Ke laut sudah

 Sekarang ni, saya lari hari-hari. Sebab nak kumpul jarak. Sebabnya, adalah kerana saya telah daftar cabaran Fit Raya 300km. 

Fit Raya 300 km Runathon

Runathon ni, anjuran group Malaysia Woman Runners. Kumpul jarak larian dari bulan Februari hingga Mei 2024. Atau sehingga capai jarak 300 kilometer la, untuk bergelar finisher. Sebab saya masuk Fit Raya ni, untuk lawan rasa malas keluar berlari la. Bila kita sudah daftar, sudah bayar untuk baju, jadi nak tak nak, kita pergi berlari juga la. 

10 ribu langkah sehari, tercapai sudah 22 hari.

Kawan-kawan yang ada baca entri saya lepas-lepas tentu tahu, yang saya on diet. Tak makan nasi dan benda manis. Mula-mula memang ok. Tapi bila hari-hari keluar berlari, saya sudah rasa kurang tenaga. Ye, saya tahu, tak larat lari 10 kilometer, sebab tak makan nasi.

Rumusan larian Februari 2024

Di bulan Februari ni, saya sudah pun kumpul jarak sejauh 217.7 kilometer. Ini, untuk berlari. Tak campur jarak saya berjalan pergi pasar malam, pasar tani, dan lain-lain waktu yang saya ingat untuk simpan aktiviti. Hehe. Campur 5 kilometer la, lebih kurang, aktiviti berjalan.

Paling sikit saya berlari adalah 2 kilometer. 

Paling jauh saya berlari adalah 15 kilometer.

Saya mula daftar untuk Fit Raya pada 8 Februari. Sejak itu lah, saya mula kumpul jarak hari-hari.

Jumlah jarak lari campur berjalan adalah 223.87 kilometer.

Aplikasi Biib+ ada totalkan jarak lari dan berjalan sekali dalam rumusan bulanan. Kalau aplikasi Garmin, dia asingkan aktiviti berlari dan berjalan.

Bertabahlah saya, tolak malas ke tepi, demi Runathon 300 km ini.

Larian 26 Februari, 8.29 kilometer.

Larian 28 Februari, 6.2 kilometer

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, bila kita lari hari-hari, kita MESTI makan nasi. Carbo loading. Bagi saya sendiri, bila saya tak makan nasi banyak hari, saya boleh lari setakat 6-7 kilometer saja. Nak capai 8 kilometer pun, lidah sudah terjelir, macam berjalan di padang pasir yang tandus dengan kaki yang berat. Gitu....

Demi untuk mengumpul jarak, saya ketepikan dulu diet saya itu. Saya sudah makan nasi. Air manis pun saya minum, tapi saya hadkan kepada 1 gelas sahaja. 

Sarapan 28 Februari.

Sarapan semalam, saya makan roti bakar telur goyang 2 keping, bersama baked beans. Air white coffee panas kosong. 

3 scoops ice-cream

Tengah panas tu, nampak pula orang jual aiskrim, kan. Perasa durian pulak tu. Apa lagi, saya pesan campur perasa durian dan coklat. Hehehe... nikmatnya! 😋

Begitulah cerita saya, terpaksa ketepikan dulu diet no nasi, no air manis saya itu. Saya nak cuba habiskan jarak 300 kilometer itu, sebelum puasa. Insya-Allah. Wish me luck! Walaupun lambat lagi tempoh akhir, sampai bulan Mei. Saya malas nak bawa lama-lama. Nak fokus bulan puasa, untuk amal ibadat je.   

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

45 comments:

  1. dah nak habis dah...sikit lagi kak nur...hebat betul...
    tapi yelah, kalau dah berlari..boleh la makan nasi dan mnum manis sekadarnya..lagipun, kita berlari tu dah buang jugak kalori2 yg masuk tu...tak macam linda, kalori masuk je, tak keluar2... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat la, Linda. Slow-slow je.
      Hehe... mulai esok, kita puasa. Ada harapan turun berat, Linda. Asalkan tak membeli banyak di bazaar ramadhan. :D

      Delete
  2. salute u sista...
    Ammi nak dapatkan sebulan 150k steps pun jenuh (step berjalan je pun)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ammi.
      Ammi bekerja, jadi sentiasa bergerak. Ok sangat tu, 150k steps sebulan.

      Delete
  3. Terpaling hebat tu kak lari 15km. Saya tak boleh tinggal nasi, memang gigil. Mana yang patut kita kurangkan tu, kita kurangkan. Tapi pastu kita bakar kalori balik. Semoga berjaya mencapai 300km tu kak Nur. Pasti boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah.
      Alhamdulillah, dah capai target 300km. :)

      Delete
  4. Gak apalah , makan nasi dan minum air manis sesekali, apalagi jarak larinya cukup jauh, buat tambah tenaga, supaya sampai ke garis finish..selamat yaa

    ReplyDelete
  5. Keep it up 💪
    Takpe, mungkin boleh ambil nasi cuma kurangkan portion. Begitu juga air manis kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Puan Hazel.
      Ya, saya makan nasi, tapi pinggan suku-suku separuh, jika boleh. :)

      Delete
  6. Moga berjaya capai target ya Nur 💪🏼
    Makan pastu bakar kalori, takpelah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie. Alhamdulillah, sudah capai target 300km.

      Delete
  7. 300km?. Memang kena training untuk berjalan jauh juga ni supaya senang nak capai 300km tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Tapi buat jarak sikit-sikit asalkan konsisten setiap hari, pun boleh capai juga, Insya-Allah.

      Delete
  8. all the best utk 300km seblum puasa

    ReplyDelete
  9. All the best!!..kena ada karbo utk tenaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak nohas.
      Betul, saya setuju.

      Delete
  10. waahhhh 300km utk Fit Raya? bestnyaaa kumpul! terasa mcm nak join hehehe.. waduhhhh aiskrimmmmmmm!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya, boleh lagi join, Ana. Tarikh last register 15 Mac, tak silap akak. Search je group Malaysia Woman Runners di FB.
      Hehe.. sedap aiskrim, time panas.

      Delete
  11. semoga dapat capai sasaran 300km tu sebelum Ramadhan. U can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Abe Kie. Dah berjaya doh, capai 300km, Alhamdulilah.

      Delete
  12. ohhh yeahhh
    da sudah makan nasi
    hehehe

    ReplyDelete
  13. yaaa
    chaiyok chaiyok!
    boleh tuuuu
    sikit je lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Anies.
      Alhamdulillah, sudah lepas target 300km.

      Delete
  14. Hari tu dengar siapa tu pakar diet yg handsome tu, adoh, tetiba lupa nama dia. Dia kata, org yang exercise ni kena minum air manis utk tenaga lps exercise, tak salah. Semoga Nur sihat² saja menghabiskan misi larian tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, share pendapat pakar diet tu. Yang hensem tu, saya pun tak tahu apa nama dia, yang doktor tu ke, SK?
      Aminn... terima kasih. Sudah selesai misi larian 300km. Alhamdulillah.

      Delete
  15. Waaaa hebat sgt sgt.. inspiration sungguh ni.. nak lari lari jugak.. tapi tunggu leaps raya la hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. elok la tu, lepas raya, sambil makan ketupat rendang, boleh burn balik. :)

      Delete
  16. cayok2 ye kak, tgk tu awal lagi dh nak capai target 300km

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Dana. Akak slow-slow je.
      Alhamdulillah, sudah selesai, Dana.

      Delete
  17. Memang perlukan banyak tenaga. Takpelah makan karbo itu demi larian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Alhamdulillah, sudah selesai NA. Memang kena makan nasi, tapi saya ambil portion suku suku separuh.

      Delete
  18. Target 300 km ya Mbak, wah luar biasa Mbak...
    Baiklah Mbak, kesampingkan dulu diet nasi nya demi mencapai target itu.

    Semangat ya Mbak. Target pasti segera tercapai.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Pak Asa. Alhamdulillah, sudah capai target.
      Terima kasih, Pak.

      Delete
  19. Semangaaaaat kakaaaaak 💃🎉🎉🎉. Pasti bisaaaa lah 😘

    Kalo olahraga cardio seperti ini, dah pasti Karbo butuh. Tak ada Karbo masuk, energi simpanan macam lemak dan gula yg akan terpakai. Tapi tetaplah energi dari Karbo lebih bagus.

    Sebaiknya memang tetap makan Karbo dulu, tak harus nasi, saya pun lebih sering makan kentang drpd nasi. Yg penting selalu ada karbo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih, Fanny. Sudah selesai capai target. Alhamdulillah.
      Bagus idea tu, gantikan nasi dengan kentang.

      Delete