Sehari sebelum

 Isnin, 22 April 2024 - Lepas hantar anak bongsu ke sekolah, saya dan suami pergi jogging di Padang Astaka, Sitiawan.

Jogging Isnin, sejauh 5.08 kilometer.

Lepas berlarian, kami balik rumah sekejap, ambil anak kedua, hantar dia ke gym, dengan kawannya. 

Kemudian, saya dan suami pergi sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan, Seri Manjung. 


Saya makan mee rebus daging. Suami makan bihun goreng separuh, nasi goreng separuh, bersama sambal. Ada kelihatan sedikit dalam gambar di bawah, sarapan suami. 


Pisang dan keledek goreng, cicah sambal kicap, kami share makan.

Anak kedua belum habis lagi bersenam di gym. Sementara nak tunggu dia call suruh ambil, kami pergi mengopi, di 989 Kopi, Lumut.


Kami sama-sama pesan kopi o tanpa gula. Cuma suami kopi ais, dan saya pesan kopi panas. Di samping itu, kami pesan kek coklat sepotong.

Kopi dan kek.

Hari yang baik. Cuaca yang cerah. Syukur Alhamdulillah.

Padang di mana kami pergi jogging awal pagi itu, itulah padang di mana helikopter TLDM berlepas dalam membuat latihan sempena sambutan ulangtahun dan perbarisan Hari TLDM ke-90, tetapi 2 buah helikopter telah berlanggar di ruang udara dan terjatuh di pangkalan TLDM keesokan harinya, Selasa.

Seramai 10 mangsa telah terkorban dalam nahas helikopter tersebut. Saya sudah biasa melihat helikopter TLDM terbang di udara, dalam formasi berbaris, kadang ada 4 buah helikopter, kadang ada sampai 6 buah helikopter. Biasanya waktu sedang sidai kain di belakang rumah atau sedang siram pokok, boleh nampak helikopter melintas ruang udara rumah.

Memang terkejut apabila menerima berita esoknya, tentang nahas helikopter tersebut. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat. 

Sesungguhnya hanya Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui akan sesuatu yang berlaku. Sebagai orang biasa, saya pernah juga terfikir yang bukan-bukan, sebab kadang bunyi kuat, bila helikopter terbang agak rendah atas rumah. Tapi sudah biasa, jadi tak sangka benda ini boleh berlaku. 

22 comments:

  1. Semangat bila ada partner sama² jogging kan. Anak anak pun taknak kalah, pergi gym juga. Nampak sedap mi rebus daging tu. Banyak rencahnya. Lama pulak tak makan keledek goreng.

    Inalillahi wainailaihi rajiun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Kalau lari sorang, lemau juga rasa.

      Delete
  2. Tetiba saya teringin nak makan mi rebus😅

    ReplyDelete
  3. Kalau aktifitas lari ada kawannya jadi semangat ya sis...sarapannya enaknya kebangetan..saya belum sarapan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, Mreneyoo. Kalau sorang, malas saja mahu keluar berlari.
      Hehe..

      Delete
  4. sedapnya mee rebus daging tu, terigin nak cari yg sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, yang dekat sini, orait juga la rasa dia.

      Delete
  5. kat atas rumah sy ni pun kdg2 ada helikopter terbang rendah. Risau gak takut jadi apa2.

    ReplyDelete
  6. Wah kopi, saya suka banget
    Kalau saya suka kopi panas
    Semoga diberikan ketabahan, yang lagi mendapatkan ujian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, penggemar kopi panas. :)
      Insya-Allah... amin..

      Delete
  7. Senang aktivitas lari ada suami menemani ya Kak Nur...mbul belum paham apa itu keledek goreng...melihat sepotong cake coklat dekat kopi o tanpa gula kelihatan sweet enak...Mbul suka juga tuh mee rebus..tapi kalau pake daging sapi belom pernah coba kak nur...next time sepertinya boleh juga pakekan keratan daging sapi dan sawi hijau as garnish hihi

    ReplyDelete
  8. Wah rajin anak ke gym…buat badan ye bang ngah?

    ReplyDelete
  9. Seronok lepas lari pergi makan dan minum kopi.
    Itulah ajal tidak pasti bila dan cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Lepas bakar kalori, pergi tambah kalori semula, NA. Hehe..
      Kan... kuasa Allah.

      Delete
  10. Cake dan kopi O, memang serasi lah 😄😄👍.

    Tuhlaah, saya pun sedih dengar berita ini. Sampai juga ke media Indonesia. Sedih sangat keluarga yg ditinggalkan pastinya, secara mendadak pula 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny. Kita yang bukan family pun turut rasa kehilangan.

      Delete