My mood changer

 Rasanya, dah lama saya tak kongsi hasil kait saya, kan. Bukan apa, tak ada produk yang telah siap. Jadi, saya kongsikan projek yang masih dalam pembikinan, ya. 

Granny square blanket

Projek ni, macam tak banyak bergerak sangat. Boleh lihat entri terakhir saya share tentang granny square ni, di entri ini. Tak tahu la bila dapat siap projek ni. Nak habiskan dulu projek lain, baru boleh get back to projek ni.

Bantal kait

Yang ni, memang akan jadi milik salah seorang pengomen terbanyak di blog saya ni. Cuma tak tahu lagi, siapa boleh dapat. Untuk check senarai pengomen terbanyak di blog saya, boleh la klik sini. Ada page khas untuk senarai pengomen yang setia tinggalkan jejak, walaupun saya jarang update blog tahun ni. Huhu... Hujung tahun, saya akan umumkan siapa yang dapat apa yek. Atau mungkin saya nak sembunyikan dulu ke, last minute baru saya akan up balik senarai pengomen terbanyak ni. Saja, nak bagi surprise. Sebab page ni pun, dia lambat loading. Ini adalah untuk pengomen terbanyak untuk tahun ini, ye, 2023. 

Mengait dua jarum, aka knitting

Mengait ni, satu terapi pada saya. Sambil dengar muzik, sambil minum secawan kopi, saya boleh lost dalam kaitan. Satu benda untuk mengubah frekuensi, dari otak yang serabut, jadi lebih tenang. Dari nak marah atau nak mencarut, jadi lebih sejuk perasaan. Itu kadang bila saya tak update blog, mungkin sebab saya nak elak dari bercakap, sebab tengah serabut. Banyak benda luar yang boleh serabutkan kepala otak sekarang ni. Orang luar punya pasal. Tapi kita pun terlibat sama. Pelik betul perangai orang zaman sekarang. Penghujung dunia. Adab sopan hilang entah ke mana. Itu yang saya lebih suka diam, tak update blog, nanti saya tulis benda negatif pulak. Saya tak mau la macam tu. Positive vibes only. 

Kalau tak mengait, baik pergi berlari.

Saya dan suami, habis jogging.

Semoga hari anda semua baik-baik saja. Kalau tak tahu nak jadi apa, jadilah orang yang baik. Cakap benda yang baik-baik, fikir benda yang baik-baik. 

Salam Jumaat. Jangan lupa ngaji surah Al-Kahfi. 

"Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap. Ini kerana surah Al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajal bagi sesiapa yang mengamalkannya. "

Macamana dengan anda? Jika sedang berperasaan negatif, apa yang anda lakukan untuk tukar ke perasaan lebih baik? Looking forward untuk dengar pendapat anda di komen.

Jaga diri, dan jumpa lagi. 😊

28 comments:

  1. cantik kak nur outfit olahraganya...
    btw indah hasil rajutannya..warna warna yang mbul suka...mbul dulu kalau menjahit bisanya menyulam taplak meja dengan gambar bunga ama bikin kristik kak.. kalau bikin renda mbul nda jago hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa saja, Mbul. Outfit lama. Alhamdulillah, masih boleh dipakai.
      Wah... Mbul pandai menyulam alas meja. Nanti Mbul kongsi la hasil kerja tangan Mbul ya, di blog. :)

      Delete
  2. Nah ini nih kerjaan kait mengait ini butuh kesabaran dan ketelitian, hasilnya pasti indah... almarhumah ibu saya punya taplak indah seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mreneyoo masih ada ngak, simpan hasil kerja tangan almarhum ibunya? Pasti cantik. Kenangan tu.

      Delete
  3. Rasanya Nur ni, pagi berlari, petang mengait ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi lari tu, betul, SK. Petang bila hari rajin je, saya mengait. Kikiki...

      Delete
  4. Buat sesuatu yang menjadi hobi kita sebagai terapi minda

    ReplyDelete
  5. saya suka tengok orang mengait tapi saya tak minat mengait/menjahit...cantiknya warna bantal kait tu kak...

    ReplyDelete
  6. Nampak macam best je mengait ni tapi saya tak reti. Masa saya kecik dulu, mak saya pun suka mengait dari alas kusyen (benda tu selalu jatuh belakang sofa bila orang duduk kat sofa hehe) sampai le ke selimut dia kait sendiri. Tapi saya tak terfikir pulak nak belajar mengait dari mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. rumah orang dulu, selalu ada alas kusyen tu, kan.
      Best sebenarnya, mengait ni, Carneyz. Rajin mak Carneyz mengait. Selimut tu, projek besar tu.

      Delete
  7. cantiknya...leh geng ngan Ibu ni, minat mengait... mesti suka siapa yg dpat nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu Mummy Ayu pun crocheter juga, kan. Pernah baca di blog MA dulu. :)

      Delete
  8. Suka baca blog, baca cerita bloggers.
    Saya suka pendam jadi tidak minat cerita sangat. Kalau mood tidak bagus, baca blog dan tengok Youtube.

    P.S: Cantik seluar trek Nur. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu. Memang suka, ya, NA. Tu nampak NA selalu mengomen di kebanyakan blog.
      Terima kasih, NA. Seluar lama je. Itu pun, kakak saya sedekah.

      Delete
  9. Cantiknya hasil kait Sis Nur. Saya berminat juga dengan kait ni tapi tak reti.. BTW done follow blog Sis Nur yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Mekasih juga, sudi follow blog.

      Delete
  10. Banyak cara untuk terapi minda..paling asas tidur sahaja...bangun balik pasti feel lain...yang baik dan yang kurang baik pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Encik Hanafi. Lepas bangun tidur, mesti rasa segar dan bertenaga.

      Delete
  11. pandai dan rajin nye mengait huhuu.. Semoga baik2 sahaja kesihatan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, encik Time Traveller. Amin... semoga yang baik-baik juga pada encik Time Traveller dan keluarga.

      Delete
  12. Mama saya suka juga mengait. Di rumah ada banyak hasil karyanya ntah jadi cover kursi, bed cover, cover cushion, taplak meja, dan macam2 lagi. Sampai thermos pun dibuatkan baju oleh mama 🤭

    Saya tak sabar belajar ini kak, jadi memang tak bisa2 🤣.

    Kalo saya nak ubah bad mood jadi good mood, gampang saja. Minum kopi fav, baca novel atau sekedar Drakor yg lucu2, pasti bisa membuat mood saya membaik 😄👍. Atau kalo rajin workout lah. Makin keringetan, makin happy saya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mesti cantik, rumah mama Fanny. Banyak barang kait.
      Oh, gitu, bagi Fanny. Minum kopi juga nikmat yang amat, ya, sama bagi saya juga.

      Delete
  13. tgk keadaan. kdg perasaan negatif ni buat kita lemas. jd sy cari sesuatu yg boleh keluar dr kelemasan tu. cari makan, g jalan2, tgk gelagat org ramai... antara benda yg selalu sy buat. kalau mls sgt sy tido awl. lps isyak dah zz... nnt bgn rs otak dah lbh relaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Anies. Tidur tu, bagus juga. Lepas bangun, rasa lebih segar. Tengok orang ramai pun seronok juga.

      Delete