Makan di D' Nur Qaseh

 Ulang makan lagi di sini, beberapa kali. Bila hari kita cari tempat sejuk, tapi malas nak masuk ke pusat membeli-belah, jadi restoran inilah alternatifnya. Agak dekat dengan rumah. Dalam restoran ada aircond, jadi boleh makan dengan selesa. Lagi satu, makanan dia sedap dan portion besor. Marilah kita tengok, menu yang kami sempat pesan.

Bihun kungfu

Ini masa kunjungan kami ke restoran, pada 18 Ogos 2023. Suami pesan bihun kungfu. Datang dalam pinggan panjang, bentuk macam sampan ni. ๐Ÿ˜ Ish, ish, ish, besor benor portion-nya. Kena share makan, 2 orang. Rasanya sedap! ๐Ÿ˜‹

Nasi goreng petai

Saya pesan nasi goreng petai. Membukit nasi dia. Kita tukar-tukar pinggan la sesama kita, sama-sama dapat merasa lain menu. Yang ini pun sedap! ๐Ÿ˜‹ Kenapalah saya tak pandai masak nasi goreng macam ni. Kalau saya reti masak macam ni, saya dah buka kedai kot. Tapi suami saya suruh saya niaga nasi lemak. Dia cakap, sambal saya sedap. Tengok ler, kalau suami dah pencen, balik kampung kat Tumpat, kita bukak yek, warung kecil-kecilan. Hehe... eh, tapi orang kelantan suka makan nasi berlauk lagi kan, banding nasi lemak, pagi-pagi. Ha takpe, baru ada variety sikit. Belum cuba, belum tahu. 

Masa makan di restoran ni ari tu, anak sulung masih ada lagi, belum balik ke U dia. Dia pesan chicken chop. Tapi saya lupa nak ambil gambar. Ambil gambar side dish je, iaitu...

Kentang goreng

Hehe.. nak juga hidangan sampingan. Camne berat tak turun-turun kan, makan banyak.

Seterusnya, di hari lain, iaitu pada 19 September 2023, saya dan suami telah ulang makan di sini. 

Bihun kungfu

Pesan juga menu yang sama, iaitu bihun kungfu. Oleh sebab masa ni, kami sudah mula intermittent fasting. Suami nak kecikkan perut. Jadi, kami cuma pesan satu hidangan je, share 2 orang. Minum pun, air masak je, dari mesin penapis air di restoran ini. Percuma, boleh ambil berapa banyak nak minum. 

Seterusnya, di hari lain pulak, iaitu pada 3 Oktober, eh, semalam ler ni, kami pergi sini lagi.. Haha... kalau dah jumpa tempat sedap, haruslah diulang, ye tak..

Bihun goreng

Saya dan suami pesan makanan yang sama, iaitu bihun goreng. Kali ni, tak share. Sorang sepinggan. Hehe... sebab tak makan tengahari, sarapan lewat. Ini kira makan malam kita orang ler ni, pukul 5 petang.

Saya pernah cerita tentang makan di restoran ini dulu. Ada di entri ini.

Walaupun harga agak mahal sikit, jika dibandingkan dengan kedai tomyam biasa. Tapi, makanan di sini, rasa sedap, tak pernah lagi menghampakan kami. Jika anda datang ke Lumut, Perak, singgahlah, makan di sini. Tempat yang bagus, haruslah dikongsi. 

Restoran D' Nur Qaseh

Taman Indah Raya 2

Kampung Tersusun Pundut

32200 Lumut, Perak.

Masa operasi: Setiap hari. Dibuka 8 pagi hingga 7 petang. Kecuali Jumaat, dia buka sampai 12 tengahari. Ditutup semasa solat Jumaat dan solat maghrib. Buka semula pukul 8 hingga 10 malam.

Restoran ini terletak di barisan kedai (ada satu baris je lot kedai di situ) tepi jalan utama, dari Lumut ke Manjung. 

Sekian. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š

24 comments:

  1. Bihun kungfunya banyak banget isinya....saya belum tau kalau bihun kuah, biasanya selalu pesan bihun goreng๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, Mreneyoo, favourite saya, bihun goreng tu. :D

      Delete
  2. bihun kungfu,nmpk sedapp blm penah mkn lg ni selalu kuew tiau kungfu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak, tak pernah order kuetiau kungfu, Cik Nor, lebih suka bihun. :)

      Delete
  3. Kalau sedap memang ulang-ulang makan.
    Tidak pernah pesan bihun kungfu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini susah cari tempat makan sedap, NA. Itu yang repeat kedai ni je.

      Delete
  4. Tempat faveret la kiranya ni, sebab selalu singgah makan kat sini.

    ReplyDelete
  5. Biasanya bihun dibuat soto kalau di sini.
    Wih keren namanya, bihun kungfu dg porsi jumbo. Unik ya kak hehhee kungfu macam panda kungfu. Menarik perhatian supaya customer pesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, rasanya macam lebih kurang masakan chinese-style, barangkali, itu yang diberi nama kungfu.

      Delete
  6. piring yang pertama kok mengingatkan saya dengan bentuk peti

    ReplyDelete
  7. Nasi goreng itu, walau terlihat simple tapi susaaaah nak bikin rasa konsisten sedap ๐Ÿ˜‚.

    Saya saja berulang kali gagal bikin nasi goreng enak kak. Bisa dihitung dengan jari nasgor buatan saya yg sedap ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.

    Pelik memang, tapi bagi sebagian orang memang tak mudah buat nasgor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Fanny macam sama dengan saya saja. 10 kali buat nasi goreng, 10 kali rasa berbeda. :D

      Delete
  8. Makanan kesukaan mbul itu nasgor petai kak nur, kadang ditambahin teri medan juga hehe.. bihun juga mbul suka..pengen bikin rasanya bihun goreng bertabur pokcoy dan irisan bawang goreng...yummyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, Mbul, bihun goreng. Nasi goreng petai juga.

      Delete
  9. Belum pernah try bihun kung fu. Kalau kuey teow kung fu memang antara makanan yang saya suka.

    Senang hati kalau dah jumpa tempat makan sedap yang dekat dengan rumah. Senang nak mengulang ๐Ÿ˜

    Nur cadang nak habiskan masa tua di Kelantan ya? Saya entah belum dapat idea ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak pernah try kuetiau kungfu, Ujie.
      Cadangnya, gitu la, Ujie. Duduk kampung lebih aman damai. Boleh bercucuk tanam, dan bela ayam. Rumah Perak, tak boleh.

      Delete
    2. Semoga tercapai impian Nur insyaAllah.

      Delete
    3. Aminn... terima kasih, Ujie.

      Delete
  10. harap ada restoran tomyam di Lumut yg setanding rasanya dgn kat Kelantan... selamat menjamu selera....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Abe Kie. Ada, ada, kedai tomyam yang sedap. Memang orang Siam, datang niaga sini.

      Delete
  11. suka pula sy tgk pinggan panjang tu. puas hati sebab makanan nampak banyak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gendut makan sini, Anies. Kena kongsi, 2 orang.

      Delete