Sarapan di PAKAR Manjung

 Sabtu, 8 Julai 2023 - Saya dan suami pergi sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR), Manjung. Tak pergi lari. Malas. 😁 

Walaupun agak ramai, tapi ada tempat duduk kosong. Sini, ada banyak menu boleh pilih. Macam-macam ada. Tepuk dada, tanya selera dan poket. Harga makanan di sini sangat berpatutan. Kita jalan-jalan, tengok apa yang nak makan, susun atur tempat penjual seperti di medan selera biasa. Kita buat pesanan, dan pesanan akan dihantar ke meja. Kena ingat nombor meja kita la, ye. Sorang kena 'chop' tempat, jaga meja. Boleh buat bayaran semasa makanan dihantar.

Mari tengok, saya dan suami sarapan apa.

Lempeng pisang

Lempeng pisang dia cukup rasa. Dihidang bersama sambal. Harga RM2.

Sizzling yee mee

Pagi-pagi sudah makan sizzling yee mee. Hehe. Ok la rasa dia. Harga RM8.

Nasi lemak

Nasi lemak daun pisang ni, suami yang beli. Harga RM1.50. Sedap rasanya.

Pulut inti

Pulut inti kelapa ni pun, suami yang beli. Harga RM4. Boleh tahan.

Seperti biasa, kami kongsi makan, jadi boleh rasa sikit-sikit semua makanan yang dipesan.

Bukan hari-hari saya sarapan di luar. Tengok keadaan, bila suami tak kerja atau pun dia kerja petang, bolehlah pergi sarapan sama.

Di PAKAR ni, sambil makan, ada persembahan buskers. Dibuka seawal jam 7 pagi hingga 10 malam. Kalau tengahari, ada menu nasi campur. Malam, saya tak pernah datang. Petang, pernah datang. Ada makanan western, mee kari, mee rebus, goreng pisang, macam-macam la. Banyak-banyak tempat makan di Manjung ni, di sini adalah yang paling murah, pada pendapat saya. Itu sebab orang ramai makan sini. 

Makan memang best. Pergi lari je, sedikit malas. Dua tiga hari ni, cuaca pula mendung, hujan di pagi hari. Bila pagi tak pergi lari, ingat petang nak pergi la. Tapi bila petang, nan ado... Hehe..

Waktu saya taip entri ni pun, gelap, cuaca dah nak hujan. 

Ok, jumpa lagi, ye. 😊

26 comments:

  1. alhamdulillah dah sekarang kerap hujan kan kak..cuaca pun dah tak panas macam haritu panas terik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Afzan. Betul. Sejuk sikit la, syok kalau selubung selimut, kalau hujan pagi-pagi. :D

      Delete
  2. Pulut inti kalau di tempat mbul namanya lemang tapai kak nur, sedap ada tapainya di atas ketan atau pulut...mienya kelihatan delicious sebab warna ga seperti mie pada umumnya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Lemang tapai.
      Hehe.. serupa mi kicap, tapi bila dihantar ke meja, mee-nya sizzling atau mendesis, baru diangkat dari dapur.

      Delete
  3. aah la pagi² dh mkn sizzling... lapar betul tu

    ReplyDelete
  4. Sesekali kalau lari dalam hujan best juga.
    Macam cerita hindustan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... takmo la, Wak. Sayang kasut, nanti kotor. :D

      Delete
  5. Ni namanya breakfast like a king 😃
    Syok hidup kalau dekat dengan tempat makan sedap dan banyak pilihan. Tak la bosan asik makan itu itu je, nak masak sendiri malas 😆

    Sekarang dah masuk musim hujan agaknya, Penang hampir tiap hari hujan. Sekarang ni pun mendung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Ujie ni, memahami betul orangnya. Saya suka! ^_^
      Ada ngeye, memang malas, masak sendiri.
      Best juga ye, dah masuk musim hujan. Sejuk je. Dok rumah layan movie, sambil selubung selimut, nikmat!

      Delete
  6. Sinipun malam hujan.
    Sekarang tengah hujan walaupun matahari memancar.
    Lama tidak makan pulut ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sejuk suasana bila hujan, kan.
      Saya pun sama, NA. Jarang orang jual pulut inti ni. Dulu-dulu ada.

      Delete
  7. Nasi lemak kalau di sini nasi uduk namanya...itu mie yg hitam kayak mie Korea kah ?pasti kenyang banget 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, nasi uduk.
      Rupanya memang nampak macam mee korea, yang namanya jjangmyeon (noodles in blackbean sauce) tu. Saya sendiri tak pasti, sebab tak pernah makan mee korea tu. Alhamdulillah, kenyang makan. :)

      Delete
  8. besarnya saiz pulut inti tuuuu kompem puas makan. biasa yg dijual secoet je pulutnya...sekali telan je dah habis hehehe

    ReplyDelete
  9. ingatkan pakar tu klinik pakar heheheh... rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nama singkatan, Dana, sebab nama betul dia, panjang. Pasar komuniti dan karavan. :D

      Delete
  10. romantiknya sbb suami isteri selalu makan di luar bersama2. sy n isteri jrg dine out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, Abe Kie. Makna isteri Abe Kie rajin memasak. Lebih jimat belanja. :)

      Delete
  11. Alhamdulillah ...kekalkan aktiviti makan bersama pasangan di luar untuk eratkan hubungan...sebab semakin berusia manusia...mereka perlukan insan yang boleh menemani mereka selalu hehehe

    ReplyDelete
  12. best, banyak pilihan makanan..sedap2 pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sedap-sedap, dan harga murah pulak tu. :)

      Delete
  13. Saya penasaran dengan lempeng pisang kak. Mirip dengan kue yg ada di Sibolga. Namanya seinget saya juga sama, tapi tak pakai saos. Makanya saya jadi pengen coba yg ala malaysia ini 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali Fanny datang Malaysia, boleh cuba cari, ye. Tapi, agak jarang jumpa orang jual.

      Delete