Kerja makan jer...

 Waktu saya taip entri ni, sudah 4 hari saya tak pergi berlari. 

Saya alami lagi vertigo. Buat kali kedua. 

Sudah sihat selepas 2 hari. Tapi, mood malas pula untuk keluar berlari, walaupun cuaca baik.

Dah lama tak share hasil larian. Saya share gambar makanan je ye, dalam entri kali ni. 🙈

Nasi kandar ayam goreng

Nasi kandar ayam goreng ni, makan di Nasi Kandar Beratur 786 Kampar, masa 9 Julai yang lepas. Lepas lari di UTP, terus pergi Kampar. Lepak-lepak dulu, sementara pukul 10 pagi lebih. Sarapan terus di situ. Bila datang restoran ni, teringat masa anak sulung belajar di Matriks Gopeng, selalu bungkus nasi kandar untuk dia di sini, bila nak hantar dia balik ke hostel. Sedap, saya suka nasi kandar sini. Pernah saya bungkus siap-siap, kuah campur, dan balik makan di rumah Lumut, nasi dia tambah sedap. Ada orang bila bungkus, suka letak kuah asing. Tapi saya suka letak sekali dengan nasi, supaya mesra. Lagi suurrrrrr..... 😋

Burger daging

Gambar burger masak sendiri di rumah. Kalau masak burger, biasanya hujung minggu, malas nak masak nasi.

Mee rebus, dan cucur bersama kuah kacang

Mee rebus dan cucur, makan di makcik bawah pokok, semasa 14 Julai yang lepas. Lepas lari di padang Astaka, Sitiawan. Sedap bebenor mee rebus sini. Saya suka! 

Roti cekago


Hari yang sama, pergi Taiping. Suami nak cuba Nasi Kandar Ali KTM Taiping. Dia order nasi kandar, saya order menu yang special di sini, roti cekago. Dia punya sebutan, Chicago kot. Hehe... rasa dia, macam makan roti sardin campur murtabak. Ok ler. Rasa sekali, cukup. Saya tak berapa suka, sos banyak sangat.

Bila pergi Taiping, tak pernah tak hujan. Jadi, selalu gagal untuk berlari di Taman Tasik Taiping. Last-last, lepak di Aeon Taiping saja. Bungkus makanan untuk anak-anak.

Kopi di Old Town White Coffee

Juga, pekena kopi di Old town. Sana sejuk luar, sebab hujan. Dalam Aeon pun sejuk, dengan aircond. Orang tak ramai masa kami pergi. Di sini juga, ada beberapa kedai yang tak ada di Aeon Manjung, seperti Krispy Kreme, Gigi Coffee, Hot & Roll, Hokkaido Cheese Tart, Nando's dan Texas Chicken. 

Bila dia buka susur keluar ke Taiping hujung tahun ni, melalui lebuhraya WCE, saya rasa lebih mudah nak ke Taiping banding ke Ipoh. Ipoh dengan sesaknya, dengan traffik light yang banyaknya. Taiping lebih aman damai.

Sedang mengumpul kekuatan untuk kembali berlari esok. Insya-Allah. 

Jumpa lagi, ye. 😊

#peakyBlinders

28 comments:

  1. Semoga Nur kuat semangat nak lari esok, ingat nanti lepas lari, boleh makan sedap² pulak. (Ces! Nasihat orang pandai 😆)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, saya akan ingat nasihat SK. Kikiki... :D

      Delete
  2. Cepat pulih yaa...biar bisa lari lagi... cayoo💪

    ReplyDelete
  3. Betul la…saya pun tiap kali ke Taiping mesti hujan. Kurang-kurang gerimis. Sesuailah dengan rekod Taiping sebagai tempat paling tinggi taburan hujan di Malaysia.

    Ada senaman untuk kurangkan vertigo. Doktor ada ajar suami saya masa kena vertigo. Mungkin Nur boleh buat carian internet.

    Semoga Nur kembali semangat beraksi 💪🏼
    Walaupun yang cakap ni entah bila nak ada semangat 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ujie Tempat paling lembab di Malaysia, Taiping. :)
      Baik, nanti saya search tentang senaman kurangkan vertigo tu. Terima kasih, Ujie, bagi idea.
      Hehe.. jom, Ujie, jom. Usaha!

      Delete
  4. sedapnya gambar makann...hehhe

    ReplyDelete
  5. biasanya vertigo ni sebab apa ye kak?saya kadang2 ada juga rasa bila kita duduk dan nak bangun,saya ingatkan tekanan darah rendah
    surrrrrnya nasi kandar tu..tmpt saya susah nak cari yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vertigo tu, dari carian google, sebab ada masalah di bahagian dalam telinga, Afzan.
      Bila duduk, dan nak bangun, rasa nak pitam seketika, itu tak cukup gula.
      Betul la tu, akak pun bukan semua nasi kandar sedap pada tekak akak. Yang biasa-biasa memang banyak. Yang sedap, 1-2 kedai je. :)

      Delete
  6. Hehe sayapun malas jalan laju padahal petang-petang cuaca redup.
    Amboi sedap-sedap makanan yang dimakan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, NA, kita lawan malas tu. :)
      Alhamdulillah... sedap, sedap!

      Delete
  7. besarnyaaaa ayam nasi kandar tuuuu... adehhh lapar plak sy petang2 ni😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ayam tu pun, sedap, Anies, tak sama macam kedai nasi kandar lain. Perapan dia tu. Peh..!

      Delete
    2. sy buat2 x baca laa komen balas ni. hari ni puasa hehehehhehehe

      Delete
    3. Oh, selamat berpuasa, Anies.

      Delete
  8. sekali sekala malas boleh layan kerana malas itu pilihan dan sihat itu tuntutan....apa-apapun hidup biarlah syukur selalu kerana bersyukursaja hidup terasa lebih nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Encik Hanafi. Syukur selalu.

      Delete
  9. Semoga Nur cepat sihat dan dah boleh berlari esok ;-)
    Aduhhh! teringat pulak Mee rebus kuah kacang ni sudah agak lama Mrs. A tak makan huhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Mrs. A.
      Sila, sila, Mrs. A. Kena cari, tu. :D

      Delete
  10. Samaaa kak, saya juga suka nasi kandar yg kuahnya disiram ke nasi, tapi jgn banyak sangat 🤣. Secukupnya aja. Kemarin di Penang sukaaaa sangat dengan nasi kandar Deens maju. Fav saya tiap balik Penang. Tapi kalo kemana2, suka juga coba nasi kandar yg lain.

    Roti dengan banyak sos seperti itu, saya juga tak suka. Malah kalo bisa jgn pakai sos. Lebih sedap. Hilang rasa roti dan topping kalo disiram sos sebanyak itu. Malah jadi lembek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali Fanny pergi Penang, pergi nasi kandar beratur di Masjid Kapitan Keling, must try, tau! :D
      Betul, tak perlu banyak sos, sudah cukup rasa.

      Delete
  11. Bukan selalu pun kan.. why not to reward our self sometimes kan.. apa pun moga cepat sihat amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Encik Time Traveller.

      Delete
  12. sesekali akak tayang menu makanan je semua sedap2... kalau tak cerita larian je kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ye la, tukar angin, sekali-sekala, Dana. :)

      Delete
  13. Semua sedap makanan tu. Mesti makan sambil rasa bersalah sbb tak lari hehe. Semoga dah sembuh dari vertigo ye Nur. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Makan sambil memikirkan, berapa km kena lari, untuk bakor balik kalori makanan. Hehe..
      Terima kasih. Sudah sihat sepenuhnya, Alhamdulillah.

      Delete