Tanaman saya dan masak apa hari ni

 Isnin, 7 Ramadhan 1445 Hijrah.

Hari ni, saya share sikit pokok-pokok yang saya tanam di rumah hijau saya, ya. Saya ni, baru nak berjinak-jinak menanam sayur. Kebanyakan benih pokok yang saya beli, adalah dari pasaraya, juga kedai Eco 2.40. Ada yang tumbuh, ada yang dah lama kita semai, tak tumbuh-tumbuh. 

Tomato

Contoh macam benih pokok tomato yang saya beli, semua tak ada yang keluar jadi pokok. Tak tahulah sama ada benih lama sudah expired ke, atau apa. Saya ada tengok cerita Jepun bertajuk Little Forest. Dia makan tomato yang sudah masak, kemudian dia campak je kat tanah, boleh tumbuh jadi pokok. Sebab benih yang saya beli semua tak menjadi, saya pun ikutlah style movie Jepun tu. Betul, boleh tumbuh. 

Tomato mula tumbuh.

Saya letak satu slice tomato yang ada biji atas tanah. Kemudian siram. Selang sehari dua, sudah naik seperti dalam gambar atas. 

Biar dia tumbuh besar sedikit. Saya siram 2 kali, pagi dan petang, sebab sekarang cuaca panas. Saya juga ada masuk group bercucuk tanam di fb. Dari group tu, saya baca, kalau anak pokok, orang kata jangan tunggu lama untuk asingkan. Sebab nanti akar dia berselirat di bawah, susah nak asing. Sebab bila kita semaikan, biji tomato tu dekat-dekat antara satu sama lain. Semua tumbuh pula tu. Lebih kurang batang anak pokok tu setinggi 4 cm, saya pun pindahkan ke pasu individu.

Anak pokok tomato

Bila kita sudah asingkan, bukan semua menjadi. Maksud saya, hidup. Sebab halus sangat batangnya. Jari kita besor. Dari banyak-banyak, dapatlah beberapa anak pokok yang hidup segar. Itu pun, kita tengok lah dia jadi besar ke tak. Hehe.. 

Butterhead Lettuce (salad)

Ha, yang ni, elok benih dia, saya beli dari kedai Eco. Halus-halus je biji benihnya. Saya ambil sejemput, saya taburkan atas tanah. Siramlah seperti biasa. Elok dia naik.

Pun sama macam tomato, saya tunggu dia besar sikit, barulah saya pindahkan ke pasu satu-satu.

Baru pindah ke pasu individu

Masa dia tumbuh banyak-banyak satu tempat tu, saya guna jari untuk korek. Sebab jari kita boleh rasa akar anak pokok tu. Kalau saya guna penyeduk tanah atau small shovel, takut kita terkerat akar dia di bawah. Agak fragile dan delicate kerja-kerja memindah anak pokok ke pasu individu. Itu saya boleh berhabis sampai 1 jam buat kerja di rumah hijau ni. Suami cari saya satu rumah tak jumpa, rupa-rupanya saya duduk belakang rumah, buat kerja ni ha. 😁 Tapi sekarang dia dah tahu, kalau saya takde dalam rumah, saya ada di belakang ler tu, bercucuk tanam. 

Pasu individu pulak saya tulis. Macam orang ye. Maksud saya, satu pokok, satu pasu. 

Mula tumbuh daun baru.

Seronok bila tengok daun baru keluar. Dari 3 daun, jadi 5 daun. Makna, dia tumbuh ler tu. Kalau anak pokok tu tak jadi, kita boleh tahu bila kita siram, dia senang tumbang. Kita repair-repair gembur tanah bagi dia hold pun, dia nak juga tumbang. Rasanya dia tak tumbuh ler tu. Gagal masa proses pindah ke pasu. Takpe la. Gagal itu biasa. Cuba tanam dan gagal, kita belajar benda baru. Mana kita silap.

Kacang botol / Winged bean / kacang botor

Pokok kacang botol ni, biji benih dia agak besar. Jadi, saya takde lah semai dia dekat-dekat. Satu kotak, satu je anak benih saya letak.

Masa anak pokok.

Ni pun, bila kita semai 6 biji benih, bukan semua enam-enam jadi anak pokok. Tak tahulah di mana silapnya. Sebatang dua je yang tumbuh. Standby la kayu ke, buluh ke, sebab kita sudah sedia maklum yang kacang botol ni, adalah tumbuhan menjalar.


Saya letak batang buluh. Pokok ni pandai, bila ada buluh tu, dia pandai lilit sendiri, tumbuh ke atas, cari cahaya matahari. 


Saya sudah standby tali di bahagian atas, dalam gambar di atas, tidak kelihatan talinya. Lebih kurang macam ampaian, supaya pokok kacang botol ni boleh menjalar atas tali pula. 

Petola

Ler.. saya takde pula ambil gambar pokok petola masa dia kecik. Biji benih dia pun agak besar juga. Cepat dia tumbuh. Daun dia lain macam sikit. Ini pertama kali saya cuba tanam pokok petola. Dah terbayang-bayang, sedapnya masak sup tumis petola letak suun, sayur fucuk dan bebola ikan. 😋

Dah besor panjang, baru ambik gambar dia.

Ada 2 pokok petola yang tumbuh besar setakat ini.


Pokok petola ni, ada sulur paut. 


Tidak seperti pokok kacang botol yang melilit batang buluh dengan batang lembutnya, pokok petola ada sulur paut yang bantu pokok cari tempat menyokong untuk menjalar dan terus membesar. Macam tangan yang cari tempat untuk berpaut.

Cili padi

Yang ini, sama macam pokok tomato. Saya ada benih pokok cili padi yang dibeli di pasaraya, tapi bila disemai, semua tak menjadi. Last-last, saya guna biji cili padi dalam peti ais, yang sudah kecut, barulah dia tumbuh jadi pokok.


Itulah tanaman yang saya tanam di rumah hijau setakat ini. Kalau ada rezeki, bolehlah merasa jika pokok-pokok ini keluarkan hasil. Jika tak pun, saya anggap ia sebagai proses pembelajaran. Kena rajin siram. Kenapa tak guna kaedah hidroponik, untuk pokok salad tu? Sebab saya gunakan barang yang ada di rumah sahaja. Belambak pasu peninggalan orang tua. Kalau guna hidroponik, kena beli set dia lagi. 

Ok la. Kalau ada perkembangan lagi, saya akan kongsikan nanti-nanti, ya.

Masuk hari ni, sudah seminggu kita berpuasa. Cepatnya masa. Saya dah masak awal hari ni. 

Cancaru sambal hijo.

Hari tu, brader yang jual ikan keli tak datang pula, kat pasar. Jadi, saya carilah ikan lain. Ikan cencaru pun bolehlah. 

Korang masak apa? Ke, beli juadah berbuka di pasar ramadan je?

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

56 comments:

  1. Salam bertani
    Semoga menjadi tanamannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bertani, Wak. :)
      Aminnn... mekasih, Wak.

      Delete
  2. Semoga ianya cepat membesar...tangan sejuk Nur ni...kalau SA yang tanam semua mati

    ReplyDelete
  3. wah semoga membesar dan menghasilkan tanaman yang elok ,

    ReplyDelete
  4. betul tu gunakan je apa yg ada

    ReplyDelete
  5. Menjadi juga tanam.
    Mungkin makan lebihan yang ada dalam peti sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA.
      Ye, kena guna benih sendiri juga, dari lebihan yang tak guna tu.

      Delete
  6. Ammi kalau weekdays from monday to thursday husband yg masak. Jadi jangan komplen makan je dendiam.

    Setakat ni masih belum membeli lauk di bazar. Takat beli kuih 2-3 bekas adalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. untung Ammi. Husband rajin masak.
      Hebatlah, tak beli lauk tunjuk. :)

      Delete
  7. Cukup beragam juga yg di tanam benihnya .ada yg jadi ada yg tidak, menarik mengikuti proses tumbuh dan kembang si benih, tinggal menunggu panen saja😁..sore ini saya ada masak sedikit, nantilah buat postingan besok-besok hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Mreneyoo. Gitu lah. Adat menanam, ada yang menjadi, ada yang tidak. Rajin Mreneyoo memasak. :)

      Delete
  8. rajinnye akak tanam.. semoga membesar dengan sihat dan berbuah gemuks..

    ReplyDelete
  9. Senang mengamati pertumbuhan tanaman dari bibit hingga day per day tinggi ya kak nur...lettuce sih Mbul suka banget ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benar, Mbul. Rasa seronok melihat tumbuhan yang kita tanam membesar. Akak pun suka lettuce, Mbul, tu pasal akak tanam. :)

      Delete
  10. Wah wah senangnya bisa menanam sendiri semua bumbu untuk memasak 😁
    Bisa menghemat uang belanja.

    ReplyDelete
  11. mcm2 tanaman tu....nanti dpt tuai hasil jimat

    ReplyDelete
  12. Mudah-mudahan tumbuh elok semuanya dan dapat tuai hasilnya 🤲
    PH pernah bela pokok tomato sampai berbunga dah, tup² layu dan mati. Bukan rezeki :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... tima kasih, Puan Hazel.
      Tomato memang cerewet sikit, dari pembacaan saya. Teruskan mencuba la, tanam semula, mana tahu, ada rejeki. :)

      Delete
  13. sikit sikit lama lama boleh bukak pasar tani
    👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  14. hahaha dah siap boleh bayangkan sup tumis petola tuuu
    jgn lupa jemput sy skali🤣🤣

    ReplyDelete
  15. semoga tumbuh subur, pokok2 semua...tak sabau nak tgk buahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... mekasih, kak nohas. Saya pun. Hehe..

      Delete
  16. Saya tuh teringin nak tanam cabe rawit atau Chili padi istilah sana kak. Soalnya harga cabe rawit naik tinggiiiii di sini. Pusing lah, Krn saya suka pedas kan. Jadi makan tanpa cabe macam tak best 🤣.

    Nantilah nak cari tahu dulu cara tanamnya, dan supaya tak kena hama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanamlah, Fanny. Boleh jimat belanja dapur sikit.
      Kalau tak mahu kena hama putih tu, orang kata, siram pokok cili dengan air basuhan beras.

      Delete
  17. lepas ini belanja semakin jimat bahkan boleh generate income...ternyata hobi yang lebih berbaloi jadi blogger hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... mudah-mudahan, Encik Hanafi. Senang, tak perlu beli lagi, kalau nak masak. Itulah cita-cita saya.

      Delete
  18. Terbaik ni Nur, rajin bercucuk tanam. Setuju, kalaupun tak keluar hasil tapi kita dapat kemahiran baru.

    Saya ada dapat set hidroponik, tapi nak tunggu habis musim panas kemarau di sini baru mula menanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie. Memang cita-cita saya, nak makan hasil dari apa saya tanam dan ternak. :)
      Wah, dah ada set hidroponik. Senang Ujie, nak tanam sayur.

      Delete
  19. wAH seronoknya bila apa yang ditanam menjadi

    ReplyDelete
  20. berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya. cuma sy yg malas nak berkebun. nanti la lps raya nak start balik.

    ReplyDelete
  21. Bagusnya Nur, rajin sungguh. Sy terbayang kalau sy la nak korek satu² anak pokok tu, memang tak tahulah berapa lama bertahan. Baru sy tahu macam mana rupanya kena asingkan anak pokok tu, ingatkan lepas semai, biar dia terus hidup, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh biar, SK. Nanti dia tumbuh rapat-rapat, pokok tak besar dengan baik, persaingan sengit antara deme.

      Delete
  22. bila dpt liht hasilnya kegembiraan kepuasan utk diri kan. seronok bertani walau hanya tepi rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cik Nor. Yang merasa je, tahu seronok bercucuk-tanam ni.

      Delete

  23. Mesti puashati bila tengok apa yang ditanam menjadi. Kiranya tangan Nur ni tangan sejuk hidup bila bercucuk-tanam.
    Kalau Mrs. A berdasarkan pengalaman susah nak hidup bila menanam tu huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Takde la, Mrs. A. Saya tanam pun, ada juga yang tak menjadi.
      Hehe... kalau tak hidup, kita cuba lagi.

      Delete
  24. Tomato macam paling senang tanam dan tumbuh. Semoga berhasil semuanya tanaman akak. Best nanti dapat makan sayuran fresh petik dari pokok. Saya masih amalkan masak yang ringkas-ringkas je. Tak pergi Bazar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih, Fizah.
      Baguslah Fizah ni, rajin masak. Homecooked meal is the best, walaupun masak simple.

      Delete
  25. salam kak.. ape khabar pokok tomato akk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok tomato akak sedang membesar dengan sangat perlahan. Hehe...

      Delete
  26. Apalah perkembangan pokok-pokok Puan Nur sekarang? Jangan lupa kongsi lagi dalam pos akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak perkembangan, NA. Nanti tunggu pokok besar sikit atau keluar hasil, saya akan share, Insya-Allah. :)

      Delete