Bantal purple pink yellow

Isnin, 21 Ramadhan 1445 Hijrah. 

Rindu saya tak? Hehe... Lebih 2 minggu juga tak update blog. 

Mula tu, saya sakit kepala. Sakit kepala di bulan puasa agak seksa juga, sebab tak boleh telan ubat. Tahan je. Waktu sujud semasa solat, berdenyut-denyut rasa. Sakit di bahagian muka. Saya ingat, saya kurang air dalam badan. Bila hari saya sihat, dan selepas saya jahit cross stitch, sakit kepala tu pun datang. Saya perasan juga, mata jadi extra letih lebab ber-cross stitch ni. Lubang pada kain kecil sangat kot, mata kena kerja lebih keras. 

Saya pergi check mata di kedai cermin mata. Power spek bertambah. Buat spek baru. Itu yang saya tak update blog dan menjahit sementara tunggu cermin baru siap. Bagi mata rehat. Saya tanya optometrist tu, normal ke, tiap-tiap tahun kena buat cermin mata baru sebab power bertambah? Dia kata normal, lagi-lagi saya menjahit. Pembaca sekalian yang ada pakai cermin mata, korang berapa kerap kena tukar cermin mata baru kerana power bertambah?

Lagi satu, saya rasa sedikit kecewa kerana fikir, mungkin saya tak boleh jahit cross stitch lagi, kot. Faktor usia. Saya baru je mula projek baru cross stitch. Cross stitch adalah projek jahit silang pangkah yang saya suka, sejak dulu, tapi sudah lama tak buat. Banyak mengait saja. Jenuh juga kalau tiap-tahun tahun nak kena buat spek baru. Cermin mata bifocals, yang untuk rabun jauh dan dekat, bukan murah. Hai, entahlah.

Ok lah. Saya share hasil kait terkini yang baru siap. Meh tengok...

Tunjuk belakang dulu. Gemuk la dia ni...

Dari depan. Saiz bantal 43cm X 43cm X 10 cm

Ada butang pelbagai warna.

Sarung bantal boleh dibuka, untuk dibasuh. Ada bantal bahagian dalam, turut disertakan sekali.

Dari tepi.


Saya juga ada kongsikan bantal ini di page facebook saya. Kalau takde orang cekup dulu, Insya-Allah, bantal ini akan jadi salah satu hadiah hujung tahun kepada top pengomen di blog. 

Sekian perkongsian hari ni. Semoga kita semua sihat dan kuat mengharungi penghujung ramadan ini. Motivasi diri sendiri, untuk cuba buat lebih. Semangat, dan berusaha! 💪💪

Jumpa lagi. 😊

45 comments:

  1. PH baru setahun lebih pakai spek, so far masih okay dgn power yg ada.
    Comel bantal tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu. Setahun lebih, kira lama juga bertahan dengan power yang sama.
      Mekasih, PH.

      Delete
  2. Saya lama tidak buat cermin mata.
    Hehe betul cermin bifocal atau multifocal memang mahal.
    Cantik warni bantalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bestnya. Kalaulah saya tak perlu buat cermin mata tiap tahun, macam NA.
      Kann... sabor je la. Semua barang naik harga sekarang ni.
      Terima kasih, NA.

      Delete
    2. Mungkin guna bingkai lama tapi tukar cermin. Jimat sedikit duit. Lagipun bingkai kira masih baru kalau tukar setahun sekali.

      P.S: Selamat hari raya. Maaf atas silap kata sepanjang memberi komen.

      Delete
    3. Saya buat macam NA cakap. Guna bingkai lama. Tapi cecah seribu juga. Mungkin lain kali, saya buat reading glasses only.
      Selamat hari raya, NA. Saya pun sama. Maaf atas segala kesalahan sepanjang kita kenal di alam maya.

      Delete
    4. Rasa mata sudah kelabu juga. Mungkin kena pergi buat cermin mata baru.

      Delete
    5. Selamat. Semoga dipermudahkan urusan, NA. :)

      Delete
  3. rindu akak...saya biasa migraine sakit dia bahagian muka juga sebelah kanan..kadang tu setiap bulan kena migraine
    cantiknya bantal warna paddlepop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. rindu Afzan juga.
      Aduh, seksa ya, Afzan, bila kena migrain. Sama rupanya, sakit di bahagian muka.
      Mekasih, Afzan.

      Delete
  4. wah berseni tangan bole jahit kait2 tu...cuaca panas skarang mmg kalo sakit pale nyut2 lain macam

    ReplyDelete
  5. Comelnya bantal kait tu .gabungan warna pun nampak sweet

    ReplyDelete
  6. Saya tukar spek kalau spek patah je Kak Nur. Nak tukar setiap tahun macam tak jimat pulak. Sekali buat pun dah cecah RM500 kadang. Frame murah tapi tambah itu ini jadi mahal. Biasanya macam tu lah, bertambah je powernya.

    Mungkin sebab cuaca panas dan tak cukup air tu. Mata pun letih. Elok juga dapat rehatkan mata.

    Cantiknya hasil kerja akak. Kemas je. Kombinasi warna pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terduduk atas spek, ya? Hehe..
      Betul cakap Fizah. Mahal buat spek baru ni sekarang.
      Mekasih, Fizah. :)

      Delete
    2. Terduduk tu tak pernah tapi tertekan dengan tapak tangan pernahlah. Jenis ada nose pad, kalau tertekan jadi senget. Lepas tu tukar jenis plastik tahan lasak sikit. Tapi kalau tukar pun sebab power dah naik. Yang lama masih boleh pakai cuma kurang power dan bercalar je lah.

      Delete
    3. Oh, faham camana keadaannya.
      Gitu...

      Delete
  7. Mungkin tak boleh menjahit dalam tempoh lama, dalam sejam kena stop 10 minit dah tengok benda yang jauh, lebih bagus lagi kalau dapat lihat hijau pokok2 yang jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat Encik Faizal. Saya akan cuba buat. Jangan jahit lama, dan rehatkan mata tengok hijau pokok.

      Delete
  8. Cakep banget warna warni bantalnya😍sayapun pakai kacamata sudah 7 thn, sudah berganti dua atau tiga kali lensanya karena bertambah ukuran😩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih, Mreneyoo.
      Iya, kan, tak boleh elak, harus ganti lensa, sebab power bertambah.

      Delete
  9. Menggebu² rasa hati tengok bantal tu. Mungkin jugak faktor menjahit ni buat mata bekerja keras kan. Macam ibu sy dulu, lps dah tak brp nampak, dia berhenti menjahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bantal gebu gebas. Mekasih like page saya di FB ye, SK.
      Itu la, saya pun rasa macam tu. Bila tua, dah tak bole jahit, sebab tekanan pada mata. Itulah yang saya rasa.

      Delete
  10. rindunyaaaaa akak! wahhhhh cantik comelnya kombinasi color bantal tu!

    ReplyDelete
  11. Wow cute sangat kak nur ada pillow rajutan...warna manis dan pastinya comfortable tuk sandaran atau tidur

    ReplyDelete
  12. lady setiap setahun sekali kak.. huhuhuhu.. tahun ni je belum.. pernah tu setahun dua kali.. seminggu lepas buat spek baru, patah pula.. kene buat lain.. hangus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huu.. samalah kita. Setahun sekali, buat spek baru. Aduh...

      Delete
  13. Kakak tak nak lasik mata? Memang mahal, tapi jadi tak perlu pakai SPECS lagi. Saya lagi berpikir nak lasik lah ini. Beberapa teman saya lasik, dan hasilnya oke, jadi tak perlu pakai kacamata.

    Tapiii memang setelah lasik tetaplah jaga mata. Tak boleh baca sambil tiduran, baca di tempat cahaya tak cukup, dan saya rasa tak bisa juga terlalu lama menjahit, Krn akan kembali lagi minus mata.

    Skr ini saya masih pakai kacamata. Tp memang males cek, dah lama 🤣. Saya rasa pun dah bertambah power, cuma kacamata sekarang walo tak sejelas dulu, masih lebih okay drpd tak pakai 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modal takde, Fanny. Hehe.. lagi pun pembedahan lasik tu, biasanya untuk orang power banyak, spek-nya tebal gitu. Akak, spek biasa-biasa je, power tak banyak sangat.

      Delete
  14. Alahai...comelnyaaaa...gara- gara nak siapkan cross-stich dan kait, kena tukar cermin mata baru ye..harap lepas ni semua okey...

    ReplyDelete
  15. kombinasi warna yg menarik!
    saya sukaaaaaaa

    ReplyDelete
  16. ada benarnya
    bila usia meningkat
    daya penglihatan juga semakin berkurangan
    sy yg tak pakai spec ni pun
    terasa juga laa

    ReplyDelete
  17. akk power tk naik tapi silau naik...doktor suh tukar spek...huhu...ooo..sama design dgn bantal yg akk dpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, akak ada silau. Kena buat spek baru tu.
      Ye, kak. Cuma warna lain.

      Delete