Menu Sabtu dan Ahad

 Sabtu, 20 April 2024 - Ada jemputan rumah terbuka Hari Raya.


Maka, ke Ipoh lah saya dan suami, memenuhi jemputan kenalan sejak zaman bujang. 

Tiga buah rumah, sebelah-menyebelah dalam satu lorong taman perumahan, buat sekali rumah terbuka. Makanan disediakan secara bergotong-royong, masak bersama. Sudah macam kenduri kahwin. Selain nasi minyak berserta lauk pauk, ada laksa, mee kari, bihun sup, buah-buah, roti jala, lemang, ketupat, rendang dan lain-lain menu raya. 


Saya ambil nasi dengan rendang tok, acar jelatah dan ayam masak merah. Satu round je makan. Tak ambil menu lain. Ruginya panggil kita orang makan. Rugi ke, untung? Rugi bagi kami kot. Untung bagi orang belakang, sebab banyak lagi makanan. Air pun kami tak ambil, sebab air manis belaka. Tak kisah la tu, makan banyak ke, makan sikit ke, cuma jangan ambil tapi tak makan habis, membazir namanya. Membazir itu amalan syaitonnnnn....

Eh, lupa nak cakap, ada kambing laaa....


Kambing bakar bersama salad. Sos black pepper. Syukur Alhamdulillah. Makanan semua sedap.

Terima kasih, tuan rumah yang menjemput kami. Dapat berjumpa dan bermaafan sempena hari raya Aidilfitri. 

--------------------------------- 💙💚💛💜-----------------------------------

Ahad, 21 April 2024 - Tak ke mana-mana, berehat di rumah. Sarapan pun kita panaskan lauk apa yang ada.


Sarapan makan menu raya, uolss... Ketupat palas dan lemang, dan rendang tok, kami beli di Pasar Sabtu Bota Kanan, hari sebelumnya. Tapi tak sempat nak makan, sebab nak pergi rumah terbuka, simpan perut kat rumah biar lapar. Jadi pagi Ahad baru panaskan, buat sarapan.

Selalunya, hari Ahad, hari gantung periuk. Tapi hari tu, saya masak juga, takut ada orang mai beraya tak bagitahu kan, merujuk kepada kawan anak-anak. Kalau depa mai, tak pa, ada makanan. Kalau depa tak mai, pun tak pa, kami makan sendiri.


Saya masak nasi beriani kari ayam Adabi. Ha, dulu yang menu viral tu, nasi beriani kari kambing Adabi. Tapi saya guna bahan yang ada di rumah la ye. Kari ayam Adabi yang ada, itulah yang saya masak.


Lauk kari ayam. Syukur Alhamdulillah.

Lari sikit, makan banyak. Apa kes ni... makanan yang ditunjuk dalam entri nampak sikit. Tapi tidak termasuk kuih raya dan kerepek yang setiap kali ke dapur, ambil sebiji, lalu je, ambil sebiji, tart nenas. Lagi sekali lalu, ambil sebiji, biskut coklat chips. Mood lari masih ke laut. Sabtu dan Ahad tak lari langsung. Hahaha...

Ok. Sekian perkongsian hari ini. Jumpa lagi, ye. 😊

34 comments:

  1. betul tu, ambik sikit2... ingt org di belakang... Alhamdulillah rezeki kan... biasanya ldy kalau pergi kenduri ldy bawa air sendiri yg dimaniskan dgn stevia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah macam tu, bawa air sendiri. Alhamdulillah.
      Akak pernah cuba stevia tu dalam minuman. Entah la Lady, tak kena dengan tekak. Itu yang minum air kosong je.

      Delete
  2. Sedapnya... bagus betul jiran2 gotong-royong buat majlis rumah terbuka. Dah macam kenduri kawen pulak. Tapi mesti meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah, Carneyz. Satu rumah, buat tahlil juga. Khemah pun besar.

      Delete
  3. Hahahah.. sy la tu, asyik buka botol kuih raya, amek sebiji, eh, sedap.. ambik lagi sebiji. Sy belum try lagi resepi viral beriani adabi ni. Yg sy ada buat beriani telur, tu pun dah lama, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sama kita. Masih mood habiskan kuih raya.
      Ha ah, time PKP dulu kan, orang sibuk buat nasi beriani guna produk dalam tin.

      Delete
  4. Sayapun begitu,kalau ada acara makan-makan,ambil secukupnya sajalah,mubazir jugak kalau tak habis tuh...saya nih..keluar masuk ambil kue raya, tiduran, baca buku,main hape...ambil kue lagi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sama kita. Hehe... kuih itu untuk dimakan, kan. :D

      Delete
  5. SA pun sama kalau makan kat rumah terbuka ni amik sikit2 so dapat rasa yg lain2..tp perut SA ni jenis kecik...cepat kenyang...rugi kalau bawak pi Buffet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la yek. Perut kecik macam kita. Rugi kalau pergi buffet, tak dapat makan banyak.

      Delete
  6. Menu yang super
    Saya suka kambing bakarnya ah
    kebetulan saya lagi tensi darah rendah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, orang darah rendah elok makan kambing ye? Saya pun tak tahu. :D

      Delete
  7. di tempat saya biasanya opor, lontong dan rendang
    menu lebarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jadi penasaran bagaimana rasanya opor itu.

      Delete
  8. eh Ana pun jenis perut kecik. tak boleh nak mkn banyak sekaligus.. kalau p open house ambik takat 1-2 jenis je makanan pastu kenyang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Ana. Kadang tu teringin nak cuba semua, tapi tak mampu masuk dah.

      Delete
  9. kambing bakar is a must kalau ada open house besar ni ;-)

    sedapnyaaa kari kambing
    dpt cicah dgn roti jalan fuhhh
    mantop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Alhamdulillah, lembut daging kambingnya.
      Saya tak sempat nak cuba roti jala. Sudah kinyang.

      Delete
  10. kalau macam i saya nak datang raya laa
    dapat makan beriani
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sudah habis hari tu, Anies. Lain kali Anies nak datang, saya masak, ye.

      Delete
  11. Hehe banyak juga daging kambing dalam pinggan
    Sayapun ambil makanan yang saya hendak dalam kuantiti sedikit. Kalau tidak cukup, sanggup bangun lagi untuk ambil lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya yang tolong ambilkan, NA. Tapi dia tak makan kambing.
      Kan, begitulah seeloknya.

      Delete
  12. ketupat palas dan lemang kelihatan menggiurkan sangad kak nur...mbul sangat suka lemang...tapi kalau lemang mbul biasanya makan dengan tapai ketan hitam...rasa manis asam segar dan hangat tapai tuh...terus ketupat palas lihatnya mirip lepet kalau tempat mbul...lebih gurih ketimbang ketupat karena rasa kelapanya lebih kaya...
    menu lain bikin mbul teguk liur juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Mbul suka makan tapai, ya. Enak banget.

      Delete
  13. Kita makan mana yang perlu je lah kan. Ambil buat rasa-rasa gitu. Elakkan membazir pun ye. Risau kalau ada tetamu datang tak bagitahu. Kelam kabut dibuatnya kalau tak sediakan awal-awal. Sedapnya ketupat palas dengan rendang tok. Rendang tok ni popular kat Perak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Fizah. Ye, Fizah. Orang lama pandai buat, rendang tok. Akak pun tak reti.

      Delete
  14. Kalau ajak ammi ber5 pun macam eh entahlah rugi ke untung. Yg makan beriya cuma suami dan anak no.2 je

    ReplyDelete
  15. Baguuus, lingkungan rumahnya masih erat dan kompak membantu ya kak.

    Tak ado jamuan raya di lingkungan rumah saya. Habis libur lebaran, langsung selesai idul Fitri. Ga ada lagi jamuan dan beraya 🤣🤣. Tapi memang di sini idul Fitri itu macam hari biasa aja. Paling meriahnya Hanya di raya 1&2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, gotong royong masih diamalkan di kejiranan.
      Oh, begitu. Kak Nur baru tahu ni. Raya pertama dan kedua saja meriah ya. Di Malaysia, open house sampai sebulan, Fanny. :D

      Delete
  16. Eh saya pun dah tak bisa makan banyak kak. Apalagi sejak rutin workout. Nasi secukupnya. Lauk pun begitu. Itulah kenapa tiap kali diajak makan dj restoran all you can eat, saya tolak. Krn rugi, saya cuma makan sedikit, tp bayar mahal sangat hahahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu. Mahal kan, rugi saja pergi kalau makannya sedikit.

      Delete