Sarapan jauh dari rumah

 Selasa, 23 April 2024 - Tak pergi lari pun hari ini. Lepas hantar anak bongsu ke sekolah, saya dan suami pergi jalan-jalan cari sarapan.

Lajak sampai ke Capati Kari Kambing Bota. 😁


Suami ambil bihun goreng merah bersama sambal paru dan telur goreng mata. Saya ada kenangan manis dengan bihun goreng merah. Bihun goreng ada pelbagai rupa, boleh masak pedas, boleh masak ala chinese style, tapi bila saya lihat bihun goreng merah, saya teringat waktu saya makan masa saya kelas tadika MADA di Kangar, Perlis. Ada gambar dalam album keluarga. Saya makan bihun merah sambil kopek udang kecil. Dua-dua belah tangan saya guna, kopek udang. Hehe. Sekarang ni, kalau setakat udang kecil, dengan kulit-kulit saya makan. 


Saya pula pesan capati 2 keping, bersama kari kambing. Kari kambing dia pekat dan cukup rasa. Daging kambing pula lembut. Kalau order satu keping capati sahaja, memang tak cukup. Hehe..

Saya pernah tulis entri tentang kedai capati ini di sini dulu

Kadang tu, memang seronok bila encik suami off kerja, dan boleh jalan-jalan cari makan. Syukur Alhamdulillah. 

Anda suka makan capati? 

Orait. Jumpa lagi, ye. 😊

30 comments:

  1. akak cuba tanya en.suami akak dia pernah jumpa bihun goreng pink tak?hanya di kelate ada bihun goreng pink hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam pernah nampak la, Afzan, kat pasar ramadan sana, hari tu. Dia masukkan sos siam tu, kan. Alamak lupa plak nama sos tu.

      Delete
  2. Mmg suka capati, tp kalau ada tosei sy lebih prefer tosei

    ReplyDelete
  3. Sekali-sekala jalan-jalan luaskan pemandangan kan :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ha ah. Itu la, nasib baik tak sampai ke Ipoh terus. :D

      Delete
  5. Saya pun jadi teringin hendak makan capati dengan kari kambing seperti yang Nur cerita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lain kali kak Amie turun Malaya, lajak jauh sikit dari Seri Iskandar, boleh singgah sini. :)

      Delete
  6. Sedap bihun makan dengan sambal. Kalau udang kecil kulit lembut okay lagilah nak mengunyah. Saya kurang sikit capati ni. Rasa pernah makan sekali dua je kot.

    ReplyDelete
  7. paling suka masakan olahan dari paru saya

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try capati
    biasanya cari roti canai aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula dah lama tak pekena roti canai, Wak.

      Delete
  9. Itulah perasan kalau suami Puan Nur cuti, suami akan teman lari atau pergi cari makan.
    Saya susah lama tidak makan capati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Hari dia tak kerja la, boleh pergi dating, NA. :D
      Takde orang jual capati ye, sana?

      Delete
    2. Ada kut orang jual tapi bukan saya pilih. Lagipun masuk kedai jarang jumoa menu ini.

      Delete
    3. Oh, ok. Memang tak banyak kedai melayu jual capati. Mamak ye la, ada, itupun ada masanya, kan.

      Delete
  10. X pernah jumpa bihun pink...SA ni ntah bila la nak start berlari...badan naik dh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu boleh, SA. Ajak suami sekali.

      Delete
  11. kalau udang ngn ketam mmg bercinta makannya.. kopekkan untuk anak2 lagi, kopekkan untuk diri sendiri lagi... maka nk mudah mkn jer ngn kulit2.. buat ubat :P

    ReplyDelete
  12. Capati dah lamaa sangat makan, jujur agak lupa rasanya.

    Sama kak, kalo sebatas udang kecil biasa dengan kulit saya makan. Tp udang besar barulah kupas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Fanny datang Malaysia, boleh cuba cari capati ya.
      Ye la Fanny, yang besar tu, kulit keras. Cekik la, makan. :D

      Delete
  13. weekend ni ada gak terasa nak makan roti bakar cicah kari kambing dekat ampang tapi bila bangun pagi kepala berdenyut2 terus tak jadi. Sedap pulak nengok kari kambing tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa, ye ke.. Sian Carneyz. Semoga Carneyz semakin ok ya. Bangun pagi sudah sakit kepala, susah juga.
      Memang sedap kari kambing, pekat, cukup rasa.

      Delete
  14. Saya blom pernah makan capati 😁sulit ketemu makanan India di tempat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu. Capati yang saya makan tu, dibuat oleh orang Melayu, Mreneyoo. Capati orang India, rasa lain sikit. Sama macam roti canai, di restoran mamak rasa lain, di restoran melayu, rasa lain. Tapi keduanya enak. Hehe..

      Delete