Lari, heli dan rojak

 Ahad, 8 Oktober 2023 - Saya pandu kereta ke arah Sitiawan. Rasa macam dah lama tak lari di padang. Sebenarnya, jarak ke beberapa tempat lari dari rumah, lebih kurang saja. Tapi sebab nak ke padang Sitiawan ni, jalannya ada banyak traffik light, itu yang rasa macam jauh. 

Slowjogging 5 kilometer.

Luas saujana mata memandang bila lari di padang ni. Agak ramai juga orang jogging, dan jalan-jalan. Masa saya ambil gambar di atas, waktu baru pusingan pertama, masih awal 7 pagi, kurang nampak orang. Sini, boleh buang angin dengan aman. Hehe.. kalau tempat lain, kena control sikit kalau nak kentut, sebab dekat dengan orang. 

Bila sudah lewat sikit, saya nampak beberapa orang tentera berkumpul. Pakai baju tentera yang celorang-celoreng tu. Bila dekat, ada yang pakai full hitam, ada tulisan Paskal. Ada latihan agaknya dia orang. Lepas tu tak lama kemudian, tibalah beberapa biji helikopter mendarat di padang. Saya share video masa mula helikopter datang.


Dalam video tu, ada sorang ni, tengah jalan tengah padang, rileks je dia. Kalau saya la, tengah jalan di tengah tu, lepas tu, nampak pula helikopter datang dengan laju nak landing, saya akan lari selaju yang mungkin kot, cepat-cepat blah dari tempat dia nak landing. 

Saya baru tahu yang helikopter boleh terbang gostan. Dia boleh reverse, macam kereta. Elok je dia orang parking helikopter, macam parking kereta. Ada 6 biji helikopter. Lepas tu, tak lama, datang lagi 6 biji helikopter, yang bawa bendera. 6 biji parking belah kiri padang, 6 biji belah kanan. Cantik je tersusun. Masa dia nak berlepas, muncung helikopter akan rendah dari badan dia, lepas tu dia meluru laju ke depan. Dan muzik tema cerita Airwolf pun tiba-tiba berkumandang dalam kepala saya. Korang ada tengok cerita Airwolf dulu? Takde? Ada? Kalau ada tengok, makna, korang dah tua dah, sama macam saya. Kikiki.....

Saya ada mesej suami saya awal-awal masa sampai, yang saya riadah di padang dekat ofis dia ni. Lepas dia habis kerja pukul 8 pagi, suami pun datang, ajak sarapan sama. Saya on je. Maka intermitten fasting pun setakat 13 jam saja, tak cukup 16 jam. Hahaha...

Suami ajak makan di kedai Rojak Manjung, dekat saja di kawasan situ.

Menu rojak

Bagi yang tak mahu makan rojak, ada je menu lain yang kedai ni siapkan, iaitu nasi lemak berlauk, bihun goreng, mi kari, dan sebagainya. Bila datang, tokei kedai di muka pintu bagitahu, apa yang ada. Kami pilih meja di luar kedai, bahagian hadapan.

Rojak

Kami pilih set rojak untuk 2 orang makan. Dalam rojak tu, ada telur rebus, kentang, tauhu, kek ikan, tempe celup tepung, timun dan cucur. Dulu dia ada letak paru goreng, tapi rupanya, kalau order yang special baru ada paru goreng sekarang. Kalau tak nak order by set, boleh pilih sendiri di dalam, nak apa dalam rojak. Kuah kacang dia agak pedas. Saya lebih suka kalau cucur dia lebih rangup.

Harga RM14.70, termasuk air ais kosong dan nescafe o panas. Alhamdulillah, kenyang. 

Warisan Rojak Manjung nama kedai.

Lokasi berhampiran pasar awam Sitiawan. Dah lama kedai ni beroperasi, sejak arwah mak saya masih ada. Dulu, lokasinya di Medan Mara. Sebelum tu, di belakang pejabat pos Sitiawan.Sekarang, sudah pindah ke sini. 

Lepas sarapan, balik rumah. Basuh baju. Lepas tu, keluar balik, cari suratkhabar hari Ahad, sambil pusing-pusing makan angin pekan Lumut. 

Bila sampai rumah kembali, saya ber-jump rope sebentar.

Sesi jump rope selama 26 minit

Best kan, hari Ahad.. boleh rileks-rileks, minum kopi, sambil baca paper.. tapi rasa tenteram tu tak lama, bila anak kedua cakap, dia kena pergi sekolah pukul 2 petang, ada kelas. OMG! Hari Ahad pun ada sekolah. Hari-hari pergi sekolah. Cikgu nak habiskan syllabus katanya, subjek Asas Kelestarian (AK). 

Lepas dia balik tu, saya tanya, berapa orang pergi kelas AK tadi? Ada 6 orang yang datang, semua perempuan, dia sorang lelaki. 

Ok la. Sekian cerita hari Ahad. Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. Anak Nur tergolong rajin, mesti cikgu sayang.

    Kagum ya, dah lari, buat lagi IF. Kita ni, tahunya makan jer, lari??? Mimpi laaa.. huhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK, Cikgu tu baru je failed-kan anak saya, subjek tu. Muhahaha...
      Tak payah lari, SK, jalan pun dah cukup. SK kan kerja seharian, mesti banyak langkah sehari.

      Delete
  2. Ada event apa la agaknya siap ada heli bawak bendera tu.

    Dekat tempat Nur tu mcm tak teruk sgt jerebunya kan. Kat sini jerebu teruk jugak tapi pagi2 hantar anak ke sekolah nampak ada org masih teruskan aktiviti riadah pagi2 di Taman Tasik Titiwangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal, saya pun musykil juga.
      Sini tak teruk jerebu. Saya pun tak bau lagi asap jerebu. Hari ni pula hujan turun, Carneyz, sepanjang malam. Alhamdulillah. Cantik cuaca.
      Runners tegar tu, Carneyz, jerebu-jerebu teruk pun masih beriadah.

      Delete
  3. Saya kira rojak itu rujak buah, ternyata isian berbeda ,kalau rujak di sini terdiri dari buah -buahan, dan bumbu kacang pedas, soal airwolf itu tau donk...berarti sudah sama-sama tua😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rojak buah pun ada sini, Mreneyoo. Tapi ini lebih kepada rojak cucur, iaitu bancuhan dari tepung campur bawang, daun kucai dan udang.
      Hehehe... lebih kurang sebaya kita, ya. :D

      Delete
  4. kat sban jerubu boleh tahan jugak .. stop kejab lari2 ni..harap2 cepat la ok nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap jerebu tempat Mummy Ayu sudah ok. Betul, kalau tahap tidak sihat, elok duduk dalam rumah saja dan kurangkan aktiviti luar.

      Delete
  5. Banyak juga kepelbagaian dalam rojak.
    Alahai Ahadpun ada sekolah. Apapun kagum juga cikgu sanggup korban cuti hari Ahad.
    Sayapun tahu lagu Airwolf. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA. Lebih kurang macam pasembor pula, rojak dia.
      Ya, cikgu dia memang rajin. Ahad pun kerja.
      Hehe... cerita Airwolf tu, tahun 1984, NA. Saya tadika waktu tu.

      Delete
  6. Panorama menarik kalau dapat melihat helikopter dengan dekat...kalau zaman perang...bahaya juga ada helikopter terbang....mana tahu kita kita kena tembak rambang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... betul tu. Ni mesti banyak tengok cerita perang, Encik Hanafi ni. :D

      Delete
  7. Cuya tak pernah tengok cite Airwolf tu.... agaknya jarak umur Cuya ngn akk jauh la ni ekkk.. hehe

    ReplyDelete
  8. Pengalaman menarik ni Nur dapat saksikan heli landing depan mata. Sampai 12 buah pulak tu.

    Menggoda sungguh rojak Nur makan tu sebab saya suka makan rojak. Kalau nampak menu rojak, mesti teringin nak cuba.

    Syabas buat anak Nur, rajin pergi sekolah pada hari cuti 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, ye jugak, Ujie. Bukan selalu dapat tengok dia orang training. Kebetulan.
      Saya pun, suka rojak, Ujie. Kalau boleh order cucur, saya order cucur je, cicah kuah kacang.
      Mekasih, Ujie. Saya pulak yang kesian kat dia, sebab takde rehat, hari-hari sekolah.

      Delete
  9. rojak tu nampak sedap la kak oi....

    ReplyDelete
  10. Tau dooong kalo airwolf. Serial yg saya tunggu juga dulu 😄😄. Rasanya memang usia kita tak jauh beda kak 🤣🤣.

    Saya dulu sempat bingung dengan menu Rojak di Malaysia. Krn isiannya tak seperti rujak di Indonesia 😄. Tapi sama2 enak kok. Cuma memang porsi Rojak sini besar sangat, saya tak pernah bisa habiskan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... tapi Fanny nampak muda. :D
      Iya, rojak biasanya kena kongsi makan. Sebab besar portionnya.

      Delete
  11. wahhh banyaknyaaa smpi 12 buah. dah mcm nk buat persediaan utk hari kebangsaan laa pulak yaa😁

    benda yg jarang dpt tgk ni kan... sesekali jakun jg😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sambutan Hari terbuka tentera laut di Navy Base Lumut, Anies, hari tu. Saya rasa, dia orang training untuk event tu.

      Delete