan Datuk, ada yang panggil Masjid Tuminah.
      Betul cakap Ujie. Janganlah dia anggap kita orang luar, terus letak harga macam cepat nak naik haji. Kalau sedap, takpe juga.
      Tak tahu la saya, Ujie, berkenaan replika kapal dan jeti tu. Sebab nak ke Pulau Sembilan, ada tempat lain, yang orang ikut, lebih popular, dari di situ.

      Delete
  7. menarik, ada attraction utk jalan2..mudah nk pi, dah ada jambatan...mahal jg makanan disana, lbh kurang mcm di KL jg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Mungkin kalau Nohas datang ke Bagan Datuk, boleh cuba gerai di Medan Selera. Saya tak sempat nak cuba situ. Sebab nampak ada pasar malam, terus pergi situ. Mana tahu, lebih murah dan sedap.

      Delete
  8. Nampak cantik masjid terapung di kejauhan.
    Tumpang happy tengok Nur playing tourist dengan husband.
    Huhuuu...13km jauh juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mrs. A. Tak sampai 13 km. 1.3 kilometer sahaja jalan-jalan situ. :)

      Delete
  9. Is very good to travel for to meet more places. And I can see that you had a good holidays. To have Joy in holidays is the best. With oneself and with his family. Have a nice summer.

    ReplyDelete
  10. senang bisa weekend saat husband kak nur libur ya, dan Mbul penasaran popia itu lumpia bukan ya...Di negara Mbul juga ada yang namanya Taman Bunga Matahari...dulu mbul biasa habiskan main ke sana karena areanya justru sejuk karena dekat puncak Cipanas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, betul, Mbul. Popia itu, lumpia. Sama.
      Sini, Taman Bunga Matahari, di tempat panas, Mbul.

      Delete
  11. menarik juga Bagan Datuk nie...kalau tidak membaca blog begini tentu lambat lagi saya dapat info tersebut...bestnya dapat dating berdua dengan suami...keep it up

    ReplyDelete
  12. Asiik bisa melakukan kegiatan bareng"...jalan 1.3 kl sama dengan olah raga jugak ya😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, benar, Mreneyoo. Sambil jalan tengok tempat orang, dapat juga keluar peluh sikit.

      Delete
  13. Waah masjid terapungnya bikin kagum, bagus banget.
    Senengnya bisa jalan² keliling hihii apalagi bareng dengan suami uhuyy romantissnyeee

    ReplyDelete
  14. Sekarang kuih banyak inti ciput je...tapi harga kemain mahal. Haha

    ReplyDelete
  15. Menarik mmg dalam list nak pergi .. dulu pernah lalu jalan luar sbb nak ke Pangkor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... sekarang dah dekat dah. Kalau dari KL, ikut WCE, lagi dekat.

      Delete
  16. Memang kalo beli di pasar malam, terkdang kita jangan expect rasanya enak ya kak 😄. Yg bikin sebel, udah lah mahal, tak sedap pula 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga cakap Fanny tu. Tapi, mencari rezeki dengan berniaga tu, tak berkat la, nak untung je lebih, kan.

      Delete