Pergi kenduri

 Sabtu, 24 Februari 2024 - Dapat jemputan ke kenduri kahwin cucu Aunty Bada, Nurin. Saya sudah kenal Aunty Bada sejak kecil, kerana Aunty Bada adalah kawan baik arwah Mama saya. 

Jemputan kahwin Nurin dan Haqimi.

Satu sekolah dulu, Mama dan Aunty Bada. Kalau belek album lama, ada banyak gambar hitam putih, mama dan Aunty Bada berdua. Orang dulu seksi tau, pakai skirt pendek je. Hehe..

Jemputan dihantar melalui whatsapp, dari Kak June, iaitu emak kepada Nurin. Turut dijemput seisi keluarga, tapi kakak sulung saya tak dapat hadir, kerana pergi naik gunung. Kakak tengah ada di Sarawak. Papa pula last minute tak dapat turun Lumut kerana makcik kurang sihat. Nampaknya, saya seorang je la jadi wakil, pergi kenduri. Suami saya sebab hari Sabtu, dia time-out kejap dari ofis (dia kerja shif pagi), untuk teman saya ke kenduri.

Pagi Sabtu tu, anak kedua tiada kelas tambahan. Suami pula sudah masuk kerja awal. Lepas Subuh, saya pun pergi berlarian dulu.

Larian Sabtu lepas, selama 2 jam, dapatlah 12 kilometer.

Panas bebenor cuaca sekarang yek. Rasa macam nak lari bawak payung. ☂

Balik jogging, siram pokok, mandi wangi-wangi, terus bersiap nak pergi kenduri. Saya ni memang. Walaupun dalam kad jemputan kata, makan mula pukul 12 tengahari, pukul 11.30 saya dah bertolak dari rumah. Tak jauh pun, lokasi kenduri adalah lorong belakang rumah saya saja. Hehe... ada satu rumah di lorong belakang ni, selalu orang sewa sebagai venue kenduri kahwin. Rumah cantik. 

Baju kurung dah gosok hari sebelumnya. Hari tu, masa saya kemas bahagian belakang rumah saya, saya terjumpa kasut kerja saya dulu. Peh... cuba korang bayangkan ye. Kejap, saya nak kira. Saya berhenti kerja masa mengandung anak kedua. Anak kedua sudah 18 tahun. Maknanya, sudah lebih 18 tahun tau, kasut ni, duduk dalam kotak belakang rumah. 😂 Kasut Hush Puppies, yang saya beli semasa saya kerja di KL dulu. Beli di KLCC. Saya tengok kasut tu masih dalam keadaan baik, cuma berhabuk. Jadi, saya lap dengan wet tissue luar dalam, dan saya keringkan dalam rumah saja. 

Masa saya nak sarung kasut tu keluar rumah, saya cakap pada kasut tu, "Tolong jangan cabut tapak ye". Hehe.. biasalah kan, kalau kasut kita lama tak pakai, memang tapak dia selalu tercabut. 

Jalan kaki nak pergi kenduri, bawak payung.

Suami saya yang tangkap gambar saya, dia kata, saya jangok. (Dialek Kelantan, bermaksud cantik). Hok aloh, terus kembang bontot saya, Tak percaya, sila tengok dalam gambar di atas. 😂 

Elok kasut tu ha, takde tertanggal tapak. Selamat sampai ke lokasi kenduri kahwin.

Seronoknya, sudah lama tak jumpa dengan family Aunty Bada. Aunty Bada je, saya selalu nampak, sebab dia selalu naik basikal pergi mengaji. Mak pengantin, Kak June, walaupun tinggal di Lumut juga, tapi jarang sekali jumpa. Anak kedua Aunty Bada, Yaya pun, baru dapat jumpa semula, sebab sebelum ni, Yaya tinggal di KL. Anak Kak June yang bongsu, Mamat, tua setahun dari anak sulung saya. Dulu, waktu kecil, masa arwah Mama masih ada, selalu pergi rumah Aunty Bada. Ada gambar anak sulung dan Mamat dalam album. Jumpa satu keluarga, sembang sekejap. Kak June dan Yaya cakap, kurusnya saya. Ye la, dia orang last sekali jumpa saya, masa anak-anak saya kecil lagi kot. Masa tu, memang badan saya obese. Lepas tu, Aunty Bada jemput makan. 

Saya dan suami pun apa lagi, marilah kita. Makcik-makcik geng marhaban saja yang sedang menjamu selera waktu tu. Kira kami ni, antara yang terawal tiba. 

Hidangan ada nasi putih, nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam, masak lemak ikan masin bersama nanas, buah oren. Air ada air sarsi dan sirap. Saya ambil juga air sarsi. Walaupun sekarang tengah diet, tak minum air manis. Rasa sikit.

Apa yang saya makan.

Sedih tak tengok apa saya makan masa kenduri? Tak ambil nasi sebab diet. Ambil lauk je. Makan oren dulu, 2 ulas. Bagus juga idea letak kertas atas pinggan. Jadi, tak perlu basuh pinggan bila kenduri selesai. Sudah serupa makan di kedai makan pula. Hehe. Makan banyak ke, makan sikit ke, tak penting. Lebih penting, kita memenuhi jemputan orang yang menjemput kita, ye. Suamiku yang sedang bekerja pun, sanggup keluar officenya, demi makan nasi kenduri. Dia ambil nasi, dia kata, rugi ler, tak makan nasi, bukan selalu orang jemput makan kenduri. Ya, ya. Baik, baik.

Saya makan sekejap je, kurang dari 10 minit. Pengantin dijadualkan sampai pukul 1. Nampaknya, tak dapatlah tengok pengantin, ya. Takpe, kita jumpa keluarga pengantin pun dah rasa cukup happy. 😍

Ada pencuci mulut seperti pelbagai jenis tepung talam, ada warna hijau, ada warna coklat, ada puding kelapa campur koktail, tak silap. Pun saya tak ambil juga. Tak boleh makan benda manis. No, no. I am on diet. Kita harus KUAT! 💪💪

Lepas tu, kami pun minta diri dulu la. Lepas salam kaut dengan Kak June, ambil gambar lah sekejap dengan keluarga Aunty Bada, sebagai kenangan.

Saya dan Yaya.

Waktu sekolah menengah dulu, saya pernah pergi kursus motivasi dengan Yaya, anjuran entah, dah lupa la. Hasil pakatan mak-mak kami la dulu, time cuti sekolah je, hantar anak pergi summer camp. Dia orang tengok anak-anak malas belajar kot. Dulu kecil je. Dah tua dah sekarang. Siapa tua? Kitalah yang tua. 😂 

Dari kiri, Nana (anak kedua Kak June), Kak June, saya, Yaya dan Aunty Bada.

Alhamdulillah. Saya tumpang seronok tengok Aunty Bada masih sihat, dapat tengok hari bahagia cucu sulung. Semoga Nurin dan Haqimi kekal bahagia hingga ke jannah. Amin... Saya salute dengan Kak June, sebab Kak June seorang ibu tunggal yang berjaya membesarkan 3 orang anak. Masa suami Kak June meninggal, anak bongsunya Mamat, masih kecil lagi, belum sekolah lagi. Seronoklah, dapat jumpa keluarga Aunty Bada. Walaupun sama tinggal di Lumut, tapi sebab kesibukan bekerja dan sebagainya, langsung tak jumpa bertahun-tahun.

Cenderahati buat tetamu. 

Dapat bunga telur, dan tuala kecil. Dah lama pergi kenduri tak dapat bunga telur. Selalu sekarang, orang bagi kek, cookies atau gula-gula je. 

Orait. Sekian cerita saya pergi kenduri. Cuti sekolah ni, korang pergi cuti mana-mana ke? Anak kedua saya baru selesai kertas Kimia hari ni. Kertas terakhir peperiksaan SPM dia lusa, iaitu Asas Kelestarian. 

Jumpa lagi, ye. 😊

48 comments:

  1. takde pergi mana pun cuti...anak2 je cuti, mak tak cuti...duit kena simpan, nak masuk sekolah, nak raya lagi...hihihi
    bila lah boleh kuat macam kak nur nie..nak kurus jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Linda. Nak pakai banyak duit kan, anak-anak nak naik sekolah dan nak beli baju raya lagi.
      Nanti bulan puasa, ada harapan kurus, Linda. Hehe.. semoga berat tak naik semula time raya. :D

      Delete
  2. sekali sekala jangok saya pun terpegun tengok akak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembang kempis lubang hidung akak baca komen Afzan ni. :D

      Delete
  3. Hebat kak berlari 2 jam 12 km tu...Dah biasa rasa kejap je kan. Ye, memang cantik kak Nur. Betullah kata suami akak tu haa.
    Amek sesenduk nasi kira boleh lah kan. Kenduri zaman sekarang susah dah nak jumpa bunga telur. Kalau dapat tu rasa seronok pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap kejap, tengok jam juga, Fizah. Bilalah nak habis 2 jam ni.
      Terima kasih. Malu akak. Alhamdulillah.
      Boleh sesangat, Fizah. Betul, jarang dapat bunga telur kenduri kahwin sekarang.

      Delete
  4. cuaca panas memang berbahang laa nih kan, comei sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, panas terik, kak Ana.
      Hehe.. mekacih.

      Delete
  5. Biasa liat pakai baju sport, kali ini pakaian beda, cantiklah, pantas suami bilang cantik istriku 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jarang-jarang, Mreneyoo, pakai baju kurung, selain hari raya.

      Delete
  6. Kuatnya PN, tahan nafsu makan tu 🤭
    Diet sy dah terbabas sejak cuti sekolah ni aduyai...
    Anyway, Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. susah ye, Puan Hazel, time cuti sekolah ni, banyak godaan makan. :D
      Terima kasih.

      Delete
  7. musim cuti sekolah kan wajib ada kenduri kawin jugak

    ReplyDelete
  8. Kenyang ke makan itu sahaja? Haha rugi tidak makan nasi.
    Saya pernah ambil nasi sedikit dan lauk-pauk. Haha tidak kenyang. Menyesal juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kenyang, NA. Perut saya sentiasa berbunyi. Tapi berat saya turun 3 kg sepanjang saya tak makan nasi. Memang rugi, tak makan nasi, saya setuju dengan NA.
      Hehe.. ada pengalaman rupanya, NA.

      Delete
  9. Untunglah Nur, kasut dah usia 18+ tahun tak rosak masih boleh pakai 😀

    Yelah, jarang orang sekarang bagi bunga telur. Rasa macam zaman dulu pulak bila dapat gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya pun hairan. Bagus betul buatan kasut Hush Puppies ni.
      Betul. Klasik, bila dapat bawa balik bunga telur.

      Delete
  10. mcm kami mkn lauk shj... nti akn ade org tanye mkn lauk shj ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jawap balik, diet, diet. Jaga body. Kikiki..

      Delete
  11. Aktivitas lari tetap berjalan ya Mbak walaupun akan pergi menghadiri kenduri.
    Memang disana sedang panas ya Mbak jadi itu pakai payung...
    Eh baru rasanya melihat Mbak berpakaian seperti begini, biasanya kan pakai stelan sport. Pantas saja kalau suami bilang cantik...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Pak. Masih awal, jadi riadah dulu, keluar peluh.
      Ya, sekarang cuaca agak panas. Jarang sekali hujan.
      Hehe... memang jarang, Pak Asa, saya berbaju kurung begitu, kecuali semasa hari raya sahaja.

      Delete
  12. alamakk sikitnya akak makan. kalau Ana memang tak kuat nak makan gitu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tak kuat, Ana. Bertahan beberapa hari je.

      Delete
  13. alaa amik.laa nasi sikit
    sesudu pun x pe
    org ckp buat jamah sikit
    😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. macam orang tua cakap, jamah sikit kan.

      Delete
  14. alhamdulillah dpt jumpa mcm ni mmg seronok
    sbb bkn selalu kan dpt jumpa
    semua tu sihat belaka ke?

    ReplyDelete
  15. Memang lah kak, sepatu lama tak pakai suka lepas kan sol nyam saya memang tak pernah rasa, tapi suami waktu itu , terlepas pulsa sol nya Krn dah lama tak pakai. Akhirnya terpaksa cari toko sepatu belj baru 🤣

    Memang terlihat awet muda kak nur ini 😘👍. Efek dari rajin olahraga lah tuh ☺️

    Bagus juga bisa kuat niat utk tetap diet. Terkadang saya cheating kalo sedang kenduri atau traveling 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itulah. Bahaya bila sedang keluar, tiba-tiba tapak kasut tu tercabut, kan, Fanny.
      Terima kasih. Alhamdulillah.
      Hehe... sekali-sekala kok, tak mengapa, cheating. Rugi la, kalau tak makan. :D

      Delete
  16. time pi wedding la kena jangok kan...dugaan cuaca panas skarang..bila pi wedding tgk air sirap , teh tarik bertabah...hehe...mmg bawa air kosong yg sejukkkkk ilangkan dahaga bila pi wedding tp kita mkn juga nasi cuma air manis tk minum la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Kan.. memang banyak dugaan bila pergi kenduri.
      Bagus Mama Tisya, semoga terus istiqomah tak minum air manis.

      Delete
  17. Alhamdulillah masih terjaga ukhwah.

    Ammi ni dengan along ammi (duduk selang lorong je pun) tapi payah betul nak jumpa sebab timing kitorang tak sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Ye. Itulah. Masing-masing punya komitmen. Tinggal tak jauh, tapi jarang dapat berjumpa.

      Delete
  18. Kalau pergi kenduri kan dah jarang dapat bunga telur. Selalu dapat coklat, kerepek, sapu tangan etc...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, dapat jumpa sahabat lama Mama & keluarganya...semoga silaturahim kekal selamanya...betul, dah jarang orang bagi bunga telur time kenduri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, kak nohas.
      Kannn....

      Delete
  20. Aisehmennnn.. Nur diet krn apa, sbb nampak slim aje.

    ReplyDelete
  21. Cuti sekolah tak gi mana2 pun sbb yg cuti anak.. parent still kena keje huhuu.. Alhamdulillah pergi kenduri jumpa ramai kenalan.. itu yg best tu.. semoga kekal sihat seronok tgk diet senang je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... mekasih, Encik. Tak best la diet. Makan lagi best.

      Delete
  22. Dah 18 tahun surirumah full time ...ya lama juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lama sangat, Encik Hanafi. Lebih lama dari pengalaman saya bekerja.

      Delete