Kusyen knitted belang hijau coklat yang gemuk

 Isnin, 13 Muharam 1445 Hijrah - Pagi-pagi lagi saya dah naik angin. Mulai hari ini juga, saya kuatkuasakan undang-undang, balik sekolah saja, tiada handphone dan Wifi selagi tak siap kerja sekolah. Saya tak mahu tengok lagi, pagi-pagi hari sekolah, baru nak siapkan kerja sekolah dan susun buku. Sabtu dan Ahad, enjoy main game, pagi ni baru nak buat. Kita bagi kebebasan pada anak, dia tak sedar betapa beruntungnya dia. Pergi balik sekolah berhantar. Mak saya dulu pun surirumah juga, tapi dia tak hantar pun anak-anak ke sekolah. Masa darjah 5 saya dah pergi sekolah naik basikal. Sekolah menengah, saya jalan kaki 3 kilometer pergi, 3 kilometer balik. Ada tahun, saya naik bas sekolah. Lepas tu, tak tahan bas sekolah penuh macam sardin, saya jalan kaki je. Anak-anak saya tak pernah merasa susah. Kerja dia orang cuma harus belajar elok-elok. Saya tak bebankan dia orang dengan house chores pun. Saya dulu? Kejap, kejap, kena panggil mak, suruh ke kedai, suruh tolong di dapur. Sebab saya nak dia orang boleh belajar elok-elok, tapi dia orang tak beri saya berita baik pun. Tak pernah tunjuk saya keputusan cemerlang. Dah la tidur waktu maghrib. Orang lepas maghrib, mengaji. Dulu, dia orang mengaji dengan saya. Sekarang, sudah banyak hari tidur. Dalam seminggu, dapat 1 hari je mengaji. Dulu, hari-hari. Bila besar, camni pula perangai anak-anak. Tak boleh jadi. Kena berubah. Saya kena lebih tegas, untuk masa depan dia orang juga. Berusaha!

Baiklah. Tutup cerita anak-anak, 😊 hari ni, saya nak share projek kait saya yang baru siap.

Bantal kait belang hijau coklat yang gemuk!

Hasil kerja kait dua jarum, atau knitting.

Guna benang tempatan, jenama Nona. 

Jarum 4 mm. Tak berapa kemas kaitannya. Sepatutnya, guna jarum 3 mm, kaitan akan jadi lebih rapat. 

Kusyen knitted, dari tepi

Bahagian dalam, saya sertakan bantalnya sekali. Dalamnya, saya isi dengan fiber. 

Ukuran kusyen ini adalah 15 inci X 15 inci.

Close-up bahagian atas kusyen, ada pelbagai warna butang. 

Sarung kusyen boleh dibuka dan dibasuh jika kotor. Tanggalkan saja. Masukkan dalam laundry net, boleh dibasuh dengan washing machine. 

Bahagian belakang kusyen

Saya tak jual kusyen knitted ni. Tapi, saya akan beri sebagai hadiah kepada salah seorang pengomen terbanyak di blog saya ni. Ada menu Top Commentators di bahagian atas blog saya. Boleh klik sini, untuk lihat senarai 5 pengomen terbanyak sepanjang tahun 2023 setakat ini. Saya sentiasa edit coding pengomen terbanyak ini, mengikut bilangan hari. Hujung tahun 31 Disember 2023, pukul 11.59 malam, saya akan take note dan paparkan 5 pengomen terbanyak. 😊

Kusyen ni, gemuk, saya sumbat fiber banyak-banyak. Selesa letak di kerusi kerja, sedap sikit duduk buat kerja lama-lama. Letak atas sofa pun boleh. Suka hati.

Saya hanya mampu hadiahkan hasil kerja tangan saya kepada anda. Saya sangat hargai komen dan sokongan anda semua. 💓

Saya selalu pilih warna lembut seperti di atas, hijau dan coklat lembut. Untuk hadiah kusyen akan datang, korang suka warna apa? Sila beri cadangan anda. Mana tahu, rezeki anda, dapat kusyen atau hasil kait saya yang lain, dalam warna pilihan anda sendiri. 

Oklah. Sekian dulu perkongsian saya, di hari terakhir bulan Julai ini.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. 

Jumpa lagi, ye. 😊

30 comments:

  1. wah ..cantik.. kita tunggu sapa yg bertuah utk peluk2 bantal gebus ni yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mummy Ayu. Ye, tunggu hujung tahun... hehe...

      Delete
  2. Mula-mula membebel lepas tu pandai je corner jd sejuk balik... biasalah kita mak-mak ni mesti nak yg terbaik utk anak²... lepas tu mudah jer nk twist emosi balik... kait benang kaler pastel sesuai utk pempuan... kalau lelaki kena stand by jugak kaler yg macho sikit kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Kakmim. Mana boleh naik angin satu hari. Kita pun nak happy-happy juga, kan. Walaupun kena berhadapan macam-macam karenah anak-anak. :)
      Good idea. Terima kasih atas cadangan tu, Kakmim. Warna maskulin.

      Delete
  3. siapa lah x syg anak, tapi ada kan cikkak.. huhu

    ReplyDelete
  4. Itulah saya baca untung anak Puan Nur, tidak ikut jalan tapi sudah disediakan makanan. Baguslah juga ada undang-undang. Doakan mereka sedar.
    Ya masa sayapun kena jalan kaki atau naik basikal. Ada berhantar sebab waktu itu sekolah jauh. Kalau keluar awal pagi pergi sekolah memang tidak sampai. Waktu dahulu lainkan tidak risau keselamatan anak balik sekolah.
    Warna kegemaran olive green macam dalam blog. Kalau pilihan warna lain warna biru pekat atau ungu pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Insya-Allah. Memang tak putus doa untuk anak-anak.
      Betul juga tu. Saya percaya pada anak-anak. Cuma saya tak percaya trafik kat sini, orang pergi kerja bawa kereta laju-laju.
      Saya dah take noted. Insya-Allah, jika ada rezeki, ada tu untuk NA. NA tempat pertama komen terbanyak! ^_^

      Delete
  5. Semoga anak² berubah dan sedar dek untung. Sy pun dulu macam tu jugak, jalan kaki ke sekolah, dahlah memanjat bukit, di rumah pulak, kejap dipanggil.. kejap dipanggil, kadang geram, tapi tak berani melawan. Itulah yang menjadikan siapa kita hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, SK.
      Betul kan.. berkat orang tua kita didik dan besarkan kita, jadi orang kita hari ni. Syukur Alhamdulillah.

      Delete
  6. Saya sokong undang-undang baru Nur. Sesekali kena kasi rasa susah.

    Saya sekarang dah tak letak widget top commentators kat blog sebab blog jadi berat bila dibuka. Tapi insyaAllah hujung tahun akan pasang kejap untuk kiraan top commentators.

    Cadangan buat tone warna - dari gelap ke terang. Warna apa-apa pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Ujie.
      Wah... excited. Entah saya masuk ke tidak, senarai top commentators di blog Ujie. Huhu...
      Baik. Saya dah take noted. Mana tahu, ada rezeki Ujie hujung tahun. :)

      Delete
  7. ya Allah...sis Nur, betul tu...ad je nk ngelat x nk pegi sekolah..sakit kaki lah..ap lah, naseb dpt mak garang, mmg hari2 p sek...hahaha..semoga dpermudahkan urusan kita dalam mendidik anak2...Amin2x...

    pndai nya mengkait, kita pndia nengok je...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.... semoga begitulah ye.
      Hehe.. sikit-sikit tu, boleh la mengait.

      Delete
  8. rajutannya rapi dan cantik kak nur...warna pastel adalah warna kesukaan mbul. pillow terlihat empuk dan nyaman untuk mrnyangga kepala saat terlelap ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih, Mbul.
      Hehe.. betul, betul. Saya memang suka buat bantal yang empuk, baru sedap untuk dipeluk. :D

      Delete
  9. Semoga anak2 Nur berubah dan lebih berdisiplin lepas ni. Saya pun risau jugak ni, anak2 sejak diberi gajet dah lari fokus dari belajar. Teringin nak cari kelas ilmu parenting untuk didik anak2 dengan lebih baik terutama gen-Z skrg ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... doa saya begitulah, Carneyz.
      Betul, budak zaman sekarang, memang tak sama didikan dengan zaman kita dulu. Banyak pula pengaruh luar. Kena displinkan juga, takut lalai dalam pelajaran.

      Delete
  10. wahhhh besar juga tu saiz bantal ni... terbaiklah!

    sy suka kalau guna benang warna contra. walaupun ada yg ckp buruk tp sukaaaa hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Anies.
      Oh, suka warna kontra. Nanti tengok kot ada rezeki hujung tahun ye. Ni mesti selalu pakai baju, warna kontra dengan tudung. :D

      Delete
    2. ya betul. kalau baju berbunga/bercorak tu, tudung mesti warna plain sama dgn warna bunga/corak paling sedikit. dah lama sy praktik pakai mcm ni. tak silap sy since thn 2000 lg hehehe...

      Delete
    3. Saya boleh bayangkan. Betul tu, konsepnya. Saya pun pakai macam ni juga, jika berbaju kurung. Kalau pakaian lari, suka warna gelap semua, sebab peluh lenjun.

      Delete
  11. Lucu bantalnya..😀, anak" sekarang kalau sudah pegang gadget suka lupa waktu

    ReplyDelete
  12. cantik la kak, camne ni nk oder jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Dana. Kalau Dana nak order, email akak
      knitskiki@gmail.com

      Delete
  13. saya ada dapat..warna ungu, cantikk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nohas punya, bantal burung hantu, kaler purple, 2 tahun lepas ye.
      Spesies rare tu, dah lama tak kait pattern tu. :D

      Delete
  14. Anak generasi Skr, apalagi mereka dah kenal gadget sedarj kecil, memang agak beda karakternya dengan zaman kita dulu kak ..

    Tapi saya termasuk tegas, anak2 memang hanya bisa pegang gadget Sabtu Minggu dan hari libur sekolah. Setelah itu tak boleh. Dan saya udh bilang ke mereka, kalo sampai mereka kasih tau ada tugas sekolah atau keperluan sekolah secara mendadak, misalnya butuh esok, baru bilang tengah malam, aku ga bakal bantuin. Itu salah mereka, jadi hadapi sendiri konsekwensinya di sekolah.

    Mungkin Krn dibilang gitu jadi takut, so kalo ada tugas mereka langsung bilang jauh2 hari 🤣

    Cantiiiik bantalnyaaaa. Walopun yg di atas terlalu pastel warnanya. Saya penggemar warna2 cerah, yg jreng kalo bisa 😄😄❤️. Ntah kenapa kalo melihat warna cerah, kesannya itu ceria dan hidup 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Fanny, anak-anak disiplin begitu. Harus tegas, ya.
      Oo.. Fanny peminat warna cerah. :)

      Delete