Taman Paya Bakau Lumut

 Khamis, 13 Julai 2023 - Saya dan suami pergi jalan-jalan ke Taman Paya Bakau, Lumut. Taman ini letaknya berhadapan taman perumahan saya je. Hehe. Ada hari, saya memang rasa nak masuk dalam hutan. Rasa aman tenteram bila dapat duduk bawah pokok besar. Macam ni la kami, jalan berdua kemana-mana. Anak-anak sekolah. Jadi, bolehlah dating berdua selalu. Kalau anak-anak tak sekolah pun, bukan dia orang nak ikut kita jalan-jalan. Jenuh mengajak. Deme lagi suka duduk rumah, main game. Hmmm... meh la kita jalan-jalan, tengok pokok.

Parking kereta dalam kawasan berpagar. Ada tandas awam disediakan di kawasan parking kereta. Sebelum masuk, kena beli tiket dulu. Harga bayaran masuk untuk seorang adalah RM3.

Tiket masuk.

Jangan bawa makanan bila datang sini. Plastik beg pun jangan bawak. Kalau bawa, takut kera-kera di sini ingat, anda bawa makanan, nanti dia rampas dari tangan anda. 

Masa kami mula masuk, kelihatan seekor, dua ekor kera. Agaknya, semua kera-kera dan keluarga mereka yang besar, sudah pun masuk ke taman perumahan, cari makan. Jadi, di taman paya bakau ni, memang tak ada binatang liar kelihatan, kecuali bunyi burung, sekali-sekala, atau pun bunyi pekerja kebersihan, yang buat kerja di kawasan sekitar.

Masuk sahaja, ikut laluan belah kanan, ada nampak menara tinjau.

Menara tinjau

Sudah banyak perubahan taman paya bakau ni. Dulu, masa pertama kali saya datang, masa baru berpindah ke Lumut, kira-kira 10 tahun lepas, laluan dalam kawasan paya ini, dibuat dari kayu. Banyak yang sudah reput. Kini, ia digantikan dengan laluan batu bersimen. Lebih tahan lasak. 

Ada ruang tempat duduk.

Seronok pula. Kami datang waktu pagi, lepas sarapan. Sejuk suasana. Pokok-pokok besar, melindungi kami dari cahaya matahari. Kalau la boleh buat rumah dalam hutan macam ni, jauh dari orang ramai. 😊 

Mula-mula, saya sorang je naik menara tinjau tu. Meh kita tengok, ada apa di atas.

Ada jambatan gantung

Kalau tak mahu naik, ada je laluan bawah disediakan untuk yang tak suka naik tangga tinggi-tinggi.

Suami ikut laluan bawah, ambil gambar saya di atas

Pemandangan dari atas

Waktu tu, air surut. Boleh la nampak akar-akar pokok bakau ni. Bila saya cakap, view dari atas cantik, suami pun naik sekali. Bukannya ada orang pun waktu tu. Jambatan gantung tu, cuma boleh dilalui 5 orang, pada satu masa.

Suami atas jambatan gantung

Saya, atas jambatan gantung.

Di merata-rata tempat, ada disediakan papan info, maklumat tentang paya bakau, hidupan dan nama pokok-pokok di sini, dan macam-macam lagi. Boleh la baca, sambil jalan-jalan ye.

Contoh papan tanda informasi

Bila jalan sampai ke hujung, dapat la lihat muara sungai.

Cantik langit waktu kami pergi.


Rasa sunyi je. Tak ada kedengaran apa-apa bunyi pun. Jauh dari hiruk pikuk lalu lintas. Sesekali boleh nampak ikan belacak (ikan dua alam). Besar-besar saiz kat sini, saya kira, ada sebesar tapak tangan orang dewasa. 

Di sepanjang perjalanan, ada banyak disediakan bangku dan pondok istirehat, bolehlah melepaskan lelah seketika. 

Laluan di sepanjang taman paya bakau.

Tempat duduk di tepi sungai

Tenang je di sini. Boleh la datang sini jika fikiran sedang berserabut. Mana tahu, dapat ilham selesai masalah. 

Selfie satu!

Ada kala, tengok akar pokok bakau yang tinggi dan panjang-panjang ni, agak mengerikan juga. Macam dalam cerita hantu je.

Contoh yang ini..

Tingginya akar pokok, sampai kita boleh berdiri bawahnya..

Selfie lagi, sebagai kenangan.

Laluan di sepanjang taman

Laluan yang disediakan cantik, dan kukuh. Jika ada bawa kanak-kanak, selamat, janganlah pula panjat keluar palang keselamatan yang disediakan tu. Redup dan tenang. Boleh release tension.

Berjalan di Taman Paya Bakau.

Bolehlah dapat lebih 1 kilometer, berjalan-jalan di sini. Alhamdulillah. Dapat menikmati keindahanan alam. 

Salah satu tarikan jika anda berkunjung ke Lumut, selain pergi ke Pulau Pangkor. 

Sekian perkongsian saya. Jumpa lagi. 😊

Taman Paya Bakau Lumut.

Masa operasi: 8.30 pagi hingga 5 petang (Setiap hari)

27 comments:

  1. oo..ada paya bakau di Lumut, menarik ni...dulu pergi yg di Kuala Selangor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah lagi pergi di Kuala Selangor. Dekat Taiping pun ada, saya rasa.

      Delete
  2. Replies
    1. Best juga la, Mummy Ayu. Jalan-jalan tengok pokok. :)

      Delete
  3. jika dpt naik bot di tasik paya bakau tu kan pasti best?

    ReplyDelete
  4. seronoknya kak ada masa free boleh jalan berdua macam muda2 dulu kan kak...sambil mengimbau kenangan zaman bcinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takdenye mengimbau zaman bercinta, Afzan. Borak hal anak-anak ler, apa lagi. :)

      Delete
  5. Sejuknya ..di Jakarta pun ada kak taman hutan bakau, pernah sekali ke sana, asiik memang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa aman berjalan dalam hutan lihat pokok-pokok, kan..

      Delete
  6. Hehe sama tidak suka ikut mak abah keluar. Keluarpun sebab pergi makan atau hendak beli barang.
    Seronoknya atas menara tinjau.
    Kalau saya pula waktu gembira kalau jalan-jalan waktu cahaya matahari bersinar tapi angin bertiup. Akan ingat kenangan waktu hiking di luar negara. Perasaan itu yang tidat gambarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo la pula 'tidak dapat digambarkan.'

      Delete
    2. Mesti seronok hiking di luar negara. Tak berapa panas, macam di negara kita, kan.

      Delete
  7. Seronoknya Nur! Tempat begini yang beri ketenangan buat saya.
    Tingginya akar bakau tu, unik dan cantik untuk berfoto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, suka tempat-tempat macam ni. :)

      Delete
  8. pernah lalu lalang kat laluan sini kalau kak ana ke Lumut sebab adik duk Manjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Kak Ana ada adik tinggal di Manjung. Dekat la tu. :)

      Delete
  9. baguslah dapat masuk taman begini...dapat hirup udara segar dan boleh tenangkan fikiran juga...Ya melihat ciptaan Allah SWT...tahniah penulisan semakin bagus...siap dengan foto yang menarik juga

    ReplyDelete
  10. Macam merpati dua sejoli, ke sana ke mari berdua²an, mujur tak tersangkut di akar pokok bakau, hihihi.

    ReplyDelete
  11. tenang je tempat ni. nanti ada rezeki bolehlah g johor singgah taman negara pulau kukup😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Anies, terima kasih, atas cadangan tu. Insya-Allah.

      Delete
  12. Menarik taman ni untuk riadah sambil release tension. Takde orang ya Nur kiranya ini taman ana yang punya hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mrs. A. Pergi hari orang bekerja, pagi pula, memang takde orang.

      Delete