Runathon KL 243 km - Completed!

 Assalamualaikum dan hai semua..... 

Sibuk ke? Saya harap anda semua sihat sejahtera, dan segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.

Saya sambung cerita lari dan makan-makan saya, ye. Harap korang tak bosan la. Macam ni la saya ni. Lari je, kerjanya. Sebab lari buat saya happy. 😁💓🏃

Ahad, 25 Jun 2023 - Saya lari di Taman UTP (Universiti Teknologi Petronas), dekat Tronoh, bersama suami. Dia tak kerja, jadi lari di tempat jauh sikit, saja tukar angin. 

Larian 25 Jun, sejauh 8.35 kilometer. 

Lepas lari, ikut jalan jauh balik ke rumah, melencong ke Parit. Gambar saya ambil depan papan tanda I 💓 Parit. Lama tak singgah pekan kecil ni. Kami sarapan di gerai tepi jalan di Parit.

Isnin, 26 Jun 2023 - Awal pagi, sebelum subuh, sudah masak nasi goreng untuk sarapan anak-anak, merangkap makan tengahari sekali.


Lepas hantar anak sekolah, pergi lari bersama suami.

Larian 26 Jun sejauh 7 kilometer.

Lepas lari, pekena sarapan di kedai kopi 989. Kedai dia tepi taman Esplanade Lumut saja. Sebab tengok kedai sudah buka, apa lagi, kan. Sorang sebungkus nasi lemak daun pisang. Order pula seketul chocolate brownie, dan seketul scone, yang dihidang bersama butter, strawberry jem dan whipped cream. Feeling ala-ala di Cameron Highlands. Saya lupa saya pesan kopi apa. Tapi sedap la, makan sini, lagi-lagi lepas lari, kan. Perut tengah keroncong. Pehh.... 😋

Selasa, 27 Jun 2023 - Lepas hantar anak ke sekolah, lari di Teluk Batik.

Larian 27 Jun sejauh 7 kilometer.

Kucing comel tidur atas kereta. 

Rabu, 28 Jun 2023 - Hari Arafah. Saya tak puasa sunat pun. Perangai macam setan.

Cuti sekolah sempena Raya Haji

Ramai yang pulang ke kampung. Korang balik kampung tak, hari tu? Teruk jalan sesak yang balik ke pantai timur, kan. Ada yang sampai 27 jam dalam kereta. Pehh.... Kami tak balik, suami cuti 1 hari sahaja. 

Bukan saja di jalanraya, di pasar awam pun sesak juga, ye. Hehe.. sebab saya pergi pasar, beli daging, orang memang ramai hari Rabu sebelum raya ni. Ramai buat persiapan masak untuk raya, kan. Saya beli daging sekilo setengah. Balik, saya masak rendang. Ayam di pasar habis, ok.

Rendang daging raya haji 2023

Disebabkan ayam habis, saya dan suami pergi cari ayam di Lotus. Nasib ada. Beli 2 ekor. 

Riadah 28 Jun 2023

Saya lari pagi, sebelum pergi pasar, sejauh 5.15 kilometer.

Larian treadmill tu, sebenarnya saya berjalan dalam Lotus, cari ayam dan beli daun limau purut serta santan kotak. 

Petang hari Rabu, saya dan suami ke Ipoh, lari di padang Polo, sejauh 5.19 kilometer. 

Sekarang saya tahu kenapa orang Ipoh laju-laju. Sebab di taman rekreasi dia, ada bukit. Training bukit dia orang, bila riadah di Padang Polo. Syok betul tempat lari dia. Luas, ada banyak laluan boleh pilih. Ada orang jual laksa, ABC, cendol, dan lain-lain. Playground untuk budak-budak yang luas. Tempat bersenam disediakan. Tandas awam pun bersih. Padang Polo Ipoh adalah tempat yang best, untuk beriadah! Saya suka!

Singgah maghrib dan makan malam di Seri Iskandar.

Nasi goreng dengan telur dadar

Khamis, 29 Jun 2023 - Hari Raya Aidil Adha. Selamat hari raya, semua... seronok tengok kawan-kawan yang share ibadah korban masing-masing. 

Jumaat, 30 Jun 2023 - Lari semula, seperti biasa.

Larian 30 Jun, 9.3 kilometer.

Saya juga berjaya capai target 10 ribu langkah sehari selama 30 hari berturut-turut.

Alhamdulillah. 😊



Juga, saya berjaya habiskan cabaran Runathon. Jumlah jarak larian saya bulan Jun adalah lebih 250 kilometer. 


Walaupun ada masa 3 bulan untuk lengkapkan Runathon ni, tapi saya siapkan lebih awal, dalam masa sebulan saja. Alhamdulillah, atas nikmat lari. Lepas hantar rekod larian, tak lama tunggu, terus dapat sijil penyertaan. 

Sijil tamat Runathon KL 243 km

Rendang daging pun hampir habis. Saya tambah lagi satu lauk.

Kari ayam, dalam periuk.

Sabtu, 1 Julai 2023 - Masak mi goreng untuk sarapan.


Cuti rehat. Tak pergi lari. Dah sebulan lari hari-hari. Ada hari, pagi dan petang lari. Bagi kaki rehat.

Pada setiap 1 haribulan, saya akan timbang berat badan. Mari kita tengok...


Berat saya turun sekilo! Hehe... sekaligus, berjaya dapat BMI normal. Alhamdulillah. Walaupun atas pagar. Walaupun hanya 1 kilo. Tapi sudah ok, bagi saya, sebab saya memang tak kawal makan langsung. Hari raya pulak, kan. Makan rendang dan lemang dan nasi. Suka, suka! 😁

Sekian cerita dari 25 Jun - 1 Julai 2023. Highlight of the week, siap Runathon dan turun 1 kilo! Yay! 

Syukur Alhamdulillah. Bulan Julai, saya nak lari suka-suka je. Sudah tak perlu kumpul jarak lagi. Suka hati, nak lari banyak mana pun. 

Sekian. Jumpa lagi, ye. 

28 comments:

  1. Wow! Tahniah atas kejayaan-kejayaan Nur 👏🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie. :) Syukur, Alhamdulillah.

      Delete
  2. Tahniah
    Setiap hari dapat melarikan diri

    ReplyDelete
  3. masyaAllah , terliurr tengok kari dengan mee tu . haih ,, rajin betul eh lari lari .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga, Cik Idaa, ada hari, rasa malas juga.

      Delete
  4. Tahniah Nur! 👏🏻👏🏻
    Kita geng tak balik kampung raya haji hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Carneyz.
      Hehe.. cian kita, kan.

      Delete
  5. Wa best nyerr life lari2... Hahaha aduhai kita ni bila ntah tukar lofe jadi sihat sket.. Sama lah kita tak pose jugak alasan anak2.. Btw tahniah..

    ReplyDelete
  6. Saluuut kak, bisa konsisten larinya 👍. Tapi memang kalo sudah suka, payah utk stop kan. Kayak teman saya , paling suka olahraga beban, jadi tiada hari tanpa olahraga itu.

    Idul adha kemarin saya balik kampung suami di Solo, Jawa tengah. Naik mobil. Perginya lancar, pulangnya butuh 14 jam, yang seharusnya hanya 7 jam saja 😄.

    Tapi itu masih lebih lancar drpd saat idul Fitri beberapa tahun yang lalu, butuh 32 jam untuk sampai 🤣🤣🤣. Tidur di rest area pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Running tu addictive. Tapi kadang-kadang rasa malas juga.
      Wah.. macet teruk jalan masa idul adha ya.
      32 jam untuk sampai. Waduh...

      Delete
  7. fuhhh tahniah tahniah!!! akhirnya lengkap sudah runathon! terbaik!dah boleh tarik nafas lega sekejap

    dahsyat org sana. ayam pun boleh habis ya... ada offer ke masa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Anies. Hehe, betul, betul.
      Tak la. Dekat pasar tu, dia amik stok ayam segar tak banyak, kot.

      Delete
  8. Congratz kak!proud of u..hebat sungguh akak dapat siapkan task awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Afzan. Saje siapkan awal, nanti boleh rileks-rileks, tak perlu risau dah, homework tak siap.

      Delete
  9. Allah! Kita tergelak bab perangai macam setan tu, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, SK. Dah tua-tua, tapi malas nak kumpul pahala akhirat. Astaghfirullahalazim.

      Delete
  10. Bagus sudah lengkap larian.
    Hehe lengkap setiap hari tulis buat apq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Saya ada email aktiviti hari-hari, NA. Cuma tak sempat update di blog.

      Delete
  11. Rajin banget kakaknya olahraga lari..padahal butuh tenaga yg luar biasa..selamat atas pencapainnya

    ReplyDelete
  12. wah..congrats!! sgt konsisten, bagus betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, mummy Ayu. Alhamdulillah. :)

      Delete
  13. Alhamdulillah, tahniah dpt habiskan runathon & turun 1 kg...kat kuale pun ada padang polo tapi takde bukit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke? Saya baru tahu ni. Nanti satu masa, nak terjah padang polo Kuala Kangsar.

      Delete