Tersangkut dalam kesesakan

 Sabtu, 30 September 2023 - Saya bersama suami hantar anak ke Dungun. Berapa banyak kali dah hantar dia balik U, walau pun tempat tu jauh. Bila balik sini dalam kereta, selalu cakap kat suami, takmau dah la hantar anak. Jauh ler, lama duduk dalam kereta. Tapi hantar jugak anak bila dia masuk semester baru. Sebijik macam daftar masuk event lari. Bila tengah lari event, rasa menyesal, tak mau dah la masuk, penat la lari jauh. Tapi tak lama lepas tu, cari pulak event lari boleh join. 🙈

Bertolak lepas hantar anak kedua pergi kelas tambahan. Anak kedua dan bongsu tak ikut hantar abang dia orang. Deme cakap, jauh, mama. Haha.

Alhamdulillah, anak sulung dapat duduk hostel lagi, walaupun dah masuk semester tiga. Baru-baru ni, masa cuti sem, dia wakil Uitm Dungun, ke Karnival Sukan Mahasiswa Uitm (KARISMA). Ini adalah kejohanan sukan pelajar antara kampus Uitm seluruh negara. Anak saya masuk catur.

Medal dan baju anak sulung dapat.

 Untuk kategori catur berpasukan lelaki, pasukan anak sulung berjaya dapat pingat gangsa. Anak saya cerita, Uitm Terengganu tak pernah dapat pingat dalam sukan catur dan beberapa lagi sukan lain, jadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan la, tahun ni. 

Perjalanan ke Dungun, berjalan lancar. Cuaca baik. Sampai saja di Dungun sudah lewat petang, hantar barang-barang anak dulu di hostel. Ramai pelajar lama yang sudah pun lapor diri. Meriah betul dengan gelak ketawa budak-budak yang dah lama tak jumpa kawan-kawan, dok menyembang. 

Lepas hantar anak, malam tu, dia join kami duduk hotel, sebab ada gangguan bekalan air. Nasib baik saya dah buat tempahan 2 bilik. Kami check-in di Mi Hotel 2 Dungun. 

Banyak hotel dah fully booked. Tak dapat duduk hotel dekat kawasan Uitm. Tapi ok la ni, dari tak ada.

Mi Hotel 2 Dungun adalah hotel yang terletak di rumah kedai. Kena naik tingkat 1, untuk front desk. Hotel agak lama. Saya dan suami bilik Double, di tingkat 1, manakala anak bilik single, di tingkat 2. 

Katil kami tak berapa selesa. Macam budak-budak selalu lompat-lompat atas katil dan spring dia dah lembut, tilam lembek. Huuu...... tapi sebab dah letih perjalanan jauh, malam tu kroh kroh jugak, tak sedor diri..

Dalam tandas. Tengok ler tingkap tu.

Hahaha... tak tau la nak cakap. Hotel lama. 

Ruangan mandi sebelah tandas

Ruang sinki, depan dengan tandas

Itu ada lubang kat dinding tu. Sambil berus gigi, saya selalu toleh belakang, saja check takut ada lipas keluar. Lipas takde, kumbang kecil ada keluar, menerusi lubang kat dinding tu. Huuu....

Pintu bilik air.

Basic la, bilik dia. Aircond sejuk, ada meja dan cermin, ada almari satu. TV dan katil. Ok ler, padan dengan harga dia, satu malam RM69.

Bilik anak, single, harga RM68 semalam. Murah singgit je. Tapi katil dia selesa, macam tilam baru. 

Ahad, 1 Oktober 2023 - Bagus la lokasi hotel, dekat masjid. Boleh dengar azan subuh. Dalam pukul 7 lebih, kami anak-beranak turun, jalan kaki, cari tempat sarapan. Hotel tengah pekan Dungun. 

Jalan kaki dari hotel, cari tempat nak sarapan.

Jumpa kedai yang sudah buka, masuk je. Nama kedai, Nasi Dagang Pok Yusop.

Saya makan nasi lemak ayam goreng.

Suami dan anak makan nasi dagang ikan tongkol

Lepas kenyang peruts, jalan balik ke hotel. Melepaskan hajat sebentar, kemudian check-out. Kami pergi hantar anak ke hostel dulu. Dia nak salin pakaian, nak jumpa ketua kursus. 

Inilah hostel anak saya. 

Dah 3 sem dia dapat blok yang sama. Bilik je bertukar. Sementara tunggu budak tu salin pakaian, saya jalan-jalan jap, explore kawasan.

Jalan-jalan tengok kawasan hostel.

Pemandangan depan, ada gelanggang futsal.

Laluan berjalan kaki berbumbung.

Semua laluan berjalan kaki ada bumbung. Jadi, budak-budak tak panas menapak ke kelas. Anak saya cerita, satu hari, dia boleh dapat mileage sampai 6 kilometer bila hari ada kelas. Jauh jugalah jarak dari hostel dia ke kelas. Dia punya blok pulak paling hujung. Selain berjalan, boleh naik basikal atau boleh sewa scooter elektrik (beam) yang disediakan. Macam kat stesen lrt di KL, tu ler, sama sebijik.

Belakang blok ada hutan. 

Ada juga pelajar yang bawa motor dan kereta. Kebanyakannya, yang duduk menyewa luar.

Lepas tu, hantar anak ke bangunan pejabat yang dia nak pergi jumpa ketua kursus tu. Nak daftar subjek dan susun jadual. Kami pun babai ler, kat dia. Selamat sudah... belajar rajin-rajin, anakku.... we lap u! 💓

Uitm Dungun di tepi laut

Cuaca walaupun mendung, ada bahang panas. Macam nak hujan. Memang cantik pemandangan sini. Laut luas. Angin kuat je, bertiup. Tapi tak boleh lah lepak lama. Kena bertolak balik. Sampai jumpa lagi, Dungun, babaii...

Dekat highway, memang mengantuk, tau. Sebab perjalanan jauh. Kena berhenti, beli kudap-kudapan... kalau mulut tak mengunyah, memang mata automatik mengantuk.

Berhenti R&R Temerloh

Yang gambar peta-peta ni, dari aplikasi Garmin. Saya rekod jalan guna jam. Saja, buat rekod, berhenti di mana. Hehe.

Tak nak mengantuk, kena pekena kopi. Bila pekena kopi, rasa nak terbuang air kecik selalu pulak. 

Berhenti R&R Kuantan

Berhenti R&R Genting Sempah

Kat sini la kami buat silap. Sebelum ni, bila lalu, tak pernah kami berhenti sini. Tapi hari tu, kami berhenti makan nasi dan lepas hajat kejap. Nak dijadikan cerita, nak keluar dari R&R ni saja, ambil masa 1 jam. Ye! Belum masuk highway lagi. Kat R&R dah sesak jalan. Hahahadoiii....

Bila tengok waze, dia suruh ikut jalan lama, iaitu Route 68 aka Jalan Gombak aka Jalan Karak Lama. Jalan Gombak tu, menghubungkan KL dengan Bentong. Baru hari tu, baca kat blog SK, dia lalu jalan lama juga. Peh! Yang ni, seriau giler, ok! Ada trailer panjang pula selisih. Nasib baik treler tu berhenti. Dia dah tahu kan, jalan sempit sangat. Saya tutup mata, takut nak tengok. Memang dekatttttt sangat dengan ekor treler tu, kami lalu.

Kat sini kami nasib baik. Sebab jalan belum sesak lagi. Iye, highway sesak, jalan lama pun sesak, hari Ahad lepas. Walaupun jalan macam ular kena palu, tapi bergerak la, cuma kena hati-hati sebab kami tak familiar dengan jalan ni. Banyak tempat cerun runtuh, ada kon, bagai.

Papan tanda masa lalu jalan lama.

Bila sampai KL je, lega. Nasib baik juga kami tak ikut lebuhraya LATAR. Situ pun sesak. Lebuhraya PLUS arah utara kurang sesak, cuma yang arah KL, sesak panjang berjela, you! 

Sampai rumah pukul 9 malam! 12 jam dalam kereta! Perjalanan biasa, dalam 7 jam lebih kurang. Cuti 4 hari ye, orang semua balik kampung. Huuu... pertama kali alami. Merata-rata kan, sesak jalan, hari Ahad lepas. Ish, ish... banyaknya kenderaan di jalanraya kita ni.

Dah tu, tak mau dah la pi Ganu tu. Jauh ler... biar anak naik bas je la. (Boleh percaya ke?)

Ok la, sekian cerita hujung minggu yang lepas. Nak update blog semalam pun, tak larat, masih letih badan, travel lama. Jumpa lagi, ye.

22 comments:

  1. Nur pergi KL tu sebab nak join Standard Chartered Marathon tu ke? Kiteorg tgk dari tingkap rumah je hehe. Nak join nya entah bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak, Carneyz. Saya lalu je KL. Saya pergi Terengganu. Kalau dari Perak nak ke Dungun, memang kena lalu KL, ikut Gombak.
      Hehe... tak yah la join, Carneyz. Ramai sangat. Saya pun tak pernah masuk Standard Chartered Marathon. 25 ribu orang!

      Delete
  2. anak punya pasal kan kak...taknak2 pun gagah diri juga haha..tak sampai hati nak biar naik bas

    ReplyDelete
  3. Beza seringgit antara 2 jenis bilik.
    Alhamdulillah balik ke Melaka tidak sesak sampai tidak boleh sampai. Cuma nampak lorong bertentangan yang kereta bergerak perlahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak sesak ye, NA, balik Melaka.

      Delete
  4. Lupa hendak komen pasal serik. Sayapun baru ini ada rasa serik kalau dalam perjalanan ada perkara tidak seronok berlaku. Hehe kena lupa atau ada sebab yang seronok untuk keluar jalan jauh semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Itu la, kena fikir positif. Ketepikan yang tak best tu. Lagipun, bukan selalu travel jauh-jauh ni.

      Delete
  5. perghhhh 12 jam tu kalau g london dah separa jln da... skrg kita dah faham kalau org PT blk kg masa beraya... mcm ni agaknya diorg rasa...

    tergelak besar sy tgk blk air hotel tu... adoii laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ye ke, Anies? Adoii... itu la. Kalaulah ada jalan alternatif lain nak ke pantai timur, selain ikut Gerik dan highway Karak.
      Hehe.. pertama kali dapat hotel camni, Anies. Pengalaman berharga. :D

      Delete
  6. Dua belas jam itu lumayan sangat lama apalagi naik mobil, tapi tak tega rasanya membiarkan anak sendirian menggunakan kendaraan umum, apakah itu semacam kost atau tempat tinggal sementara?..btw kalau lihat foto profil about me itu gambar taplak meja nya mirip kepunyaan almarhum ibu saya, warna dan bentuk nya sama persis😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, anak sulung saya tinggal di asrama, di universiti dia. Every semester, kena keluar asrama. Tak boleh tinggal barang dalam bilik. Jadi, harus bawa pulang barang yang banyak, atau cari storage.
      Oh, ye ke, Mreneyoo.. itu projek kait saya yang belum siap lagi. Sudah bertahun mengait, belum sampai saiz besar yang saya inginkan. :D

      Delete
  7. Letihnya 12 jam dalam perjalanan.
    Apapun semuanya selamat, walaupun tersangkut dalam kesesakan.
    Cuma, bab hotel tu nak buat macamana kan Nur, yang penting ada tempat untuk bersihkan diri dan luruskan pinggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Letih. Alhamdulillah, selamat hantar anak dan kembali ke Perak. Betul. Sebab 1 malam je, kita bertahan je la.

      Delete
  8. tahniah utk anak, berjaya dpt pingat gangsa...oklah, buat permulaan...semoga berjaya dpt emas pula...perjalanan 12 mmg meletihkan, tambah dgn jem...tapi puashati dpt hantar sendiri, byk brg nak dibawa bila buka sem baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas. Alhamdulillah.
      Ye, sebab barang dia banyak. Kesian pulak.

      Delete
  9. Replies
    1. Itulah, Wak. Saya akan cuba ikut saranan Wak.

      Delete
  10. Tahniah buat anak Nur dapat medal 👏🏽

    Adeh…tabah jelah dapat bilik hotel gitu. Padahal murah macam mana pun, pihak hotel tetap kena servis bilik supaya selesa.

    Weekend lepas memang sesak di mana-mana. Pertama kali ke Perlis jumpa sesak, tak pernah tau 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie. Alhamdulillah.
      Iye. Kot la nak gantikan yang mana yang dah buruk tu. Huuu...
      Fuiyoo... sampai ke Perlis, sesak. Hahaha....

      Delete
  11. 12 jam kalo tak macet, masih okelah, tapi kalo macet, memang letiiiih 😂.

    Melihat asrama kampus nih, saya jadi ingat vicinity area di sekitar asrama USM 😄. Rindu masa2 itu. Adik saya yg kuliah di sana, saya private collage. Tapi kalo sedang libur, adik saya sering tak pulang. Jadi saya yg menemani di kamarnya karena roommate dia pun balik kampung dan dah izinkan saya tidur di situ.

    Memang kak, walau terkadang capek, dan tak ingin lagi mengantar anak pakai mobil balik kampus, tetap saja berikutnya kita juga yg antar dia 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macet, Fanny.. kebas punggung dalam mobil. :D
      Baru tahu, adik Fanny juga kuliah di Penang, serupa Fanny dulu.

      Delete