Rancangan tak menjadi

 Hari Jumaat lepas, bersamaan  27 Oktober 2023, saya dan suami sudah on the way nak balik Kelantan. Suami saya bila habis kerja shif malam, dia ada 2 hari off. Jadi, ingat nak balik jumpa orang tua la, dalam masa tu. Kami dah sampai Gerik dah. Masa berhenti di masjid, waktu Asar, suami saya check handphone dia, dapat email, dia kena pergi kursus pulak. Apa cer..... 

Boleh je teruskan balik Kelantan, tapi akan jadi sangat kelam kabut ler. Jadi, suami ambil keputusan, untuk patah balik. Tak jadi teruskan perjalanan. Masa dalam kereta tu pun, telefon suami dok berbunyi je. Banyak benda nak kena urus. Telefon kampung, cakap tak jadi balik. Apa nak buat. Macam ni la, kerja makan gaji. Kena menurut perintah. Huhu... terpancar perasaan kecewa dan frust menonggeng di wajah suami. Last sekali jumpa mek (panggilan untuk mak) adalah masa hari raya puasa lepas. Jadi, dah lama la jugak. Apa pun, pasti ada hikmah di sebaliknya, Allah knows best. 

Kami belum makan. Jadi, berhenti la makan dulu. Dah kena patah balik rumah, kita santai-santai je la. 

Gerik, Perak.

Gerik, di daerah Hulu Perak, adalah bandar yang terletak di tengah lembah antara Banjaran Bintang dan Titiwangsa. Gerik juga dipanggil bandar persinggahan kerana lokasinya terletak tengah-tengah jajaran Lebuhraya Timur-Barat, yang merupakan laluan utama ke negeri pantai timur. Jika nak ke Taman Negara Royal Belum, pun kena lalu Gerik juga. (Sumber: Wikipedia)

Tengok mana-mana kedai tepi jalan yang buka, kami pun berhenti la.

Aduka Cabin Cafe, Gerik.

Tak pernah makan di sini. Boleh la kita cuba. Jom kita. Perut pun dah berbunyi ni.

Agak besar juga ruang makan di cafe ini. Ada 2 tingkat, ikut suka nak duduk bawah atau atas. Ada adik datang bawa menu dan ambil pesanan. 

Masa menunggu juga tidak lama sangat la. Untuk masakan panas atau goreng-goreng. Suami pesan nasi goreng kampung.

Nasi goreng kampung bersama sup dan sambal.

Suami minta sambal belacan sebenarnya, tapi sebab tak ada, dia bagi sambal untuk nasi ayam penyet. Ok rasa nasi goreng kampung dia, sedap.

Pesanan saya sedikit lambat sampai. Saya pilih grilled chicken chop.

Grilled chicken chop

Sedap, wei! Saya suka! 😋

Ada ruang makan lagi di sebelah kanan cafe ni. 

Ruang makan di luar

Saya rasa, waktu malam mesti meriah dan cantik, sebab lampu-lampu yang dipasang tu.

Lepas makan, suami ada singgah dulu tandas cafe. Bersih, suami cakap. 

Ini informasi cafe jika anda nak singgah ya. Lokasinya, di tepi jalan utama nak masuk bandar Gerik.

------------------------------------------------------

Aduka Cabin Cafe

1, Jalan Kolam Air, 

33000 Gerik, Perak.

Waktu operasi: Setiap hari, 3 petang hingga 12 malam. Tutup setiap Rabu.

------------------------------------------------------

Lepas makan, kami pun bertolak balik rumah semula. 

Bulan terang

Masa saya ambil gambar bulan di atas, kami sudah masuk lebuhraya WCE. Dari Beruas ke Sitiawan. 

Macam tu la ye. Kita hanya mampu merancang. Tapi Tuhan yang menentukan. Lebih-lebih lagi, hujung tahun ni, kan. Macam orang semua terkejar-kejar habiskan target je. 

1) Yang banyak cuti, kena apply cuti. Cuti banyak-banyak pun bukan boleh carry forward.

2) Yang peruntukan belum habis, sibuk hantar pekerja kursus sana sini. Suami saya bulan ni, kali kedua la ni, pergi kursus. 

3) Inspektor gajet ada banyak quota belum habis, sibuk menyaman orang yang tak letak kupon parking. Orang nak pergi kedai runcit beli roti sekejap pun, dia tampal saman. Tampal, jangan tak tampal. 

4) Ahad pun ada kelas ya. Berapa banyak Ahad dah ni, anak pergi sekolah. Hari-hari pergi sekolah. Tak habis-habis syllabus lagi. Waiya..... 

Hahaha... bertabah la ya. Senyum je la. 

Jumpa lagi... 😊

15 comments:

  1. Allah yang punya kuasa...memang sedih tak jumpa keluarga...tapi tugas menanti...semoga bisa segera jumpa Mak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... mudah-mudahan ya, Mreneyoo, ada rejeki lagi untuk pulang ke kampung.

      Delete
  2. Liku liku hidup apatah kalau makan gaji.. Dan sampai jauh tu kene patah balik.. Patut kalau nk blik kg.. Hp kene off je.. Puas hati hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... suami saya pekerja berdedikasi, Encik Time Traveller. Untung la kalau dia off hp.

      Delete
  3. Mesti kecewa Mek anak tidak jadi balik.
    Saat akhir beritahu ada kursus. Takpelah pandang daripada sudut positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek dah faham, kerja anaknya camana. Ye, NA. Adalah tu, hikmahnya.

      Delete
  4. laa knape beritahu kena kursus last min mcm tu? sian kat org yg dah plan bagai tetiba kena gi kursus. apa... diorg tak tanya dulu ke mcm mn?

    byk2 hal cuti x bleh forward tu plg sengal sy rs...aihh gerammm je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu, masa pertama kali arahan keluar, suami saya dah tolak. Ini yang dia terus kasi email lapor diri, kot. Tapi still kan... tak bagi orang rehat langsung.
      Kerja swasta, Anies. Camni le.

      Delete
    2. mesti ada yg tolak x nk g kursus. so org lain kena ganti tanpa fikir org lain tu mcm x de life pula...sy faham keadaan tu. sbb penah rs..

      Delete
  5. Indah suasana cafe yang terlihat pemandangan plus kelap kelip lampu kak nur...kalau nasi goreng kampung mah favorit mbul banget, apalagi ada sayurnya...dan kalau biasanya mbul tambahin teri atau anchovy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ikan bilis dalam nasi goreng kampung tu, Mbul. Enak, kan. Saya juga suka. :D

      Delete
  6. ada la hikmah tu, in sya Allah..lepas ni leh plan balik kampung balik yer..

    ReplyDelete