Kasut baru

 Jumaat, 7 Julai 2023 - Lepas solat Jumaat, saya pergi ke Ipoh, bersama suami. Tujuan, untuk beli kasut lari baru. Hehe. Lokasi dituju adalah Ipoh Parade. Situ, ada satu kedai sukan yang jual kasut Brooks. Cadangnya, kalau tak berkenan dengan Brooks, nak cari kasut New Balance. Dua-dua jenama kasut ni la, yang saya paling suka, antara banyak-banyak jenama yang saya pernah cuba.

Brooks Ghost 15, in pink color

Tadaaa.... memperkenalkan, Brooks Ghost 15! Hehe... saya tak pernah beli kasut warna terang begini, tau. Kebanyakan kasut lari saya warna gelap dan tidak menarik perhatian. Tapi tinggal sepasang kasut ini je yang ada, jenama Brooks, saiz saya. Ada warna lain, tapi yang ada, saiz lebih kecil dan besar. 

Sebelum beli, sudah tentu saya cuba dulu di kedai. Sarung kedua-dua belah, dan lari 2-3 pusingan dalam kedai. Orang kedai tu, senyum je, tengok. 

Ok, sedap pakai, itu sebab saya ambil. Harga kasut, RM569. Bila bodek-bodek tuan kedai, dapatlah beli dengan harga RM500. 

Kasut lama dan kasut baru

Kasut lama saya, di sebelah kiri dalam gambar di atas, Brooks Ghost 14, sudah pun mencapai jarak 847 kilometer saat entri ini ditulis. Mengikut aplikasi Garmin Connect, bila sampai 643 kilometer saja, elok tukar kasut baru. Tapi, saya akan terus pakai kasut lama ni, bergilir dengan yang baru. Marilah kita tengok berapa lama kasut lama ni boleh bertahan. Walaupun tapak semakin haus, tapi saya akan terus pakai bila berlari, selagi kasut tu tak 'gigit' kaki kita. Bila sampai satu tahap, kasut lari ni, dia akan bagi kaki kita rasa tak selesa, atau timbul rasa sakit bila memakainya, barulah saya berhenti pakai. Itu pun, saya masih pakai bila pergi jalan-jalan shopping ke, cuma saya tak pakai bila berlari sahaja. Mahal bagi saya, jadi selagi kita boleh pakai, kita lanyak la sampai ke sudah. 

Dalam rekod simpanan saya, kasut yang paling lama bertahan adalah kasut yang saya beli di Decathlon, iaitu Kalenji Kiprun Long, dengan jarak sejauh 2,140 kilometer larian. Saya stop guna apabila rasa sakit di bahagian tapak kaki. Itu pun rupa kasut tu masih dalam keadaan ok, tidak koyak. Berbaloi, kan, beli. 

Saya beli kasut baru, sebab bulan depan, saya ada join event lari. Tak bolehlah beli dekat-dekat tarikh event. Kita kena lanyak dulu, bagi kasut tu serasi dengan kaki kita. 

Macam ni la saya, bila tiba masa beli kasut baru, lebih suka pergi ke kedai, untuk cuba pilihan yang ada. Pernah beli kasut lari online, jenama Asics, tapi tak sesuai dengan kaki saya. Bila pakai lari, rasa sempit di bahagian depan kasut. Sejak tu, saya tidak lagi beli kasut lari secara online.

Larian pagi tadi

Alhamdulillah, sedap pakai kasut baru ni. Sudah pun test lari 10 kilometer pagi tadi. Dah beberapa kali pakai sebelum ni, tapi sempat lari sekejap je. Sebab masih dalam mood malas dan hari pun tidak mengizinkan untuk riadah lama-lama, hujan.

Lepas beli kasut baru, saya dan suami makan-makan dulu di foodcourt Ipoh Parade, sebelum bertolak balik Manjung. Alhamdulillah. 

Apa aktiviti anda di hujung minggu ni? Pergi jalan mana-mana ke? Selamat beristirehat dan have a great weekend, semua... 😊

28 comments:

  1. Biar mahal asal berbaloi beli.
    Sayapun tunggu kasut saya ada stok. Entah bila muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, NA.
      Tak ambil nombor telepon kedai ke, tanya? Semoga ada la stok segera, kasut yang NA nak tu.

      Delete
    2. Dia cakap hendak mesej tapi belum ada lagi stok.

      Delete
    3. Oh, gitew. Coming soon la tu. Aminn...

      Delete
  2. Cantik menyerlah 👍🏽
    Saya pun prefer warna tak terang, tapi haritu terpaksa jugak beli kasut Skechers warna cerah sebab itu je pilihan warna yang ada dengan ciri-ciri kasut yang dicari.

    Kasut hiking pulak, suami yang belikan online. Syukur ngam elok sedap pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, kadang tak de pilihan. Terpaksa ambil, walau warna terang. Asalkan selesa dipakai, itu lebih penting, kan, Ujie.
      Wah, suami Ujie pandai pilih kasut online, sesuai untuk isterinya. Lain kali, boleh suruh dia beli lagi. Hehe...

      Delete
  3. Cantik kaler pink..Alhamdulillah, tahan lama semua kasut lari..berbaloi dgn harga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul, Nohas. Saya pernah beli kasut tiruan, imitate brand. Tak lama pun boleh pakai. Rugi je beli, dah la ratusan juga. Baik beli yang original.

      Delete
  4. Replies
    1. Warna terang, orang mudah nampak, kalau berlari dalam gelap. :)

      Delete
    2. Sorry, you are from Turkiye. That's why I replied in Bahasa Malaysia in previous comment. uğradığın için teşekkürler

      Delete
  5. Mahalnyer kasut baharu.
    Sebelum pakai gigit dulu kasut tu

    ReplyDelete
  6. Wah kasur lama sudah banyak sejarah yg di lalui..terbukti dari bentuk dan warnanya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... saya memang tak basuh kasut lari, Mreneyoo. Petua. Jangan dibasuh. Nanti rosak, atau koyak. Cuma spray sahaja dengan semburan khas untuk kasut sukan. Itu rupanya setelah setahun. Haha...

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih, mama tisya. Alhamdulillah.

      Delete
  8. Serius, seronok baca pengalaman Nur dan kasut lari. Kalau orang yg tak berlari macam sy, asal cantik dan pink jer terus rasa okey, hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih. Lain kaki, lain jenis kasutnya, SK. Lagi-lagi kita dah tua ni, kena cari kasut lari yang ada cushioning yang bagus. Baru la tak beri tekanan pada lutuit. Hehe...

      Delete
  9. ooo patut laa ada bau kedai sampai sini hehehe

    sy pun tgh mencari kasut lari/jogging baru. yg lama dah tanggal terus tapaknya...dok survey2 hari tu kt al ikhsan...belinya belum lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... al ikhsan, kasut imitate, Anies. Tak ori. Saya pernah beli kasut situ, harga 200 juga, tapi pakai tak sampai 6 bulan, dah sakit kaki.

      Delete
  10. Oh! ilmu baharu bagi Mrs. A tentang running shoes terima kasih Nur atas perkongsian. Suka color kasut baharu Nur tu sebab menyerlah heheheee...

    ReplyDelete
  11. Nak kualiti tahan lasak dan lama biarlah kene pda harga nya.. nak murah jgn dipersoalkan kualiti nya gitu :D

    ReplyDelete
  12. Saya pun kalo beli sepatu lari atau sepatu sneakers macam nih, hrs belh offline kak. Pernah coba online dan ternyata tak sesuai. Kalo baju atau sendal okelah. Tapi sepatu LBH suka coba dulu.

    ReplyDelete