Half marathon Oktober

 Jumaat, 20 Oktober 2023 - Plan dengan adik-adik geng lari, nak buat half marathon keesokan harinya. Jadi, hari Jumaat, makan malam, makan nasi. Carbo loading. 

Saya dan suami makan di kedai tomyam tepi jalan, yang on the way to pekan Lumut. Lupa pulak nama kedai apa. Kami panggil, kedai kuning. Sebab signboard kedai tomyam warna kuning. 

Carbo loading Jumaat

Kami pesan nasi putih, dengan lauk telur dadar, kailan ikan masin, daging masak merah dan ikan kembung masam manis. Ada sambal belacan sekali.

Close up, daging merah dan ikan masam manis.

Harga makan malam adalah RM34 semuanya. Alhamdulillah. Sedap, semua cukup rasa! 😋

Kalau nak lari esok, tak payah la nak diet-diet, no nasi. Nanti tak ada tenaga. Makan je. Saya nak kongsi juga di sini, yang bahawasanya, saya tidak lagi intermitten fasting. Suku-suku separuh pun tidak. Motto baru saya, Live Life Abundantly! Hehe... 

Sabtu, 21 Oktober 2023 - Plan dengan adik-adik geng lari untuk ikut jalan di kejiranan. Saya sampai awal di lokasi. Bolehlah warm-up dulu, slow-slow. 

Saya pakai pouch pinggang yang boleh letak air mineral kecil. Sebab saya malas nak bawa hidration bagpack. Bawa gula-gula garam. 

Peta kami lari HM (half marathon)

Laluan tepi jalanraya utama. Ok la, hari Sabtu, tak banyak kereta sangat. Saya boleh lari sampai kilometer 15 je. Masuk kilometer 16, saya sudah mula jalan. Tak larat rasa. Keadaan jalanraya di sesetengah taman, tak elok. Jalan dah hilang tar, batu-batu tajam, sakit pula bahagian tapak kaki. Saya cakap kat adik-adik, teruskan je lari. Saya jalan je.

Tengok-tengok, adik-adik geng lari pun sampai kilometer 17 je. Pastu, dia orang berhenti. Zura cakap, dah tak larat. Stamina down betul. Lama dah Zura tak buat hm. Sorang lagi adik, Mira, baru first attempt nak buat hm. Puas la pujuk adik-adik, jom je la, jalan sampai habis, sayang la, dah 17 kilometer dah kot. Tapi masing-masing dah give-up, lepak atas bangku kat kawasan rukun tetangga dekat sekolah anak. Hahahadoiii....

Jadi, saya teruskan je la sorang-sorang. Jalan je pun. Saya singgah kedai runcit, beli air ribena. Air mineral botol kecil yang saya bawa, sudah habis. Ada bawa duit, RM10. Jalan je, sambil muhasabah diri. 

Selfie di kejiranan.

Alhamdulillah. Capai jarak hm. Terlebih lagi. Alaa... bukannya masuk event. Kita suka-suka kan. Kalau masuk event pun, cut-off time untuk hm biasanya 4 jam. Lulus la ni. Peduli apa kalau berjalan pun. Kalau larat, lari. Tak larat, jalan. Tak larat jalan, merangkak. Asalkan terus bergerak ke hadapan. Itulah motto saya dari dulu, sejak saya masuk dunia larian ni. Sayang oi, cuaca baik jangan dipersiakan. Tak berapa panas, bolehlah tahan. Dari 3 orang mula misi hm, tinggal saya sorang. 

Dengan adik-adik geng lari, Zura dan Mira.

Alhamdulillah. Selamat menghabiskan misi half marathon bulan Oktober. Bila tak ada masuk acara larian, bukanlah penghalang untuk kita lari jauh. Nak atau tak nak je. Tapi kalau saya sorang nak mula, memang tak la. Saya tak berani lari sorang-sorang di jalanraya utama. Ada adik-adik, bolehlah berani sikit. Terima kasih kepada Zura dan Mira. Lain kali, dia orang boleh cuba lagi, untuk habiskan jarak hm.

Penat rupanya lari di kejiranan ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin kena mula awal pagi, lepas Subuh lain kali. Bila dah pukul 7.20, memang cuaca mulai panas. Faktor usia mungkin, dah tak kuat lari macam masa muda. Pastu, sebab saya pakai pouch ni, boleh sakit pinggang pula. Dekat tulang pelvis tu, rasa lenguh. Huh.. apekehenya... saya cuma carry botol air mineral kecil tu je. Tapi dah baik dah, hari ni. 

Ok la. Sekian laporan half marathon bulan ni. 

Jumpa lagi, ye. 😊

20 comments:

  1. Sy betul² kagum dgn Nur. Apapun, sy sokong motto terkini Nur tu 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh! Live Life Abundantly! Tuhan dah bagi rezeki kan. Jangan ditolak. Kan, SK, kan.... ^_^

      Delete
  2. Jadi gak ada diet"an lagi kah ?..😀...yang penting sehat, olah raga, istirahat yg cukup, nikmati hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. No more diet, Mreneyoo. Lebih happy begini, rasa lebih energy untuk lari. Hehe...
      Betul, betul, saya setuju! :D

      Delete
  3. saya baru nak follow akak diet...akak dah bhenti ke saya nak bhenti juga la hahaha...jom la kita nikmati apa yang ada depan mata kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... ye, betul sesangat, Afzan! Tak mau la cut cut portion ni. Jadi kurang happy akak. Hehe...

      Delete
  4. Jalan sambil muhasabah diri.
    Saya setuju Nur. Ada ketenangan jiwa diperoleh ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kan, Amie. Tenang je, dapat jalan sambil muhasabah ni. Tak rasa penat pun. Boleh dapat ilham lagi.

      Delete
  5. half pon byk kilometer nya tu tetap padu! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih, Ana. Patutnya, 21.1 kilometer dah cukup jarak half marathon. Takpe la. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Ntah kenapa kalo lari sorang2 memang rasa tak nyaman, bagi saya 😄. Makanya saya selalu ajak suami kak. Tapi dia pun kurang suka lari dan lebih pilih olahraga lain.

    Tambah satu kalo cuaca panas, makin confirm lah lemas badan 🤣🤣. Itu kenapa saya lebih suka lari pagi2 subuh atau sore jelang malam 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... benar, kan, Fanny. Bagus kalau mula awal pagi, sesudah subuh. Barulah cuaca sejuk.

      Delete
  7. Comel lah nur... nmpk sebaya je dgn adik² geng lari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... kembang kuncup hidung saya baca komen kakmim. ^_^

      Delete
  8. Alhamdulillah, misi berjaya!!

    ReplyDelete
  9. Nasib baik tidak rasa terkencing minum air banyak-banyak.
    Berusaha lari HM lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab peluh banyak, jadi tak rasa nak terkencing, NA.
      Ya. Saya kalau ikutkan takde event, malas juga nak buat HM ni. :D

      Delete
  10. ada geng ni rasa bersemangat sikit nak lari kan?
    mungkin ya. kena keluar awal pg esp kalau subuh awal. kdg 8.30 dah start terik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Anies.
      Ye, sekarang cepat cerah dan panas. Kena keluar awal lain kali.

      Delete