Salam Maulidur Rasul

 Cuti umum. Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca sekalian.


Semoga kita dapat tingkatkan amalan kita menjadi hambaNya yang lebih baik, lebih banyak berselawat kepada Rasulullah SAW. Bukan saja pada hari maulidur rasul ni, bahkan hari-hari. 

Saya sepatutnya update blog ni, semalam. Tapi semalam sedikit sibuk. 

Semalam hari Rabu, ada Hari Interaksi di sekolah anak-anak. Jumpa cikgu, bincang keputusan periksa anak. Saya jumpa cikgu anak kedua, manakala suami jumpa cikgu anak bongsu. Kebetulan, suami saya off kerja semalam. Jadi, bahagi tugas. Cepat siap. 

Lepas tu, kami pergi cari barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah anak-anak, esok, Jumaat. Anak kedua perlu sediakan banner dan 'sign board' yang boleh dibawa semasa perarakan. Saya pergi beli kain putih di Kamdar. Lepas tu, singgah kedai peralatan sekolah, kedai Chiew, beli plastik tebal untuk buat 'sign', marker, plaster, peluru glue-gun, etc. Lepas tu, tadi di Kamdar, sudah cuba baju melayu untuk anak bongsu. Tapi dia tak muat, walaupun saiz 3XL. Ye, anak bongsu saya walau pun paling kecil, tapi badan dialah yang paling besar di kalangan abang-abangnya. Kena pakai baju tema gelap. Jadi, si bongsu minta beli baju melayu warna hitam. Cari pula ke kedai baju raya. Ada jumpa, baju melayu. Yang ni jenis besar, yang cuba tadi di Kamdar, jenis body fit, itu yang tak muat. Alhamdulillah, jumpa. Kan lebih baik baik jika pihak sekolah bagi pakai baju melayu warna apa yang ada. Tapi sebab ada tema, dah kena cari baju melayu. Fikir positif, si bongsu sudah ada baju raya untuk tahun depan. Tadi masa dekat kedai Chiew, sudah beli marker yang boleh ditulis atas banyak permukaan. Tapi untuk banner kain, pergi Mr. Diy pula, cari spray dan cat. 

Sewaktu entri ini ditulis, anak kedua dibantu oleh kawan-kawannya, sedang mengusahakan banner untuk perarakan esok. Senang, buat kerja di rumah saya. Lebih luas. Saya boleh nampak. Banyaknya benda kena buat. Banyaknya keluar duit. Saya selalu rasa nak pindahkan anak ke sekolah lain. Sebab sekolah amanah ni, lain macam sikit. Banyak pakai duit mak bapak. Kalau sekolah biasa pun takpe. Saya selalu harap kalaulah macam zaman dulu. Kita tak perlu buat apa-apa pun untuk sekolah. Cuma perlu belajar rajin-rajin, dapat semua A, cikgu-cikgu dah happy. Tapi zaman sekarang, projek sekolah pun, kita kena beli sendiri barang. Lepas tu, anak tension, tak boleh siap projek, barang tak cukup. Lepas tu, dia tak mau pergi sekolah, sebab projek tak siap. Lepas tu, cikgu tanya kenapa anak tak pergi sekolah. Lepas tu, saya cakap, sebab barang tak cukup, kerja tak siap. Lepas tu, esoknya, baru cikgu keluarkan barang dari stor. Lepas tu, anak balik sekolah, dia cakap, ada barang, kena minta. Semua barang ada di sekolah. Tapi yang cikgu pi sembunyikan tu buat apa, tak tau. Quota, satu orang satu barang. Kalau awak buat silap, barang tak cukup, suruh beli sendiri, agaknya. I do not know. 

Dah la masukkan anak aliran sains tulen. Walaupun budak tak mau. Dari yang sulung lagi. Sebab saya ada sedara kerja cikgu juga. Abang ipar yang juga seorang cikgu, cakap, kalau kat sekolah dia, result macam ni, tak boleh masuk sains tulen. Tapi sekolah amanah dia ni, masukkan juga si sulung aliran sains tulen. Lepas tu, bolehlah. Alhamdulillah, lulus semua, kena hantar tuition, bagai. Budak lelaki, ok ler. Dengan si anak kedua ni, kan semalam hari Interaksi kan, anak saya gagal 4 subjek, iaitu Pendidikan Islam, Kimia, Matematik Tambahan dan Asas Kelestarian. Fizik walau pun dia lulus, setakat lepas pagar la. Nampak sangat dia tak boleh masuk aliran Sains Tulen. Dah cakap dah dengan cikgu dia, masa awal form 4, cikgu dia cakap, dah tak boleh tukar aliran. Sebab result anak kedua masa form 3 ok. Lepas tu, anak kedua cakap, yang masuk aliran sastera/seni, kelas ramai orang, sampai 30 lebih. Dia masukkan je, budak-budak ni. Cikgu yang tentukan. Sebab kalau ikut kemahuan budak-budak, tak ramai la yang masuk aliran Sains Tulen. Huhuhu.... 

Saya tulis benda betul ni, yang berlaku hari ni, di sekolah. Maaflah. Bukan niat saya nak memburukkan sesiapa. Sebab kita bukan hantar anak satu sekolah. Pernah merasa sekolah lain. Kita dulu pun lalui benda yang sama. Tapi itulah... realiti sekarang. Saya selalu doa anak tidak putus asa dan bersemangat untuk pergi sekolah. Baca yassin, bagi anak minum air yasin, saya percaya, doa seorang ibu tiada hijabnya. Saya tak mengharap cemerlang, asal dia buat yang terbaik yang dia mampu, saya sudah happy. Kalau satu jalan tak sesuai, ada jalan lain yang kita boleh pilih. Make the best of what we have. Kita tak boleh control orang lain, tapi kita boleh kawal tindakan kita. Reaction kita. Entah apa agenda pihak lain, lantak pi la. Asal anak habis SPM, ok dah. Langkah seterusnya, kita fikir kemudian. Jika anak korang pergi sekolah dengan happy, maka korang memang patut bersyukur. Sebab anak kedua saya ni, dah tak ada minat untuk belajar, dia pernah broke-down dan suicidal, sebab sekolah. Sistem kita sekarang. What to do? Itu yang saya cakap, buat mana mampu je. Habiskan sekolah je. Saya dah malas dah pergi jumpa cikgu, pergi mesyuarat PIBG. Dulu memang, saya pergi. Tapi sekadar bercakap je la. Cikgu pun ditekan oleh pengetua, kan. Pengetua pun, ikut cakap orang atas, kan? Hmmm.... ibarat lagu Bangau oh Bangau. Orang ni salahkan orang ni, orang tu salahkan orang tu. Sampai bila pun tak habis.

Banyaknya cerita pasal ni. Tapi tajuk entri, Salam Mulidur Rasul. Ye, realiti. Pahit dan sukar untuk dilalui. Tapi Insya-Allah, boleh. Allah kan ada dengan kita, kan? 

Banyak lagi benda baik-baik dalam dunia ni. Benda tak elok tu, anggaplah ujian untuk menguji kesabaran kita. Orang pun ramai yang baik-baik, walaupun ada orang tak berapa nak cerdik atau tak berapa baik yang kita jumpa. Pun ujian juga untuk kita. 

Masa yang ada, haruslah dimanfaatkan. Lagi-lagi bila suami tak kerja, marilah kita jalan-jalan cari makan, happy-kan diri. Semalam saya dan suami ke Aeon Taiping. Tu ler, orang Manjung pi Aeon Taiping. Padahal ada je Aeon kat Manjung ni. Tapi sana, lagi banyak tempat makan best, tak macam sini. 

Cubalah makan kat sini... nama kedai, Moza Crunch. Specialty dia, corndog! Macam-macam jenis corndog ada. Apa itu corndog? Kalau corndog biasa, ia adalah sosej yang dicucuk dengan lidi, kemudian dicelup dengan tepung dan serbuk roti, dan digoreng. Itu yang biasa. Kalau yang jenis ada keju, dia cucuk sosej, kemudian keju, eh ye ke apa saya cakap ni? Alaaa, tapi dalam dia ada sosej dan cheese la. Biasa beli untuk anak-anak. Tapi kami tak pernah makan, tau. Tu ler, bagi anak makan sedap-sedap, mahal, bagi dia orang happy dalam hidup dan bersemangat pergi sekolah. Mak bapak makan nasi ngan ikan kering bulu ayam. Eh!

Corndog cheese dan onion ring.

Corndog original Moza namanya, harga RM10.90, sementara onion ring berharga RM5.99.
Ok ke, encik? Sedap ke?

Tudia.. dia tarik cheese dia...

Hehe... bolehlah tahan. Masa buat pesanan, adik tu tanya? Nak letak semua sos ke? Letak je, saya cakap, tapi sikit-sikit. Atas corndog tu, dia letak mayonnaise, sos blackpepper dan sos cili. Kenyang makan sebiji corndog. Share berdua.

Alhamdulillah. Banyak nikmat dan rezeki dariNya. Cuma kita perlu sedar dan bersyukur, apa yang kita ada. 

Kita jaga hubungan kita dengan Allah. Dan Allah akan jaga hubungan kita dengan orang lain. Things easier said than done. Tapi kita cubalah ye, chaiyok, berusaha! 

Jumpa lagi... 😊

27 comments:

  1. Biaya sekolah jaman sekarang semakin besar dan bikin kepala pusing, banyak kegiatan yang harus di ikuti para murid,dan ada beberapa biaya lumayan besar, susah juga,kalau gak ikut anak"bakalan putus asa dan minder/malu, kalau di turuti semua,biaya juga gak sedikit, kita jaman dulu hanya belajar saja 😁 beda sekarang mengikuti perkembangan zaman.

    Selamat memperingati hari Maulid Nabi Muhammad Saw, semoga kita semua mendapat syafaat nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Mreneyoo. Tapi itulah, saya cuma berharap sekolah dapat lebih fokus pada pelajaran, bukan extra curricular activities yang sampingan ini. Huu...
      Amin, aminnn....

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Harap anak ke-2 Puan Nur berjaya harungi cabaran ketika Tingkatan 5. Memang tahun mencabar. Untuk saya juga masa Tingkatan 5 ada rasa putus asa juga.
    Harap kesusahan akan membuahkan hasil yang baik. Amin.

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul ...saya juga terlibat engan progrm anak...isteri saya hantar dan saya ambik...jadi kerja lebih mudah

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul Nur. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW.

    Rupa2nya bukan saya seorang berperasaan yg sama, memendam hati dgn sekolah anak. Baru hari Rabu tu saya membebel dengan anak sulung sebab cikgu kaunseling panggil murid2 termasuk anak sulung untuk tolong dia buat kerja di bilik kaunseling. Masalahnya dia mintak tolong sewaktu anak2 murid ada kelas sampai anak saya terlepas 3 waktu kelas / 3 subjek. Sebagai seorang cikgu dan pendidik, sepatutnya dia hormat waktu pembelajaran murid2. Nak mintak tolong boleh tapi boleh je panggil dieorang datang sebelah pagi (sbb anak sesi petang). Saya boleh hantarkan ke sekolah.

    Masa musim perlawanan sukan antara sekolah2, cikgu subjek BM hilang berminggu2 tanpa pengganti sebab melatih pasukan bola sekolah. Dia cuma datang balik bila dah nak exam pertengahan tahun. Sudahnya ramai yg gagal termasuk anak saya 😢

    Eh dah jadi tempat luahan perasaan pulak di sini. Hakikatnya saya sedih sebab sekolah anak macam tak menitikberatkan pencapaian akademik tapi lebih sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain. Tapi nak pindahkan ke sekolah lain pulak takut sekolah baru pun 2x5 jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian budak-budak, tolong cikgu sampai missed class.
      Adoi, kes naya ni, Carneyz. Takpe, saya suka baca pengalaman ibu yang lain. Sama kita, ye. Benda yang sama je, di sekolah anak Carneyz, dan sekolah anak saya. Tak tahu apa nak jadi. Doa dan harap yang baik-baik je.

      Delete
  6. Selamat berhunting baju kak nur, berasa fun sekalian jalan jalan...dan terakhiran bisa sambil kulineran. Semangat bersekolah buat adik bungsu...^^

    ReplyDelete
  7. sy mengajar kelas 4 sains. sudah 4 org murid turun kelas sbb x leh ikut mp sains tulen n add maths..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh turun kelas ya, Abe Kie. Saya tak tahu kenapa sekolah anak saya, tak boleh turun kelas, waktu budak masih form 4.

      Delete
  8. Bahan-bahan buat banner kos atas Nur ya? Patutnya pihak sekolah sediakan, budak tinggal buat.

    Betullah, zaman kita dulu tak perlu banyak keluar duit untuk projek. Paling-paling pun kelas seni, ambik bahan apa ada di rumah - kentang/bendi untuk cop warna di kertas lukisan 😅

    Tapi gitulah kan, banyak hal bukan dalam kawalan kita. Maka kita kena kuat semangat lalui semuanya dan mohon Allah beri yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kita la yang keluar belanja beli barang-barang banner tu, Ujie.
      Haha, best kan masa tu. Lepas tu, batang pisang, buat cop cop. Hehe..
      Betul cakap Ujie.

      Delete
  9. Salam Maulidur Rasul Nur semoga kita adalah golongan umat nabi Muhammad yang sentiasa berselawat kepadanya.

    Oh! samalah dengan anak Mrs. A yang Adik tu bila projek tak siap tak nak pegi sekolah hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn...
      Sama la anak kita, Mrs. A. Hehe...

      Delete
  10. salam maulidur rasul.. corndog moza memang sedap! smaa2 lah kita berselawat setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pertama kali cuba, boleh tahan sedap, kan.
      Insya-Allah, mari kita.

      Delete
  11. cabaran menyekolahkan anak-anak pada masa sekarang. bukan sekadar $$$ sahaja, malah menuntut lebih daripada tu. kita menyangka bla hantar anak ke sekolah beban tu berkurang sikit. tapi rupanya makin bertambah tanpa disedari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Anies. Tak tahulah nak cakap. Sabor je la banyak-banyak.

      Delete
  12. Ikut prihatin membaca ini kak 🤗. Harus hati2 memang jika anak dah tak happy kesekolah apalagi sampai suicide 😭. Berarti confirm ada yg salah di sana.

    Saya pun merasa sekolah zaman skr terlalu banyak biaya, terlalu banyak aturan yg berubah. Teman2 saya banyaak sangat yg lebih memilih homeschooling kak.

    Saya ingin, tapi sadar diri tak mampu mengajarkan anak sendiri. Krn itu saya tetep masukkan ke sekolah regular.

    Kalo teman2 saya yg memilih homeschooling Krn saya tahu mereka mampu dan suka mengajar. Semogalah ada perubahan aturan yg lebih memudahkan untuk anak2 ini sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fanny.
      Ye, semoga keadaan akan menjadi lebih baik di sekolah. Bukan mudah untuk homeschool ni.

      Delete