Masak dan makan

 Bukan hari-hari dapur rumah berasap. Kadang rasa malas juga nak masak. Meh tengok menu yang saya sempat ambil gambar minggu ni.

Mi goreng

Mi goreng, guna mi kuning Gardenia. Letak udang, ketulan ayam dan kek ikan. Paling mudah nak masak, kalau malas masak nasi.

Bihun goreng

Bihun goreng ni, sarapan pada hari Selasa, 10 Oktober lepas. Saya dan suami pergi sarapan di Warung Nelayan Kampung Permatang, Seri Manjung. Membukit kan, bihun dia. Kuih pun ambil juga, kelihatan dalam gambar, tinggal satu biji popia sira.

Pada keesokan harinya, 11 Oktober, saya masak sosej gulung seperti Carneyz ada kongsikan di blog beliau di sini.

Roti paratha frozen dan cheese

Bahan-bahan pun ada di rumah. Saya gunakan roti paratha bawang. Memang selalu beli jenis ni, sebab ada rasa wangi bawang tu, banding roti paratha biasa.

Susun dalam air fryer

Saya gunakan 2 keping roti paratha. Mula-mula saya potong sosej yang direbus tu, 3 bahagian. Lepas tu, terlampau besar, tak boleh nak cover. Jadi, 1 sosej, saya potong 4 bahagian. Comel-comel la. Saya tak letak italian herbs, cuma saya sapu atas dengan telur. 

Sosej gulung sudah siap! 😋

Yang tak dapat cover elok tu, cheese dia keluar meleleh. Anak kedua tanya, mama masak apa, bau sedap macam kedai roti ni? Terima kasih kepada Carneyz, yang share resepi yang mudah macam ni. Terbukti sedap. Sebab habis sosej gulung dimakan oleh kedua anak di rumah, tanpa tinggal saya seketul pun. Jadi, haruslah repeat buat lagi lain kali. 

Takpe, sebab saya lepas balik lari, saya sarapan roti gardenia hijau la, apa lagi...

Sandwich hashbrown

Tak payah subway, tak payah Bask Bear, buat di rumah je, sandwich yang sama sedap. Bakar roti, sapu butter. Letak hashbrown goreng, salad dan tomato. Cedap!

Nasi goreng

Nasi goreng ni pula, saya masak pada hari Khamis, 12 Oktober. Biasa kalau kita masak maggi 4 bungkus, saya cuma letak 3 je perencah dalam maggi tu. Jadi, saya selalu simpan perencah maggi extra. Nasi goreng dalam gambar, saya letak perencah maggi. Memang harum bau. Anak sampai datang dapur tanya, mama masak maggi ke? Tak la, nasi goreng. Bau macam maggi kari. Hehe... 

Ok la, itu je gambar makanan dan masakan yang saya sempat ambil minggu ni. 

Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Budak2 mmg suka roti sosej gulung tu kan? Hehe. Saya jarang goreng mi / mihun sebab kat rumah ni hidangan mi kurang dapat sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua pun suka juga, Carneyz! Hehe...
      Oh, gitu. Lain orang, lain seleranya.

      Delete
  2. alhamdulillah...semua nampak sedappp

    ReplyDelete
  3. jemput join segmen Cuya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete
  4. Resep kak Carneyz memang tak pernah failed kak 👍👍👍. So far saya dah coba resepnya 2, yg soup chicken dengan Shitake mushroom lalu resep di IG creamy clam. Sedaaap semua. Dah beberapa kali saya masak.

    Saya suka makan tapi tak suka masak. Karenanya resep mudah dan simple selalu jadi pilihan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny, betul, sedap-sedap resepinya.
      Sama la. Lebih suka resepi yang mudah siap.

      Delete
  5. Lepas ini semangat buat sosej gulung.
    Rumah ini yang lakunya roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, NA. Baru repeat buat semula kali kedua hari tu.
      Bagus juga, roti. Tak perlu goreng-goreng bagai, senang siap.

      Delete
  6. Saya kalau buat sosej gulung, dah la tak potong kecik, lepas tu tak sapu kuning telur pun. Versi terpaling mudah 🤭

    ReplyDelete
  7. Syok je layang posting makanan2 ni. Terus automatik rasa lapar. Nampak kalah standard kedai compare dengan masak sendiri tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... masak sendiri memang rasa puas hati dan lebih syedap, kan, Encik Faizal.

      Delete
  8. tak.pernah try lg paratha bawang ni... nanti nak belilah... selalu bli yg biasa. nmpk yg tu trs msk bakul😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli roti paratha ni senang kan, Anies. Masak di rumah je, tak yah pi mamak. Kebersihan sudah tentu terjamin.

      Delete