Nestle Omega Plus Walk a Million Miles 2023

 Tahun lepas pun saya ada masuk cabaran ni, melalui aplikasi Bookdoc. Untuk baca entri tahun lepas, boleh klik sini.

Tahun ni, saya ketinggalan keretapi. Sudah lama tak buka app Bookdoc, jadi saya terlepas daftar masuk cabaran Nestle ni, di awal bulan. Target langkah adalah 300,000, tapi saya tak sempat lah nak cukupkan, sebab saya daftar lewat.

Cabaran tamat, tak capai target 300,000

Saya daftar juga, walaupun sudah lewat, sebab saya ingat, ia akan ambil kira langkah saya sejak awal bulan. Sebab durasi cabaran adalah 1-30 September. Tetapi malangnya, tak. Cabaran ini cuma kira langkah saya bermula hari saya daftar, iaitu... entah, saya pun tak ingat tarikh. Tapi rasanya, selepas separuh bulan tak silap, dalam 17-18 September, gitu. 

Tapi takpa lah, pengajaran untuk saya. Sekarang sudah tahu app Bookdoc ni macamana. Lain kali nak masuk sesuatu cabaran, sila daftar sebelum tarikh cabaran bermula. 

Macamanapun, sebab melepasi 150,000 langkah, ada juga hadiahnya. Marilah kita tengok, ye.

Bungkusan sampai semalam, hari Selasa, 10 Oktober.

Apa di dalam kotak

Ada jersey limited edition Nestle Omega Plus, voucher untuk belian online, susu Nestle Omega Plus pek 150 gram dan Minuman Bijirin Nestum, pek 8 X 28 gram. Hehehe... Alhamdulillah. Hadiah dia lebih kecil, banding kalau kita cukup langkah, macam tahun lepas, saya dapat pek lebih besar.

E-certificate

Saya ada satu lagi on going challenge di Bookdoc. Nanti sudah settle, saya akan share sini.

Sudah terlanjur lari hampir setiap hari, kan. Itu yang saya daftar event virtual begini, boleh juga dapat hadiah. Tapi, saya pilih yuran yang murah-murah saja. Hehe...

Ok. Jumpa lagi, ye. Majulah sukan untuk diri sendiri. Bila sihat, otak jadi cerdas dan bersemangat untuk lakukan kerja seharian. Berusaha! 😊

27 comments:

  1. Bestnya dapat hadiah wpun even virtual je. Dulu² tak tahu boleh buat acara larian macam ni. (Ces, macam la sy nak join kalau tahu pun ek)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau kita daftar event virtual ni, nak tak tak, kena paksa diri buat, SK. Kalau tak, memang kuat rasa malas tu, nak beriadah.

      Delete
  2. Tahniah, dapat jugak hadiah dari Nestle walaupun lambat join 👏🏻

    ReplyDelete
  3. hiii...seronok bookdoc nie...tp lama jugak dah x masuk...harap2 ada lah kerajinan tu timbul nanti...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga linda segera timbul kerajinan untuk bersenam, fuh fuh.. hehe...

      Delete
  4. Alhamdullilah dapet hadiahnya, ada sertifikat nya lagi😀👍ya walaupun mungkin awalnya daftar terlambat, mungkin bisa di coba lagi lain waktu....ayoo semangat terus berlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik! Makasih ya, Mreneyoo...

      Delete
    2. Alaa... sudah ngak bisa tinggal komen di blog Mreneyoo. Semoga tenang dan happy-happy selalu ya. Best wishes for you.

      Delete
  5. Tahniah Nur! 👏🏽
    Dapat jugak jersey kenangan. Nampak cantik warnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie.
      Itu la, warna merah, you! Kalau pakai lari, senang kereta boleh nampak. Saya biasa pakai hitam je.

      Delete
  6. Congratulation kak nur..udah rejekinya dapat hadiah...cantik pula colornya

    ReplyDelete
  7. wahhhh menarik jugak hadiahnya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, ada Nestum, Dana. Hehe.. kenyang minum nestum ni.

      Delete
  8. tahniah kerana berjaya dapat banyak hadiah....paling penting ada riadah sihat yang baik untuk jantung atau kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Ya. Bersenam untuk sihat.

      Delete
  9. teruskan menyertai acara larian ye cik nur... sy dah x larat nak lari. kayuh basikal buleh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Abe Kie. Orait juga tu, kayuh basikal pun keluar peluh juga.

      Delete
  10. Bagus juga tapi hadiahnya walo tak cukup langkah. Apalagi sesuai target kan.

    Memang kak, event olahraga seperti ini sekali coba, pasti ketagihan. Krn memang olahraga itu membuat addict terkadang. Saya pun dah tak bisa lepas dari workout. Makin berpeluh, makin happy hati dibuat ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny.
      Itu la, kesan dari workout. Mood happy dan feel good, kan... I love it! ^_^

      Delete
  11. Hehe hadiah kecil tapi menarik juga hadiahnya. Apa boleh buat rezeki kira waktu mendaftar.
    Semoga berjaya dengan cabaran yang tengah dilalui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA. Itu la, belajar benda baru. Kena daftar awal, lain kali.
      Terima kasih, NA. Sudah selamat, capai target langkah. :D

      Delete
  12. so far sy belum penah join mn2 event virtual. bimbang lupa atau sibuk smpi x sempat nk 'buat tugasan'

    yg penting dpt jersey tu... boleh buat koleksi.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bookdoc ni senang je, sebab kira langkah, Anies. Lagi-lagi Anies kerja, mesti banyak berjalan. Jadi, mesti cepat je siap tugasan langkah tu.

      Delete