Mind game dan double rainbow

 Tiap-tiap hari, fikir mana tempat nak lari, ni. Kalau pergi padang, semalam hujan, mesti padang lecah atau becak, kang kotor kasut. Kalau pergi Esplanade, sakit lutut pulak. Pastu bosan dok pusing tempat sama. Begitulah lebih kurang apa yang bermain di minda saya, setiap pagi. 

Fikir lokasi nak pergi berlari. Bila banyak fikir, kita jadi penat. Jadi, cenderung untuk ambil langkah mudah. Contoh pagi tadi, saya fikir, susah-susah, tak yah lari hari ni, lepas hantar anak sekolah, balik rumah, buat roti bakar, makan dengan scrambled egg, boleh layan netflix! Syok oooo! 

Tapi bila sampai ke jalan menuju ke rumah, tangan tak bagi signal pulak, nak masuk ke lorong rumah. Urrghhh! Berperang dengan minda sendiri. Mulut muncung. Drive juga ke Esplanade, pergi juga lari sana. Huhuhu...

Larian santai 6 kilometer. Ketot Junior menyibuk time orang nak tanggal kasut lari.

Memang macam tu la, hari-hari. Lepas lari, rasa nasib baik aku pergi lari hari ni. Sebab semalam ada makan donut 2 ketul. Makan banyak lagi la. 

Semalam pun sama juga. Anak kedua buat drama pulak. Boleh dia salah pakai baju sukan. Lepas tu, dah sampai depan sekolah, dia tengok ramai budak form 5 pakai uniform sekolah. Dia ajak balik, tukar baju. Ko rasa? Hahahaha.... sepantas kilat saya tekan minyak, merempit balik rumah, tau. Hai, anak. Nasib baik rumah dengan sekolah tak jauh sangat. 1 kilometer je. Anak masuk rumah, tukar baju. Merempit pergi sekolah balik. Eh, merempit tu, naik motor, kan? Kalau bawa kereta laju, orang cakap apa? Berdesup? Nasib baik sini takde traffic jem. Ada sikit la, kat traffic light, kena tunggu 90 saat. Sempat sampai ke pintu pagar sekolah sebelum 7.25 pagi. Selamat, anak pergi sekolah. 

Hari dah lewat, kan? Nak lari pun malas. Tapi pergi juga la ke padang.

Larian semalam, 5.83 kilometer di padang

Main hujan masa kilometer ketiga. Tapi tak berhenti. Rasa best, sebab sejuk dan berangin! Saya suka! Dan bila nak habis lari, rasa sangat lega saya tidak layan rasa malas saya, saya dapat tengok 2 pelangi di langit! Huhu... cantiknya!


Gambar yang ni, tak berapa nak nampak 2 pelangi tu. Matahari sudah mulai keluar. Rasa sangat bersyukur, kerana boleh berlari dengan aman. Nikmat sihat pemberian Allah. Beruntungnya kita, tak seperti saudara kita di Palestin yang dalam peperangan. Saya berperang juga, tapi cuma sekadar di minda. Apalah sangat perang dalam kepala saya ni, banding dengan perang yang orang Palestin sedang hadapi sekarang. Rasa bersyukur, dan sama-samalah kita doa yang semuanya akan bertambah baik buat saudara kita di sana. 

Hari Sabtu lepas, masa saya pergi pasar malam, pun ada 2 pelangi juga di langit, tau. Cantiknya, saya tengok...

Masa pergi pasar malam Sabtu

Masya-Allah, cantiknya bila dapat tengok dua pelangi. 

Semalam, lepas lari di padang, suami saya ajak sarapan. Dia baru habis kerja malam. Jumpa di kedai makcik bawah pokok. 


Suami pesan nasi lemak dan cucur 3 ringgit. Saya pesan mee rebus. Alhamdulillah. 

Apa yang nak saya katakan di sini adalah, sebenarnya, bukan mudah untuk saya pergi lari setiap hari. Saya kena berperang dengan diri sendiri dulu. Saya tidaklah rajin sangat orangnya, untuk berlari setiap hari. Lagi-lagi saya ni, sejenis malas nak keluar rumah dan pergi di tempat yang ramai orang. 

Jadi, gitulah. Bila kita keluar dari zon selesa kita, sentiasa ada benda best yang berlaku. Kalau saya stay je kat rumah layan movie, tak mungkin la saya boleh tengok pelangi cantik yang munculnya cuma sekejap di langit. Betul tak?

Kalau tak, takde la kasut Nike tu buat tagline dia, Just do It! Memang kena buat je. Tak payah fikir-fikir. Bila fikir banyak la, banyak alasan akan keluar. 

Ok la. Sekian dulu buat kali ni.

Jumpa lagi, ye. 😊

28 comments:

  1. wahhhhhh cantiknya double pelangi!

    ReplyDelete
  2. dah lama x nampak pelangi...mmg syok lepak kt rumah tgk movie sambil makan2..tapi itulah, dah kena sound kena doktor sbb tk exercise...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke, nohas. Sila lah ye. :)
      Marilah kita merajinkan diri exercise.

      Delete
  3. Apapun itu kita harus bersyukur masih bisa beraktivitas dengan aman dan tenang,bisa terus berlari, dan menyenangkan diri.,.pelangi indah sekali

    ReplyDelete
  4. Keseluruhannya dapat tengok tiga pelangi la kan. Untungnya rumah dekat dgn sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya, ada 4 pelangi. 2 kali dapat tengok pelangi berkembar di langit. :D
      Itu pun, kena berhantar, SK. Kalau pergi sendiri, ada anjing tepi jalan suka kejar.

      Delete
  5. Bilalah saya ada perasaan rajin macam Nur ni, pagi tadi ingat nak pergi gym tapi lepas update blog terus rasa malas nak turun ke gym 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carneyz sangat beruntung sebab tempat tinggal sudah ada gym, kan? Exercise pagi-pagi, sebelum buat kerja rumah. Sebab bila kita dah start kerja rumah, memang tak kan exercise punya, la. Saya pun sama juga. :D

      Delete
  6. Subhanallah cantik pelangi.
    Hehe aduh malas keluar rumah, layan drama Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita, NA. Saya suka layan netflix. :D

      Delete
  7. ke... kena beli treadmill ni? lps tu x yah dah fikir nk lari kat mana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah saya dah ada 2 treadmill rosak, Anies. Tak tahu nak campak kat mana. :D

      Delete
    2. meh campak kat rumah sy. kot2 boleh jd port main pondok2 hahahha gurau je

      Delete
  8. Berperang dengan diri-sendiri itu sesungguhnya bukan sesuatu yang mudah. I feel you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Mrs. A. Kena kuat, demi kebaikan diri sendiri, perlu pilih mana lebih baik.

      Delete
  9. MasyaAllah seronoknya dapat tengok double pelangi, hujung ke hujung pulak tu 😍. Reward untuk Nur yang berjaya dalam peperangan diri 😀

    Saya pun sejak akhir-akhir ni sibuk berperang dengan diri sendiri. Letih mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... betul tu, Ujie.
      Kan.... rasa penat ler, otak tu.

      Delete
  10. selalu ada sinar pelangi setelah hujan lebat...

    ReplyDelete
  11. Naaaah setujuuuuu sangat kak ! Just do it memang kayak kata Nike kan 😁.

    Saya tuh merasakan sangat rasa malas di awal sebelum workout. Banyak godaan, yang ngntuk lah, pegal2 lah, rasa lemas lah, tapi kalo sudah jadwalnya saya workout, saya paksa sekuat mungkin utk ngelakuin. Daaaaan, begitu udah lakukan, udah angkat barbel, dumbell, kettle ball, plate etc, keringat bercucuran, baju basah, tapi ntah kenapa malah senang hati 🤣🤣. Mulanya males, dah lakukan jadi addict tak nak berhenti. Makanya saya selalu pakai timer kan. 1 jam cukup. Jgn terlalu lebih juga, Krn kasian badan saya kalo dipaksa sangat.

    Itulaah, makanya saya selalu bilang ke teman2 yg nak rutin olahraga, tapi ga mulai2, lakuin aja dulu. Ga usah banyak pikir 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Fanny.... :D
      1 jam weight training bagi saya, lama juga tu masa. Saya paling lama, setengah jam saja. Hehe...

      Delete
  12. teruskan berlari kerana hasil berlari itu kita jadi cergas, sihat, aktif dan akhir sekali cantik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. baiklah, Encik Hanafi. Insya-Allah, saya akan terus berlari.

      Delete
  13. subhanallah...cantik nya pelangi.. :-)

    ReplyDelete