Saya suka makan

Jumaat

Hujan waktu pagi. Masa hantar anak ke sekolah pun dalam hujan. Tak boleh pergi jogging. Jadi, saya dan suami pi sarapan kat mamak. Hehe.


Saya dan suami sama-sama makan tosei. Saya ambil vadei juga, 2 biji. 

Sabtu

Hari Sabtu lepas kan, saya dan suami pergi ke Taiping, semata-mata nak makan yong tau foo. Pernah makan sekali dulu, beberapa tahun lepas. Hari minggu, ramai orang. Yong tau fu belakang bomba, Taiping, memang dikenali ramai. Cuma kami ingat-ingat lupa, kedai mana satu kami makan dulu. Ada sederet kedai yang jual yong tau fu, sotong kangkung dan kerang rebus.

Yong tau foo, sos hitam.

ABC

Kami makan di kedai yang salah. Rasa, kedai hujung nombor 1 atau 2. Tapi kedai nombor 1, masa kami sampai, full, takde tempat duduk. Itu yang kami pi kedai hujung last. Huu... tapi ok la, layannn...

Psstt, jangan cakap kat orang tau, tapi yong tau foo sup kat astaka Sitiawan lagi sedap! 😁

ABC dia pun layannn la juga. Walaupun makan epal sejuk dan masam dalam abc tu buat saya ngilu. Pertama kali order abc jumpa epal.

Ahad

Sekarang cuaca selalu mendung dan hujan, kan. Saya baca, Kuching Marathon orang lari dalam hujan. Putrajaya Night Marathon pun lari dalam hujan juga. Kat sini, takde la hujan hari-hari. 

Hari Ahad lepas, saya memang dari awal sudah bagitau suami, nak buat long run. Lajak boleh sampai half marathon, dengan sorang kawan saya. 

Peneman setia bila balik jogging.


Bila lepas jarak 21.1 km, terus settle cabaran 5km, 10km dan half marathon di aplikasi Strava. Hehe.. siap terus homework lari untuk bulan Oktober, walaupun baru masuk 2 haribulan.

Isnin

Saya ada masuk cabaran di aplikasi BookDoc. Yang Nestle Omega Plus Walk a Million Miles tu.


Cabaran ni, berlangsung sepanjang bulan September. Target dia, adalah capai 300,000 langkah dalam sebulan. Sudah selesai pun cabaran ni. Saya jarang masuk cabaran yang berbayar. Tapi sebab murah je fee untuk cabaran ni. Lagipun dari kawan-kawan saya yang pernah masuk dulu cakap, Nestle suka bagi barang banyak dalam goodie bag dia. 

Tapi e-medal la ye, dan e-certificate juga. Terus dapat kotak dari Nestle. Suami saya tolong amikkan kat pagar, cakap kami takde order apa-apa barang pun. Courier tu pun cakap dia tak tahu. Saya tak expect dapat barang dari cabaran ni, secepat ni. Mari kita tengok, apa ada dalam kotak.


Sehelai t-shirt, susu Nestle Omega Plus dalam  pek 150 gram, susu Omega Plus perasa dark chocolate dalam pek 550 gram dan minuman bijirin oat dengan susu omega plus, ada 10 packet dalamnya.

Hehe.. saya dah minum susu biasa tu dulu. Yang perasa coklat tu, dah habis perasa asli tu, saya akan cuba yang itu pula. 

Selasa

Pagi tadi, saya cuma berjalan dengan suami. Suami kerja shif petang. Jalan lenggang kangkung je. Itu pun, jam saya mati, sempat rekod 3 km sahaja pagi tadi.


Lepas berjalan, kami pi sarapan di Kluang Coffee Manjung. Suami order nasi ambeng, sementara saya pula laksa johor. 

Pada pendapat saya, susah nak cari kedai makan yang bila kita makan, rasa, sedapnya. Kebanyakan kedai sekarang, biasa-biasa je. Tapi bila makan kat sini, memang saya puas hati. Dah la portion banyak, lepas makan rasa gendut. Sedap pulak tu. Macam dia masak dari hati la. Bukan macam kebanyakan orang niaga sekarang, asal siap saje. 

Itu saja la ye, laporan buat kali ni.

Lain kali, saya tulis lagi. Jumpa lagi, ye.

24 comments:

  1. Hehe saya baru tulis saya bosan makan. Alih-alih sini tajuk saya suka makan.
    Seronoknya dapat susu Omega Plus. Tidak sangka ada perisa coklat gelap. Ini baik untuk jantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu kita sesuai jadi kawan baik, NA. Saling lengkap melengkapi. Hehe..
      Ye, saya pun tak pernah jumpa susu Omega Plus perasa dark chocolate. Ha ah, dia boleh kurangkan kolesterol. :)

      Delete
  2. Saya setuju Nur, kebanyakan kedai makan rasa biasa-biasa saja. Paling saya geram kalau masuk kedai makan, punya banyak menu yang ditunjukkan dalam senari, bila order apa yang kita minta tak ada!

    ReplyDelete
  3. Bestnya suami pun layan jugak hobi makan Nur ye hehe. Saya pun suka makan jugak tapi takut tak sedar diri, di kl ni lagi la mencabar iman sbb bnyk kedai makan yg best2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. asal makan, suami saya jarang menolak, Carneyz. ^_^
      Itu la, saya pun rasa gitu juga, kat KL lagi lah banyak kedai makan sedap-sedap yang boleh dicuba.

      Delete
  4. Suka makan dan suka lari, sy suka makan dan suka lari jugak, tapi makan rajin, lari malas. Patut kalau suka, tak malas, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. jom SK, jom. Kita buang malas tu, jauh-jauh.

      Delete
  5. dalam ABC ada epal, premium tu..tapi mcm kurang sesuai pula,,.makanan sedap mesti kedai ramai pengunjung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap nohas. Yang ramai orang tu la, kedai dia paling sedap.

      Delete
  6. Banyak jugak tu barangan dari Nestle.

    Saya pernah sekali makan YTF belakang Bomba tu, tapi rasanya tak membuatkan kami nak datang lagi. Dengan sesaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie, memang ramai orang. Nak parking pun susah, dah la buka petang.

      Delete
  7. Ya Kuching ada marathon dan mereka lari dalm hujan...best juga tu sejuk...cuma saya tidak mahu join sebab fokus kepada sukan indoor jer sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Bila lari dalam hujan, heart rate baik je, banding lari tengah panas. Outdoor ke, indoor ke, asal keluar peluh, sangat baguss! :)

      Delete
  8. tosei dana suka cicah dia yg kelapa dengan ada pudina tu kak... yong tau fu tu nampak menggoda tapi kalau sos kureng alahai sayang kan kak. Kucing marathon pun ada sekarang kan cuma kadang ada jenis yang tak tahan hujan tu sian nanti selesema. Tergoda tengok menu laksa johor dan nasi ambeng tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Dana, chutney kelapa tu memang sedap, akak pun suka.

      Delete
  9. Saya pun suka makan. Tapi itulah tak bakar lemak. huhu...sesekali jalan jalan cari makan kan. Jauh sikit pun takpe. Eh, pelik pulak dalam ABC ada epal. ABC Moden kot. Hehehe...
    Betullah tu kak, dah susah nak jumpa kedai makan yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kan, Fizah, jarang jumpa abc ada epal.
      Ye la, nak salah peniaga pun tak boleh. Harga barang mentah pun dah mahal.

      Delete
  10. u suka makan tapi selalu berlari. kalau mcm sy yg makan sokmo tp x berjogging pasti akan gendut la. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. gendut takpe Abam Kie, asal happy...! ^_^

      Delete
  11. Saya kagum puan kuat berlari....saya umur 48 tahun sudah tak mampu berlari...sakit lutut terutamanya....jadi cuma brisk walk ...itu pun bukan rutin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brisk walk pun bagus juga, Kak Ju. Boleh saya panggil kak Ju? Umur saya 44. :)

      Delete
  12. waaahhhhh! sudah makan-makan buat larian memang terbaik ni! saya pulak jenis suka makan tapi ermm ermm ermm susah pulak nak lari *tutup mata* hehehe

    salam kenal,
    blog anamizu :)

    ReplyDelete